Halaman

Ahad, 31 Oktober 2010

Pesisir Sungai Muda

.
Tebing Sungai Muda
Aku hampir berpatah balik setelah berkayuh hampir 3km apabila hujan mulai turun tetapi aku menguatkan semangat untuk meneruskan kayuhan. Dahalan Md Noor pula menelipon mengatakan hujan turun agak lebat di kawasan rumahnya di kampong Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal. Kami telah berjanji untuk rendezvous dihadapan kedai basikalnya di Taman Suraya Pinang Tunggal sebelum jam 8.00 pagi untuk membuat kayuhan mencari trek.
Sebenarnya aku tidak menyangka rancangan yang kami buat pada hari Selasa yang lepas (5 hari lepas) masih diteruskan kerana antara kami tiada sesiapa yang membuat confirmation.  Aku berada di Pulau Pangkor selama tiga hari dan baru pulang petang Sabtu kelmarin. Perbincangan kami pada hari Selasa tersebut adalah untuk menganjurkan 'fun ride' untuk cyclist sekitar bandar Sungai Petani. Sebelum kami meneruskan cadangan tersebut, kami perlu mencari route yang sesuai dan dapat memberikan suasana yang condicive kepada peserta. Kami ingin mengabungkan pelbagai jenis suasana dan bentuk jalan untuk menimbulkan rasa seronok dikalangan peserta. Keutamaan adalah mengikut jalan yang tidak banyak kenderaan untuk menentukan keselamatan pengayuh.
Bila aku sampai ketempat yang dijanjikan aku tidak menunggu tetapi sebaliknya terus menuju ke Pinang Tunggal. Sekiranya hujan masih turun aku akan batalkan rancangan untuk hari ini. Nasib baik kerana hujan berhenti dan aku nampak Dahalan berkayuh dari arah bertentangan. Kami sempat berbincang dan meneruskan rancangan. Sebelum meneruskan kayuhan kami berhenti untuk mengisi perut.
Sememangnya sudah beberapa tahun aku tidak melalui jalan yang kami ikuti. Dari Taman Suraya kami menuju ke Kampong Pematang Berangan. Banyak perubahan yang berlaku. Paling seronok aku melihat tanah tanah yang dahulