Halaman

Sabtu, 29 Mei 2010

Ke Tasik Gelugur


Kayuhan ini sepatutnya dilakukan pada hari Sabtu minggu lepas iaitu pada 22 Mei 2010. Aku merancang untuk membuat kayuhan ke Kepala Batas Pulau Pinang dan join group di untuk kayuhan ke Sungai Petani melalui Tasek Gelugur, Padang Serai, Sidam Kiri, Bandar Puteri Jaya dan balik. Bila mereka berpatah balik aku pula akan terus balik ke rumah. Jarak yang dikayuh adalah sama. Anggaran jarak hampir 70km.
Pagi tersebut aku sudah bersiap sedia tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan turun agak lebat mulai jam 4.30 pagi. Walaupun hujan mulai reda pada jam 6.30 pagi tetapi mungkin akan berterusan. Aku terpaksa batalkan rancangan tersebut.
Keesokkan harinya aku layari internet dan dapati kayuhan yang dirancang dibatalkan.
Hari ini aku hendak menyempurnakan hajat untuk kayuhan pada laluan yang dirancang. Aku kayuh seorang je. Disepanjang jalan dari Jambatan Merdeka ke Kepala Batas, kelihatan ramai pengayuh basikal dari arah bertentangan. Besar kemungkinan kereka sedang menuju ke Kota Kuala Muda dan pantai Merdeka. Aku perhatikan ramai yang menggunakan 'roadbikes' termasuk sepasang cyclist yang  besar kemungkinan suami isteri.
Sebelum sampai ke pekan Kepala Batas aku sempat memotong seorang cyclist yang juga veteran seperti aku. Kayuhannya agak perlahan sedikit tetapi nampak sihat dan bertenaga. Sempat bersembang untuk beberapa minit sebelum dai membelok kearah Pongsu Seribu manakala aku terus ke Tasik Gelugor. Tengah syok berkayuh, seorang rakan menalepon aku menjemput kenduri Akikah anak cucunya hari ini. Ada tiga jemputan kenduri hari ini dan dua untuk esok.
Belum lagi mula cuti sekolah, kenduri sudah bermula. Ini yang aku tidak tahan ini. Terus terang aku katakan kebanyakan menu kenduri lebih kurang sama sahaja, dari dahulu hingga sekarang. Kadangkala belum lagi sampai kerumah kenduri selera makan dah hilang. Mujurlah sesetengah rumah kenduri sekarang ini menyediakan makanan lain seperti laksa, bubur, me rebus. Ini adalah satu pekembangan yang bijak. Kalau difirkan kadangkala kita mendapat lebih pada tiga jemputan dalam satu hari dan makanan seperti ini akan menyelamatkan keadaan dan badan tidaklah dipaksa menyerap segala lemak, kolestoral atau sebagainya.
Aku agak terkejut melihat perubahan Pekan Tasik Gelugor. Kesemua pokok yang dahulu memberikan perlindungan dari panas habis ditebang. Aku hampir tidak perasan telah melepasi pekan kerana perubahan ini. paling ketara adalah pembinaan rel bekembar KTM yang melintasi ditengah tenggah pekan ini. Selaras dengan itu jalan raya juga dibesarkan menjadikan pekan mengalami kesesakkan lalu lintas. Bayangkan jika hari bekerja sudah tentu pemandu terpaksa mengambil masa lama untuk melepasi pekan kecil ini.


Statistik :
   Mula :.......... 7.05 pagi
   Tamat : ........ 11.30 pagi
   Jarak : ......... 72 km
   Cuaca : ....... Panas
    Route : ....... Sg petani - Tikam Batu - Kepala Batas - Bertam - Tasik Gelugor - Padang Serai - Pg Tunggal

.

Isnin, 24 Mei 2010

NOT the Three Musketeers

Setelah berbulan bulan aku menceritakan pengalaman aku mengayuh Gunung Jerai kepada Juan, akhirnya dua hari lepas dia menyatakan telah bersedia untuk membuat kayuhan pertamanya. Tidak tahu apa sebabnya dia menukar fikiran tentang kayuhan mendaki Gunung Jerai. Selama ini Juan memberikan pelbagai alasan yang bagi aku tidak begitu konkrit seperti jalan dipenuhi daun basah dan tepi jalan berlumut. Aku selalunya tidak menentang alasannya, hanya berdiam diri, kerana bagi aku kalau seseorang itu tidak berminat tidak perlulah kita bertegang urat.
Beberapa hari sebelum ini aku telah menunjukkan gambar gambar yang aku ambil semasa mengayuh di Gunung Jerai. Rasanya baru dia tahu begaimana jalan yang ada telah dinaiktaraf dan boleh dikatakan dalam keadaan amat baik. Kali terakhir Juan naik keatas ialah lebih lima belas tahun yang lalu semasa membuat projek stesyen komunikasi di puncak Gunung Jerai.
Tahun ini Juan berusia 76 tahun. tengok sajalah fizikal badanya. Masih tegap dan gagah. 
John juga bersama membuat kayuhan ini.
Ingatkan pagi tiada orang lain yang membuat kayuhan kerana hari ini hari bekerja. Semasa aku sampai terdapat empat orang rider telah bersedia untuk memulakan kayuhan.Mereka mengajak aku menyertai mereka tetapi aku menolak kerana menunggu Juan dan John sampai.
Disepanjang jalan naik, bendera negeri Kedah dan banner perasmian Hotel Regency Jerai Hill Resort masih bergantungan ditiang kabel elektrik TNB.  Resort tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada 18hb Mei 2010 yang lepas. Jerai Hill Resort dibuka pada Dec 2009. Sebelum ini SP Inn Sungai Petani menjadi pihak pengurusan resort ini.
Baru aku teringat. Semasa kayuhan aku disini pada 15hb Mei lalu, banyak kereta dan lori JKR, Majlis Perbandaran dan beberapa ajensi lain naik ke resort. Aku ingatkan ada seminar atau mesyuarat berlansung, rupanya mereka membuat persediaan dan persiapan untuk majlis perasmian resort tersebut.

Aku sempat bertanya kepada seorang pekerja Jabatan Perhutanan di Muzium Perhutanan apa terjadi kepada gerai minum di puncak gunung diluar kawasan resort. Menurutnya pihak pengurusan resort tersebut telah mengarahkan gerai tersebut dirobohkan. Mungkin disebabkan gerai tersebut mencacatkan pemandangan kawasan tersebut atau mungkin mereka kehilangan business kerana pelancong mencari makanan murah di gerai tersebut.
Adalah tidak wajar bagi pengurusan resort tersebut tidak membenarkan orang awam memasuki kawasannya kecuali orang yang menginap disana. Menurut pekerja Jabatan Perhutanan tersebut, pihak resort juga tidak membenarkan tetamu resort membuat unggun api atau membuat bar-b-que di kawasan resort. Tetamu yang berhasrat untuk membuat demikian diarahkan untuk kekawasan perkelahan Sungai Teroi dibawah jagaan Jabatan Perhutanan. Kini Jabatan Perhutanan mengambil langkah tidak membenarkan aktiviti demikian.
Juan tidak sanggup untuk meneruskan kayuhan ke puncak yang masih ada dua kilometer lagi. Cukuplah sampai disini.
Semasa kami berehat, kumpulan pengayuh yang mula tadi turun dengan lajunya. Salah seorang ialah Cik Gu Din. Kami tinggal dikawasan yang sama. jarak rumah kami kurang dari 300 meter tetapi dia tidak kenal pada aku.
Kami turun pada jam 10.40 pagi. Dalam perjalanan turun kami berselisish dengan sekumpulan terdiri dari lima orang pengayuh yang sedang menaiki gunung. Mereka baru melepasi km3.


Khamis, 20 Mei 2010

Kayuhan Santai

Tiga hari kebelakangan ini tidak peluang hendak kayuh. Patutlah tidak sedap je rasa badan. Tidak kesempatan lah, ada hal lah,  hujan lah dan macam macam hal yang menghalang kayuhan.
Pagi ini nak pergi jugak. Walau pun cuaca mendong pagi ini tetapi aku tekad juga hendak buat kayuhan. Tetapi aku tidak mahu pergi jauh dan tidak mahun balik lambat sangat kerana cuaca terlalu panas sekarang ini.  Sepanjang kayuhan aku berselisih dengan seorang rider solo dan lima orang mengayuh road-bikers beserta sebuah motor pengiring. Tidak banyak yang dapat dicatatkan sepanjang kayuhan ini, sebaliknya aku selitkan sedikit pengalaman waktu silam.

Gambar di sebelah:-
Gambar aku sedang mengayuh basikal di 'promenade' (laluan bejalan kaki) di tepi pantai Hastings, England. Gambar ini diambil pada musim panas semasa aku menuntut di Hasting College of Further Education, Hastings pada tahun 1975. Ketika itu umur aku baru 19 tahun. 
Hastings ada sebuah bandar  pelancongan tepi laut terletak lebih kurang 70 km di selatan London. Bandar ini mempunyai sejarah tersendiri dan salah satu ialah 'Battle of Hastings' yang berlaku pada tahun 1066. Pada peperangan ini England dikalahkan dan ditakluk oleh tentera Normandy. Tempat dimana peperangan berlaku dinamakan 'Battle'  terletak lebih kurang 5km dari Bandar Hastings. Beberapa kesan sejarah masih ada diperlihara dengan baik. Bukit dibelakang dalam gambar aku adalah medan peperangan tersebut.
Inilah satu-satunya gambar aku berbasikal yang ada dalam koleksi. Basikal 'chopper' yang aku gunakan amat popular pada masa itu. Basikal ini hanya digunakan pada hujung minggu untuk pergi ke kedai atau supermarket dan bersiar siar siar ditepi pantai atau taman. Basikal ini tidak digunakan untuk pergi kuliah. Basikal ini dikongsi dengan rakan rakan lain. Siapa pun boleh menggunakan pada bila -bila masa perlu.
Aku tidak ingat apa terjadi pada basikal tersebut bila aku berpindah ketempat lain. Mungkin aku pass-down pada student lain atau aku tinggalkan sahaja dirumah sewa. Bezanya berbasikal di negara yang beriklim sejuk ialah kita tidak berpeluh walaupun berkayuh berjam jam lamanya. Juga tidak terasa letih sangat. Mungkin faktor usia dan kelajuan kayuhan memainkan peranan.
Pada masa itu aku tidak pernah melihat mountain bikes atau orang menunggangnya atau melihatnya dijual dikedai kedai basikal. Rasa aku pada masa itu moutain bike kalau pun sudah ada masih belum popular. Yang banyak kelihatan ialah racing bikes atau roadbikes yang di tunggang oleh orang orang muda Mat Salleh. Aku check internet, maountain bike hanya mula dikilang dan digunakan pada tahun 1980 'an.
Disesetengah pekan kecil dan kampung di England, polis meronda menggunakan basikal, tidak kira hujan atau panas, ada salji ke, sejuk ke, mereka mengayuh basikal keliling kampung. Trade mark anggota polis ialah ""   hello, hello, hello, what do we have here?".
Lebih menakjubkan pada waktu itu, ahli parlimen termasuk menteri menggunakan basikal untuk ke House of Parlimen. Aku tidak pernah melihatnya secara life tetapi sering dipaparkan di dalam TV dan juga akhbar. Sekarang ni tidak tahu le pula kalau sesetengah ahli parlimen tu masih gunakan basikal atau tidak.


Hari ini Berita Harian Edisi Utara menyiarkan berita bahawa kerajaan Negeri Kedah akan membangunkan Gunung Jerai untuk menjadikan pusat pelancongan utama disebelah utara. Adakah ini bermakna jalan gunung akan menjadi sibuk, kalau begitu agaknya susah sedikit le mengayuh. Walau apa pun langkah sedemikian adalah amat dialu-alukan.



Statistik
   Mula : .................. 0830 pagi
   Tamat : ................ 1000 pagi
   Jarak : ................. 34 km
   Cuaca : ............... mendong, hujun rintik di Taman Mutiara
   Route : ............... Lencongan Timur - Aman Jaya - Lencongan Barat

.

Sabtu, 15 Mei 2010

Kayuh Masuk ke Awan

Lihat gambar ini.... agak nya dimana ye?. Hah kalau nak tau gambar diambil semasa kayuhan pendakian Gunung Jerai pada 15 Mei 2010. Waktu gambar diambil ialah 0915 pagi. Gunung ditutupi oleh kabus tebal. Pandangan terhad kepada 50 meter dan aku nyalakan lampu belakang semasa kayuhan.
Terasa macam berada di Genting atau di Cameron Highland lah pula. Telah tujuh kali aku membuat kayuhan mendaki gunung, inilah kali pertama aku mengalami keadaan cuaca seperti ini. Hanya sebahagian sahaja yang mengalami keadaan sebegini, iaitu pada km5 hingga km6, selepas itu kabus nipis sahaja. Walaupun kabus tebal tetapi suhu agak tinggi juga. Aku masih berpeluh.
Masa dulu dulu dikampung aku sering mengalami fenomena ini, lebih lagi selepas hujan lebat disebelah malam. Kejadian 'kabus' adalah sama dengan kejadian awan. Bezanya awan terbentuk bila air sejat tinggi dilangit manakala kabus terjadi berhampiran dengan muka bumi. Biasanya kabus berlaku apabila udara terlalu sejuk dan menjadi sejat. Ini menyebabkan terjadinya titisan air didalam udara yang kita panggil kabus.
Seperti selalu aku sebut, ini rutin aku iaitu membuat kayuhan mendaki Gunung Jerai sekurang kurangnya setiap dua minggu. Hari ini aku kena berhati kerana jalan basah. Ada beberapa tempat jalan dipenuhi lumpur yang dibawa oleh air hujan. Ada juga tempat dimana batu batu premix jalan terkupas keluar dan boleh membahayakan semasa menuruni gunung ini. Pagi ini tidak ramai orang yang melakukan exercise samada berjogging, berjalan kaki atau menaiki basikal. Faktor cuaca yang tidak begitu baik menyebabkan kekurangan orang.


Di km4 aku melihat sekumpulan remaja Cina sedang berjalan turun. Setiap orang membawa satu beg plastik besar. Mereka mengutip bekas botol air mineral dan tin minuman yang bertaburan ditepi jalan. Anggapan aku ialah mereka ini bukan mengutip botol dan tin minuman untuk dijual dan mendapat sedikit wang tetapi mereka ini membuat kerja kerja amal untuk mengitar semula dan menyelamatkan alam sekitar. Diharapkan lebih ramai lagi orang akan sedar pentingnya menjaga alam sekitar. Syabas.

Akhirnya hari ini aku dapat kesempatan berkenalan dengan rider yang pastinya akan memotong aku dengan laju apabila membuat pendakian. Walaupun dia memotong aku pada km3 atau km4, seringkali aku belum pun sempat sampai ke Muzium perhutanan, dia telah turun.
Pernah aku diberitahu oleh kekawan lain bahawa basikal yang digunakan berharga tidak lebih dari tiga ratus ringgit. Guna fork rigid sahaja. Kawan aku kata fork gigi gajah. Susah dipercayai. Hari ini aku berpeluang melihat basikal dari dekat dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa shot gambar untuk rekod dan simpanan. Menurutnya, semasa Kayuhan Terang Malam di Kulim HTP pada 01 Mei 2010 yang baru lalu, ada orang bertanya adakah basikal ini sebagai spare. Terkejut orang yang bertanya bila dia mengatakan basikal ini akan digunakan untuk kayuhan.
Sebenarnya dia juga mempunyai basikal MTB berharga lebih RM3K, tetapi lebih selesa dan sesuai menggunakan basikal ini. Basikal ini berat dan sesuai digunakan untuk kayuhan bukit dan gunung. Pelik. Semua orang yang aku kenal mahukan basikal yang ringan supaya dapat kayuh lebih laju sehingga sanggup membelanjakan beribu ringgit untuk menukar part dan membuat upgrading.
Basikal ini dibeli dengan harga RM190.00 (betul.... aku tidak silap taip) dan selepas sedikit modisfikasi iaitu menukar saddle atau seat, harga yang dibayar adalah RM250.00 (Ringgit Dua Ratus Lima Puluh sahaja).  Nama basikal 'Oscar'. Tahu dimana dimana basikal ini dapat dilihat dengan banyak? Tu di tempat parking basikal  sekolah. Basikal dibeli kedai biasa di Pekan  Gurun. Tiada lagi tambahan atau ubahsuai dibuat, lihat sajalah basikal tersebut. Aku mengangkat basikal tersebut dan menganggarkan beratnya tidak kurang dari 16 Kilo. Dia membetulkan anggaran aku, berat basikal tersebut ialah 18.5 kilo.
Menurutnya dia boleh mencapai kelajuan 12km/j + untuk pendakian gunung dan sampai ke puncak dalam masa 75 minit sahaja. Kelajuan itu lebih dua kali ganda dari kelajuan kayuhan aku. Ok.. umurnya baru 34 tahun. Dia mempunyai kedai membaiki motorsikal di Pekan Gurun dan kerap melakukan pendakian, selang sehari. Sebelum pertama kali membuat kayuhan pendakian gunung ini, dia membuat senaman menguatkan otot kaki untuk beberapa bulan.
Menurutnya lagi dia mendapat tahu seorang pekerja kedai basikal di Guar Cempedak boleh sampai ke puncak Gunung Jerai dalam masa kurang 45 minit. Dia mencari peluang untuk berkayuh mendaki gunung dengan orang tersebut untuk membuktikan apa yang dia dengar.
Pada kayuhan jalan biasa, dia boleh mencapai kelajuan maksima 48km/j tetapi untuk tempuh yang singkat. Biasanya dia mengayuh pada kelajuan 40km/j. Aku amat berpuas hati dapat bersembang dengan dia. Aku meneruskan pendakian apabila dia turun dengan laju untuk memulakan perniagaan woksyop motosikalnya.
Apabila aku sampai dipuncak aku kecewa sedikit kerana gerai yang sering aku kunjung untuk melepaskan letih dan menghilangkan dahaga tutup. Agaknya perniagaan kedai ini tidak mendapat sambutan kerana kekurangan pelancong dan pelawat. Gerai ini hanya dikunjungi pelanggan pada cuti sekolah dan hujung minggu sahaja.
Aku tidak berehat lama dan  memulakan kayuhan turun selepas berehat lebih kurang 5 minit.

Statistik :
    Mula : ..................... 0815 pagi
    Tamat : ................... 1110 pagi
    Jarak : .................... tak berubah
    Cuaca : .................. kabus, redup

Khamis, 13 Mei 2010

Kota Kuala Muda vs Kuala Muda


Kota Kuala Muda
Semasa membuat kayuhan pagi ini, aku terlihat satu signboard tunjuk arah yang agak menarik. Walaupun aku telah menetap hampir 20 tahun di Sungai Petani, baru pagi ini aku tahu bahawa Kota Kuala Muda dan Kuala Muda adalah dua lokasi berbeza. Apatah lagi Kuala Muda adalah Daerah di mana terletaknya Sungai Petani. Confuse. Aku pun. Signboard yang dipasang sebelum jambatan baru menunjukkan arah ke Kota Kuala Muda di hadapan manakala signboard yang sama menunjukkan arah ke kiri untuk ke Kuala Muda. Bermakna Kuala Muda terletak di seberang Sungai Muda didalam negeri Pulau Pinang. Emmm.......
Mungkin yang dimaksudkan ialah dimana Sungai Muda bertemu laut itu Kuala Muda? Tetapi kenapa disebelah Pulau Pinang, kenapa kuala Sungai Muda tidak terletak di Kedah. Bukankah Sungai Muda bermula dan mengalir di Kedah dan menjadi sempadan Kedah dan Pulau Pinang.
Kayuhan melalui Sungai Pasir dan Batu Lintang ke Tikam Batu lebih 5km berbanding jika mengikuti Jalan Sungai Petani - Butterworth. Tetapi ia menyeronokkan kerana suasana nyaman melalui kampung, bendang, sawah padi dan kebun. Cuma yang merisaukan adalah angin yang bertiup agak kencang kerana kawasan sawah padi yang lapang.
Apabila tiba di Pekan Tikam Batu, aku membelok ke kanan untuk ke Kota Kuala Muda. Disepanjang laluan jalanraya yang selari dengan Sungai Muda, aku mendapati aktiviti projek tebatan banjir sedang rancak berjalan.
Aku dapat tahu ramai juga pemilik tanah dan rumah di kedua dua belah tebing Sungai Muda menjadi kaya dan ada yang menjadi jutawan. Mereka menerima pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan. Diharapkan mereka yang mendapat pampasan yang bernilai ratusan ribu ringgit menguruskan dan menggunakan wang tersebut dengan bijak. Ada kawan aku yang  mendapat  pampasan telah membeli tanah, membina rumah yang selesa dan memulakan perniagaan, tetapi malangnya ada juga kenalan yang telah menghabiskan wang tersebut dalam tempuh tidak sampai satu tahun.
Aku ada mendengar cerita bahawa tebing tebatan ini akan dibuat laluan kenderaan dan akan dijadikan kawasan pelancongan. Ini pasti menyeronokkan untuk pengayuh basikal. Ada tempat untuk berkayuh dengan selamat.
Aku tidak berniat untuk berkayuh ke Pantai Merdeka. Cukup hanya sampai di Kota. Orang  sekitar sini selalunya menyebut 'kota' yang bermaksud Kota Kuala Muda. Mungkin terlalu panjang untuk disebut dan semua orang disini tahu apa yang dimaksudkan. Aku berkayuh ke belakang pekan dan berhenti rehat di kawasan peninggalan Kota Kuala Muda. Hanya terdapat dua kesan kota lama yang wujud kira kira dua ratus tahun lalu. Satu pintu gerbang dan satu lagi dinding bangunan lama.
Kota Kuala Muda adalah perkampungan nelayan kecil. Dahulu ianya adalah pelabuhan dan pusat perdagangan yang penting. Pekan ini menjadi makmur semasa pihak British menguasi Pulau Pinang. Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin menjadikan Kuala Muda sebagai tempat kediamannya pada tahun 1811 kerana baginda sering diganggu oleh pihak siam. Apabila Siam menakluki Kedah pada tahun 1821, Sultan Ahmad Tajuddin lari ke Pulau Pinang. Semasa penaklukkan Siam, perniagaan dan perdagangan telah merosot dan akhir Kota Kuala Muda tidak lagi menjadi pusat perniagaan.


Walaupun Pekan Kota Kuala Muda tidak terkena bencana tsunami pada 26 Dec 2004, pekan ini menjadi tumpuhan umum apabila kawasan berhampiran pantai dan muara Sungai Muda mengalami kerosakkan dasyat dan mengorbankan nyawa dilanda tsunami.
Di kuala sungai ini juga terdapat pusat jualan ikan hasil tangkapan nelayan.  Keunikkan jualan hasil tangkapan laut ini ialah harga ditentukan dengan cara berbisik. Cara ini juga sudah digunakan di pusat jualan ikan di seberang Sungai Muda iaitu disebelah Pulau Pinang.

Cara berbisik
Cara ini lebih kurang serupa dengan sistem lelongan biasa. Bezanya pembida tidak tahu harga tawaran orang lain. Hasil tangkapan dijual terus kepada pembeli  tanpa orang tengah. dan nelayan berpeluang mendapat rezeki lebih. Kali terakhir aku disini, aku dapati kebanyakkan pembeli adalah peniaga kecil-kecilan yang berniaga di pasar malam, pasar sehari, pasar  minggu dan gerai ditepi jalan. Hanya segelintir orang awam yang membeli ikan secara berbisik kerana jumlah longgokkam agak banyak, kecuali pembeli hendak membuat kenduri.
Nelayan akan membawa sebahagian hasil tangkapan dari bot ke bangunan dimana jualan dijalankan. Ia dilonggokkan diatas simen yang dialas dengan tikar atau bekas plastic di tengah bangunan dan diperaga kepada pembeli. Orang ramai akan mengerumuni dalam bentuk bulatan. Setelah pembeli melihat ikan ikan yang hendak dijual, nelayan tersebut akan pergi kepada pembeli yang berminat. Pembeli akan membisikkan harga tawaran. Pembeli lain yang berminat akan membisikkan harga yang difikirkan berpatutan. Begitulah seterusnya. Pembeli yang menawarkan harga yang tinggi akan berjaya.
Nelayan lain secara bergilir gilir akan mengulangi proses tersebut sehinggalah semua hasil tangkapan habis dijual. Semua jenis hasil tangkapan dijual cara ini dan pelbagai jenis ikan, udang, ketam dan lain lain dicampurkan.
Seorang rakan menyatakan dia sering membeli ikan disini tetapi cara yang berlainan sedikit. Setelah nelayan  selesai membuat lelongan, kawan aku ini akan berjumpa nelayan tersebut. Dia menyatakan hasrat untuk membeli ikan dan meminta jumlah sama banyak dengan  yang baru dijual tadi. Dia akan membayar jumlah yang sama atau lebih sedikit dari harga yang dijual secara berbisik tadi. Bagi nelayan tersebut dia tidak rugi apa apa, malah akan menjimatkan masanya.


Beberapa projek bangunan kedai baru sedang didirikan, menunjukkan pekan kecil ini juga mengalami perubahan dan pembangunan. Kini Kota Kuala Muda menjadi tempat perhentian  pelancong yang hendak ke Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Pelawat dan pelancong singgah di pekan ini untuk bekalan dan makanan. Diharapkan kerajaan negeri akan membangunkan lagi pekan ini.
Aku mengayuh di celah celah bangunan dan di lorong kecil pekan ini untuk memastikan aku tidak terlepas pandang tempat menarik dan unik.
Kalau badan sudah letih dan perut sudah berbunyi, kenalah  berhenti untuk berehat dan makan. Aku memesan roti canai telur dan air kosong di sebuah gerai di pekan Tikam Batu. Roti canai telur dibubuh banyak potongan bawang besar. Ah..  sedap rasanya dan pasti akan singgah lagi di kayuhan akan datang.
Pada jalan persekutuan Sungai Petani - Butterworth aku menguji kekuatan kayuhan dan dapat purata 30km/j selama lima minit.

Statistik :
  Mula : ..................... 7.25 pagi
  Tamat : .................... 10.00 pagi
  Jarak : ..................... 43.80 km
  Cuaca : ................... mendong sebelah pagi, panas selepas jam 9.00 pagi
  Route : ................... Sungai Pasir - Batu Lintang - Tikam Batu - Kota Kuala Muda

.

Rabu, 12 Mei 2010

Hebatnya Rakyat Malaysia


Pagi Selasa 11 Mei 2010 aku sempat membaca tajuk tajuk berita akhbar Berita Harian. Mula terbaca tajuk seorang bekas pensyarah akan merentasi Asia. Pada bahagian Utara pula, aku membaca seorang pesnyelia kanan telah pun memulakan kayuhan basikal ke Putra Jaya sehari yang lepas.
Aku tidak sempat membaca keseluruhan berita kerana aku ingin ke Alor Setar. Aku hanya meneliti sepenuhnya berita tersebut hari ini.  Sila baca berita sepenuhnya pada keratan yang disertakan.
Aku berminat dengan berita seperti ini dan aku juga mempunyai cita cita untuk melakukan pengembaraan sambil melancong dengan mengayuh basikal. Mungkin masanya belum sampai lagi untuk menyempurnakan hasrat ini.

1.    Rentas Asia




2.    Kayuhan ke Putrajaya


Kita sering melihat orang luar membuat kayuhan dinegara kita, kadang kadang secara solo dan kerap kali juga berpasangan. Pernah juga melihat yang sudah berusia lebih 60 tahun. Mereka berkayuh sebagai pelancong dan menjelajah dunia hingga berbulan bulan lamanya.  Rasanya apabila mereka  memulakan kayuhan walau apa tujuan, sebab dan alasan, tiada upucara oleh mana pihak, atau tiada pula dimasukkan kedalam akhbar. Mungkin perkara ini tidak lagi menjadi satu perkara asing dan jarang berlaku, mereka pergi dan balik secara senyap. Kini ramai pengembara seperti ini mencatatkan pengembaraan mereka dalam blog.
Aku menaruh minat penuh pengembaraan mereka ini dan sering mengikuti blog mereka. Adakah aku mempunyai semangat untuk menjadi seperti mereka.



Kita kemana .......... ?


Isnin, 10 Mei 2010

Rekreasi Tupah


Mungkin inilah cara aku minta maaf kepada Juan kerana tidak mengajaknya  bersama semasa kayuhan pada hari Sabtu 08 Mei 2010. Aku meneliponnya untuk kayuhan pagi ini. Walaupun baru bangun tidur (aku tahu dari nada suaranya) dia bersetuju dan meminta aku datang kerumahnya sementara dia bersiap. Dia membawa aku jalan belakang yang tidak pernah aku lalui untuk ke Lencongan Barat.
Sampai saja di Taman Bujang, Merbok dia mengajak aku minum pagi. Aku tahu dia masih belum sarapan pagi. Oh ya.. Juan tinggal seorang diri kerana isterinya meninggal lima belas tahun lalu. Gerai yang kami singgah tidak menjual roti canai pagi ini tetapi ada jual nasi berlauk dan nasi lemak. Kami memesan makanan dan minuman yang sama iaitu Milo O dan nasi lemak. Harga dua set hanya RM2.60. Mana nak dapat.
Pada persimpangan penghujung Lencongan Semeling, kami melihat seorang mengayuh bersendirian dan mengajaknya untuk bersama kami mengayuh ke Tupah. Dia menolak dengan alasan telah kesana. Melihat arah jalan tidak mungkin dia dari Perkelahan Tupah. Bukan hendak mengata, tetapi dari cara kayuhan dan   keadaan  basikal, dia baru berkecimpung dalam aktiviti berbasikal.
Sepanjang kayuhan ke Tupah, kami mendapati kawasan dijaga dari segi kebersihan. Sampah sarap disepanjang kawasan perkelahan peninggalan pengunjung dikutip dan dikemaskan oleh petugas Jabatan Perhutanan.   Malangnya lori sampah MPSPK tidak datang mengutip sampah mengikut jadual terutama setelah tugas menguruskan sampah diambil oleh e-Idaman Sdn Bhd. Walau begitu ia tidak menjejaskan kebersihan kawasan ini. Syabas Jabatan Perhutanan.
Aku bertanya pada Juan, bilakah rakyat kita akan belajar tentang kebersihan. Kenapa sampah sarap dibuang dimerata tempat kecuali kedalam tong sampah. Kenapa ibu-ibu membuang lampin bayi kedalam sungai yang akhirnya akan mandi dan bermain dalam sungai tersebut. Kenapa tidak tunjukkan teladan yang baik dan betul kepada anak anak. Tempat perkelahan seperti ini semakin berkurangan dan semakin ramai orang menggunakan. Diharap rakyat kita dapat mengubah sikap dan perangai yang tidak positif ini untuk kesejahteraan dan kebahgiaan semua.


Grafiti pada batu diatas menarik perhatian. Batu ini dijumpai kira 200 meter sebelum sampai ke pintu masuk Loji Pembersihan Air Tupah. 'Balik, jika ragu ragu'. Fikirkan dan buatlah tafsiran sendiri tentang apa yang tersurat ini.
Kawasan rekreasi Tupah ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu. Persekitaran yang menarik dan menyamankan menjadikan ia sesuai dijadikan tempat santai untuk seisi keluarga dan juga untuk muda mudi. Menurut pekerja loji yang menjaga/bekerja di loji air Tupah, kehadiran muda mudi lebih ramai pada waktu malam. Mereka juga melakukan perbuatan sumbang. Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengintai perbuatan dan aktiviti pasangan remaja tersebut.  Ada pula yang merakamkan aktiviti sumbang dan membuat VCD. Rakaman tersebut dijual kepada awam. Aku diberitahu lebih dari lima VCD dibuat dikawasan ini. Itu pun beberapa tahun yang lalu.
Semasa berehat ditapak perkelahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan, beberapa biji motorsikal yang dipandu oleh remaja mundar mandir dikawasan ini walaupun waktu baru  0830 pagi. Tidak salah kalau dikatakan mereka adalah pada tahap umur persekolahan. Mungkin meraka ini pelajar pelajar yang ponteng sekolah. Semuanya anak Melayu. Aku berasa amat malu kepada Juan, tetapi inilah hakikat dan kenyataan masa kini. Menurut pekerja Jabatan Perhutanan, ini berlaku hampir setiap pagi. Pekerja tersebut tidak berani menegur perbuatan anak anak muda ini.
Semasa perbualan ini aku perasan melihat beberapa kereta yang parking di tebing sungai seawal pagi. Apa yang dibuat disitu, nak mandi air sungai hanya paras kaki saja. Berkelah. Awal sangat.Huh entah lah.
Aku mengesyorkan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan tersebut agar pihak atasan melakukan sesuatu untuk mengurangkan gelaja buruk seperti yang diterangkan diatas. Walaupun aku tahu beliau hanya pekerja bawahan, semoga syor aku disampaikan kepada pegawai atasan. Syor aku senang saja. Buatkan penghadang seperti yang kita lihat dilintasan keretapi. Penghadang diturunkan dan dikunci pada waktu malam dan dibuka semula disebelah pagi. Cara yang serupa juga digunakan pada jalan naik ke Gunung Jerai. Tetapi ia memelukan seorang pekerja atau pengawal.



Statsitik

Mula : ................... 7.45 pagi
Tamat : .................. 10.00 pagi
Jarak : ................... 38.60 km
Cuaca : .................. Cerah, tidak berapa panas
Route : .................. Lencongan Barat, Lencongan Semeling, Tupah

.

Sabtu, 8 Mei 2010

Solo ke Kuala Ketil

Tayar dan Brake baru

Hati aku berbelah bagi untuk kayuhan pagi ini. Samada untuk ke Kuala Ketil atau ke Alor Setar. Kalau ke Kuala Ketil, samada aku akan membelok ke Merbau Pulas atau terus menuju ke Baling. Walau apa pun yang penting aku buat keputusan untuk ke Kuala Ketil. Sebarang keputusan akan dibuat apabila sampai ke tempat tersebut. Seperti biasa aku buat kayuhan solo walau pun pada awalnya aku ingin mengajak beberapa rakan lain.
Satu sebab lagi aku memilih jalan Kuala Ketil yang beralun dengan bukit bukit kecil adalah kerana aku baru menukar kedua dua tayar basikal petang semalam. Puas juga aku mencari tayar yang sesuai tetapi kebanyakkan kedai di Butterworth, Bukit Mertajam dan Sungai Petani tiada stok. Aku menggantikan tayar 1.25 x 26 lama dengan Maxis Detonator buatan Taiwan yang diperolehi melalui kawan. Itu pun kena buat pesanan (order) dan mengambil masa hampir satu minggu.
Aku juga menukar brake shoe V-brake jenis SARS kerana yang lama telah haus akibat kayuhan ke Gunung Jerai setiap dua minggu. Kerja penukaran tayar dan brake aku lakukan sendiri. Dapat juga  mencari sedikit pengalaman dan pengetahuan. Aku mengambil masa hampir satu jam. Yang agak susah ialah melaraskan kedudukan brake.
Dari rumah aku memasuki jalan Lencongan Barat dan kemudian memasuki jalan Lencongan Timur ke persimpangan jalan Kuala Ketil. Semasa pendakian over-pass Lebuhraya Plus aku ditegur oleh seorang  yang menggunakan basikal mountain biasa. Maksud aku basikalnya tidak mempunyai 'suspension fork', apakah lagi menggunakan air suspension fork atau 'disc brake' atau 'crank Diore' atau tayar 'maxxis' atau meter 'cateye'. Brand basikalnya aku tak perasan tetapi jelas brand  tersebut tidak tersenarai dalam list basikal samaada di majalah mahupun internet. Pakaian .. huh.. seluar pendek biasa dengan T-shirt mono-color  yang tidak menawarkan iklan percuma kepada mana mana syarikat, kasut trek biasa je tanpa sarung tangan. Elok juga dia memakai helmet. Tetapi dia mampu menyaingi kelajuan basikal aku.  Apabila dia bertanya aku hendak kayuh kemana, dia agak terkejut apabila aku mengatakan ke Kuala Ketil.  Mungkin dia tidak pernah berkayuh sejauh itu dan dia seperti biasa hanya membuat kayuhan di Lencongan Timur sahaja. Tidak melebihi 15 km.
Aku mengajak dia bersama ke Kuala Ketil tetapi dia menolak. Kami berpisah apabila kami tiba dipersimpangan jalan Kuala Ketil. Seolah olah dia mahu memastikan aku betul betul akan ke Kuala Ketil seperti mana aku memberitahunya tadi. Aku rasa dia susah nak percaya cakap aku, mungkin sebab aku jauh lebih tua dari dia.
Tiada apa peristiwa atau kejadian yang hendak dicatatkan semasa perjalanan. Cuma tidak ramai yang membuat kayuhan pagi ini. Aku berselisih dengan dua orang cyclist, seorang sebelum sampai di Pekan Kuala Ketil dan seorang lagi ketika mendaki bukit di Kam Seng Plantation, Batu 7. Walaupun  sudah banyak kali membuat kayuhan melalui jalan ini, aku masih menghadapi kesukaran apabila mendaki bukit yang paling tinggi di laluan ini. Kelajuan aku menurun katahap 6km/j dan terpaksa menggunakan gear rendah.
Sehingga ini aku telah berkayuh hampir dua jam dan berhenti untuk berihat dan minum di gerai simpang Peranginan Lata Bukit Hijau. Seperti hampir semua gerai yang  pernah aku singgah semasa berkayuh, tuan punya gerai amat menyenangi kehadiran pengayuh basikal seperti aku. Mereka memberikan layanan mesra dan sopan. Makanan dan minuman pada harga yang amat berpatutan. Jenis makanan hampir sama dimerata tempat iaitu roti canai, nasi lemak dan kueh mueh yang manis. Agaknya ini disebabkan makanan tersebut mendapat permintaan tinggi dari masyarakat kita. Sudah tiba masanya kita yang giat membuat exercise menilai semula jenis makanan yang diambil setiap hari supaya badan lebih sihat. Kita perlu tahu apakah jenis makanan yang sesuai, berapakah nilai kalori dan kandungan terperinci terkandung pada makanan tersebut.
Bagi diri aku, sarapan pagi setiap hari adalah semangkuk 'quaker oat' dan secawan nescafe. Aku berusaha untuk mengurangkan kekerapan aku minum nescafe atau teh susu dan  berusaha mengurangkan susu dan gula dalam minuman tersebut. Kini aku kerap minum teh O kosong iaitu tanpa gula dan banyakkan minum air suam. Aku juga kurang mengambil daging atau ayam dan lebih banyak makan ikan dan sayur. Kebelakangan ini aku jarang sekalai makan diluar samada untuk makan tengah hari atau makan malam. Setiap kali musim cuti sekolah aku menjadi risau dan susah hati dengan bilangan jemputan masjlis kenduri kahwin dimana menu utama adalah daging. Kadangkala aku terpaksa menghampakan hajat tuanpunya kenduri dengan tidak menghadiri jemputan. Tetapi sedaya upaya aku akan hantar sumbangan melalui orang lain sebagai penghargaan, sedekah, restu dan ingatan menjemput aku.
Sambil minum dan berehat aku membuat post mortem, kajian dan analisa tentang tayar yang aku pasang kelmarin. Walaupun tayar tersebut lebih berkualiti, mempunyai hentakan yang lembut, licin, lancar, lebih ringan dan harganya lebih mahal, tidak banyak perbezaan dari segi kelajuan kayuhan. Ini membuktikan tanggapan aku selama ini, bukan harga barangan yang menjadi faktor utama tetapi stamina,  tenaga dan latihan seseorang yang menentukan tahap kepantasan dan kelajuan kayuhan. Walau bagitu aku amat berpuas hati dan akan terus menggunakan tayar jenis itu pada basikal yang satu lagi dan dimasa hadapan. Aku mula memikir untuk membeli dua set lagi dalam masa terdekat dijadikan sebagai stok atas alasan sukar untuk mendapatkannya.....!
Aku mengikuti Jalan-raya Timur Barat menghala ke Kulim. Jalan ini memendekkan perjalanan dari Pulau Pinang ke Kota Baru dengan siapnya laluan dari Kupang ke Grik empat tahun lalu. Jalan ini mempunyai bahu jalan yang agak luas dan aku rasa selamat walaupun kenderaan agak banyak dan laju. Rezab jalan yang agak luas dikedua hala dan kemungkinan salah pandang atau salah rancang oleh pihak kontraktor, pihak JKR atau Majlis Daerah menjadikan jalan ini agak panas. Sepatutnya pokok ditanam disepanjang bahu atau rezab jalan untuk memberikan pelindungan kepada pengguna. Atau masih dalam perancangan. Jika dikira tempuh jalan ini dibuka, pokok yang ditanam telah besar.


Papan tanda arah banyak dipasang disepanjang jalan ini terutama pada persimpangan. Papan tanda tersebut  besar, jelas dan boleh dilihat dari jauh. Penggunaan kod warna yang seragam memudahkan pemandu. Hijau untuk lebuhraya dan biru untuk jalan persekutuan dan negeri. Tidak mungkin seseorang yang belum pernah melalui jalan ini akan menghadapi masalah atau tersesat.
Rumah Menangkap Ikan
Semasa merintasi Sungai Karangan aku terpandang satu bangunan ditengah sungai. Ia mengingatkan aku pada struktur serupa yang banyak terdapat di Sungai Muar Negeri Sembilan. Ia  mempunyai satu pondok kecil di atas dan ada empangan di dalam sungai. Ia digunakan sebagai satu kaedah menangkap ikan di sungai. Jaring yang diikat pada buluh akan diturunkan dari pondok. Muka jaring tersebut menghadap kehilir sungai dan ekor jaring dihulu sungai. Ikan yang mudik akan terperangkap pada jaring. Jaring dinaikan setiap dua atau tiga jam. Selalunya kaedah menangkap ikan ini dilakukan pada waku malam. Nelayan tidak perlu risau akan keselamatan mereka kerana pondok terletak ditedngah sungai. selalunya dua atau lebih nelayan akan tinggal dipondok sehingga hari siang. Pondok juga disediakan tempat memasak untuk membancuh air atau menyediakan makanan yang mudah.
Aku membelok untuk ke Sungai Petani di persimpangan kilang kereta Inokom dan membelok ke Sidam Kiri di Ladang Victoria. Aku benar benar kepanasan, peluh keluar begitu banyak dan aku mesti pastikan aku tidak mengalami 'dehydration'. Aku tidak sabar untuk sampai kerumah. Dari sini ada lagi 20km sebelum sampai. Mungkin aku terpaksa berhenti lebih kerap dan pasti minum air secukupnya.
Aku meneruskan kayuhan menghala ke Pantai Perai dan Pinang Tunggal dari mengikuti ke jalan Kuala Ketil. Jarak dalam pengiraan aku adalah lebih kurang sama. Dengan melalui Pinang Tunggal aku boleh singgah di kedai basikal kawan di Taman Seraya, Pinang Tunggal.


Statistik :
Mula : .................. 7.30 pagi
Tamat : ................ 1.30 tengah hari
Jarak : .................. 96 km
Cuaca : ................ sangat panas
Route : ................ Sg Petani - Kuala Ketil - Tawar - Jalanraya Timur Barat - Sidam Kiri - Pinang Tunggal

.

Ahad, 2 Mei 2010

Rutin Biasa

Pagi tadi apabila aku memandu keluar dari rumah dengan basikal didalam kerata, aku terperasan yang Gunung Jerai sebenarnya amat jelas kelihatan dari jalan dihadapan rumah aku. Juga, puncak Gunung Jerai jelas kelihatan dari dalam bilik anak aku.  Walaupun boleh dilihat dengan jelas namun jaraknya adalah 34km melalui jalan Semeling, Bidong dan Gurun.
Sebaik sahaja aku memasuki kawasan tempat letak kereta dikaki gunung, aku melihat  John Ch'ng Yam Par seorang rakan yang sering berkayuh dengan aku sedang menurunkan basikal dari kereta. Kelihatan dia seorang sahaja. Bila aku tanya, dia berkata dua orang rakannya sedang dalam perjalanan mengayuh basikal dari Sungai Petani. Dia membawa kereta kerana hendak cepat.  Ada kerja lain yang perlu dibuat sebelum tengah hari nanti.
Sebenarnya aku terkejut sedikit bertemu dengan John disini membuat kayuhan Gunung Jerai. Pernah sekali dulu aku mengajaknya berkayuh disini. Pada mulanya dia setuju tetapi membatalkan pada saat akhir.  Tidak tahu pula apa sebabnya. Selepas itu aku tidak lagi mengajaknya kerana dia kata akan menghubungi aku bila hendak buat kayuhan nanti. Tidak tahu pulak dia membuat kayuhan.
Walaupun belum sampai satu tahun aku mengenali John, tetapi aku tahu dia adalah seorang kristian. Selalunya dia dan keluarga akan pergi ke gereja setiap pagi Ahad.  Gereja yang dia  menjadi ahli adalah sebuah kedai yang diubahsuai terletak di Taman Intan. Tetapi pagi ini dia ada di kaki gunung untuk membuat kayuhan. Aku tidak pula menanyakan perkara tersebut kepadanya kerana menghormati dia sebagai seorang kawan.
Semasa mengenali John pada Sept 2009, dia sedang berjogging. Wajahnya nampak bermasaalah dan kelihatan tidak bertenaga. Dia nampak lebih tua dari umurnya dan tidak keterlaluan jika aku katakan yang dia nampak lebih tua dari aku. Dia menceritakan bahawa dia mengalami penyakit jantung yang agak teruk dan dinasihatkan untuk melakukan aktiviti bersukan. Aku mencadangkan dia menceburi aktiviti berbasikaldan menerangkan segala kebaikkan dan kelebihan berbasikal. Selang beberapa hari, dia membeli sebuah mountain bikes dan kami mula membuat kayuhan bersama.
Sedikit aku nak komen pasal basikal yang dibeli oleh John. Basikal itu hanya entry level berharga hampir RM900.00 sahaja. Aku dan kawan aku Juan memeberi dia tempuh tiga bulan. Kami yakin dan pasti John akan menukar kepada basikal yang lebih bagus dalam tempuh tersebut. Setakat hari ini John memiliki tiga basikal, satu mountain bike menggantikan basikal yang mula dibeli dan dua road  bikes terpakai.
Perubahan besar yang dilihat adalah kesihatan. Dia kini lebih bertenaga dan sihat. Kini dia mampu membuat kerja kerja yang dilakukan sebelum diserang sakit jantung. Juga kami kurang membuat kayuhan bersama kerana sibuk dalam perniagaan kedai cat keretanya.
Bagai telah ada persefahaman antara satu sama lain, kami membuat kayuhan pendakian bersama. John berkata tidak perlu menunggu dua orang rakannya yang lain, jumpa sahaja diatas nanti. Menurut John, ini kali ketiga dia membuat kayuhan Gunung Jerai. Eh.. bila pula ye?. Semasa aku mengajaknya dua bulan yang lalu dia belum pernah membuat pendakian. Agaknya dalam diam diam dia datang kesini seorang diri. 
John yang baru berusia 45 tahun ternyata lebih bertenaga mengayuh keatas. Dia berada didepan aku tetapi tidak jauh. Selang beberapa ratus meter dia akan berhenti. Samada dia berhenti kerana menunggu akau sampai atau tidak larat aku tidaklah pasti. Aku membuat pendakian mengikut kelajuan dan tempo sendiri. 
Ini adalah masalah apabila membuat kayuhan berkumpulan. Banyak masa dihabiskan berbual apabila berhenti. Ini lah pasal aku lebih suka membuat kayuhan solo.  Apabila berbual bukan boleh sekejap, kadangkala akan berlarutan melebihi lima atau sepuluh minit. Ini menjenjaskan rentak kayuhan.
Disalah satu pondok hentian lebih kurang 3km dari bawah, seorang pengayuh lain menyertai kami dan masa berehat menjadi semakin panjang. Dia berumur dalam lengkongan 36 tahun dan bekerja di Perwaja Steel. Menurutnya dia membuat kayuhan manakala isterinya berjalan kaki mendaki gunung. Apabila kami bergerak semula dia minta maaf kerana tidak dapat bersama membuat pendakian dengan alasan isteri ada dibawah. Tidak mengapa.
Aku dengan John meneruskan pendakian. Terjumpa beberapa kumpulan lain yang sedang membuat pendakian atau berehat. Satu kumpulan seramai lima pengayuh menarik perhatian aku. Kesemua mereka berumur pertengahan 30'an, menggunakan basikal yang sama jenis iaitu 'Giant', sama warna basikal, sama spec, mempunyai pakaian dan kelengkapan yang sama. Wah.. hebat. Oh hampir lupa pula, mereka juga mempunyai rentak dan cara kayuhan yang agak sama. Maksud aku, semuanya nampak tidak larat untuk menghabiskan kayuhan ke puncak gunung.
John berpatah balik apabila kami sampai pertengahan jalan. Nampak dia keletihan. Alasan kerana dia lapar dan tidak ada kedai makanan diatas selain dari di hotel. Aku meneruskan kayuhan bersendirian, memotong dua kumpulan lain sebelum berhenti rehat di Muzium Hutan. Agaknya aku terlalu mengerah tenaga kerana apabila berhenti rehat, aku tidak perasan air bekalan yang dibawa habis diminum.
Dikawasan rehat muzium empat orang pengayuh berehat dan berbual. Aku pun join sekali. Dua dari pengayuh biasa aku lihat dan sering berbual bila berjumpa. Mereka telah sampai ke puncak dan  dalam perjalan turun. Yang dua orang lagi belum pernah aku jumpa. Tetapi dari perbualan, mereka sering membuat pendakian. Tajuk perbualan,tidak perlu aku nyatakan kerana telah beberapa kali aku menyebutnya dalam blog aku ini.
Aku jumpa dan bersembang dengan Pak Ya. Aku respect dia kerana dia tidak peduli basikal yang digunakan. Dia tidak menggunakan fork/suspension tetapi rigid fork. Juga dia tidak memakai pakaian berbasikal yang khas. Cuma pakai traksuit dan t-shirt biasa saja.
Sebelum mendaki dan menuruni gunung ini, aku membuat sedikit pelarasan/adjustment pada ketinggian saddle atau seat aku. Berkesan. Kesakitan pada tapak tangan tidak begitu ketara dan aku berjaya menghabiskan penurunan bukit tanpa berhenti seperti kebiasaannya.
Aku membuat detour semasa perjalanan pulang. Aku menghala ke Yan melalui pekan Guar Cempedak. Aku singgah  untuk membeli brake-shoe disebuah kedai basikal di pekan Yan Kecil. Kedai basikal tersebut terletak di jalan menghala air air terjun Perigi.  Aku dapati brake shoe basikal  cepat mengalami wear and tear (haus) sejak membuat kayuhan Gunung Jerai. Brake adalah penting utuk kayuhan seperti itu. Aku bernasib baik kerana ada dua pasang terakhir. Aku terus membelinya dengan harga RM48.00 jenis SARS.
Aku sempat juga bertanya kalau ada stok tayar basikal 1.25 x 26. Jenis yang aku mahu ialah  Kenda,  malangnya  tiada stok. Yang ada ialah jenis 'Panaracer' yang dijual dengan harga RM56.00 satu. Aku tidak bawa cukup wang.
Statistik
Mula : .................... 7.30 dari rumah, 8.15 pagi mula kayuhan
Tamat : .................. 11.00 pagi dikaki gunung, 12.45 sampai dirumah
Jarak : .................... sama seperti dulu
Cuaca : .................. baik
.

Sabtu, 1 Mei 2010

Stage 5 Jelajah Malaysia 2010


Rutin hari Sabtu terpaksa dibatalkan kerana aku ingin menyaksikan kayuh mula stage 5 Jelajah Malaysia 2010 dari Sungai Petani ke Kuala Perlis dengan jarak kayuhan 195km. Stage 5 ini adalah stage akhir jelajah ini dan pelumba akan bermalam di Langkawi untuk upucara penutup  esok 02hb May 2010. Rutin biasa adalah kayuhan ke Gunung Jerai dan akan ditunda pada keesokkan hari.
Perkara yang pertama aku perasan ialah kesemua jam pada Menara Jam di hadapan Dataran Zero Sungai Petani ini menunjukkan waktu yang betul. Hah.... baru kelmarin aku menulis dalam blog aku supaya pihak berwajib membuat kerja baikpulih dan senggaraan pada jam jam tersebut memandangkan tempat ini dikunjungi oleh orang ramai  dari dalam dan luar negara. Syabas diucapkan kepada pihak yang bertanggung jawap. Bukanlah kerana aku tulis dalam blog kelmarin dan hari ini terus diambil tindakan, tetapi aku rasa kebanyakan orang ramai yang hadir termasuk pegawai berkuasa sedar tentang kerosakkan jam tersebut.
Kedua dua hala jalan ini bersih dari sampah sarap dan satu pemandangan yang melegakan, tetapi jalan dibahagian dalam ditepi kedai terdapat banyak sampah bertaburan. Walaupun pelumba dan orang ramai tidak melalui jalan ini, tetapi sebaiknya pegawai pihak berkuasa tempatan membuat rondaan dan mengarahkan supaya kawasan tersebut dibersihkan sebelum acara dimulakan. Aku sempat memberikan komen tentang perkara tersebut kepada seorang pegawai majlis tempatan yang sememangnya segak berpakaian uniform, jawapan yang diberikan amatlah mengecewakan. Dia berkata sampah tersebut adalah disebabkan acara hari sebelumnya. Apa lagi yang hendak dikatakan.
Satu lagi yang aku hendak syorkan atau cadangkan ialah supaya pihak majlis tempatan menimbangkan untuk menyediakan tempat 'convenient' kata orang barat iaitu tandas kata kita. Ini memandangkan tempat yang penting seperti Dataran Zero ini bakal menyaksikan banyak upcara akan diadakan di masa hadapan. Bayangkan kalau orang ramai, tetamu dan pelancong hendak atau terpaksa menggunakan tandas, dimana hendak pergi. Oh.. mungkin di KFC seberang jalan atau di komplek Plaza Sungai Petani. Kalau sudah begitu, bubuhlah beberapa papan tanda menunjukkan arah.
Sekali lagi aku sanjung pihak yang menganjurkan beberapa aktiviti untuk orang ramai sementara menunggu perlumbaan dimulakan. Antara acara yang diadakan termasuk ;
1.     Peraduan melukis untuk kanak kanak Tadika dari taman taman di Sungai Petani.
2.     Pertunjukkan Wu Shu - seni bela diri kaum cina
3.     Pertunjukkan Tea Kwan Do
4.     Persembahan Pancaragam (brass band) dari Sekolah Menengah Che Tom, Bakar Arang.
Aku rasa acara akan bermula bila aku melihat tidak kurang dari 50 biji motor polis berkuasa besar memasuki jalan di hadapan dataran.  Dengan penuh disiplin mereka meletakkan motorsikal masing masing secara tersusun rapi. Mereka ini bertanggungjawap mengawal dan mengendalikan kenderaan dan lalu lintas disepanjang jalan yang akan diikuti oleh pelumba. Mereka  membuat pembarisan, mendengar taklimat dari ketua mereka, menyanyikan lagu negaraku, menyanyikan lagu polis, membuat senaman dan membaca doa selamat sebelum memulakan tugas. Ini adalah satu amalan yang baik dan semestinya diteruskan. Agaknya agensi agensi yang lain juga mengamalkan perkara yang sama.
Kereta kereta pasukan yang mengambil bahagian, reporter, marshall, pegawai pegawai, pendaftar mulai sampai dan terus menjalankan tugas masing masing tanpa perlu arahan dan pengawasan. Aku fikir kerana telah membuat kerja sedemikian banyak atau acap kali, semuanya tahu apa yang perlu dilakukan. Kelihatan pelumba mulai sampai dari hotel penginapan dan mendaftar. Pendaftaran adalah penting, markah akan ditolak sekiranya pelumba gagal atau lewat mendaftarkan diri.
Aku mendapat tahu semua yang terlibat dalam perlumbaan ini tinggal di Hotel SP Inn, Hotel Sri Malaysia dan Hotel D'Vista.
Berbagai ragam pelumba diperhatikan sebelum perlumbaan bermula. Ada yang membuat urutan betis dan peha, memeriksa basikal, bersembang, makan dan pelbagai perkara lagi. Pelumba dilepaskan tepat jam 10.00 pagi oleh EXCO Pelancongan Negeri Kedah. Hanya 81 orang pelumba mengambil bahagian. Dalam masa kurang dari lima minit semuanya selesai. Seterusnya anggota yang bertanggungjawap mengemaskan khemah, pentas, meja, peralatan audio dan lain lain dan membawa terus ke Kuala Perlis untuk upucara penamat stage 5 ini.



Esok pelumba akan berkayuh sejauh 80km di Langkawi iaitu kayuhan 'kriterium' sebagai acara penutup Jelajah Malaysia 2010 ini. Keputusan kayuhan  kriterium tidak diambil kira perlumbaan Jelajah Malaysia ini.
Dua hari aku melapangkan masa untuk melihat acara perlumbahaan jelajah Malaysia ini dan merasa amat berpuas hati. Sekurang kurangnya  aku dapat melihat dengan dekat bagaimana acara ini dijalankan. Kalau dimasa akan datang Sungai Petani tidak lagi dijadikan venue, sekurang kurangnya aku telah mengalaminya.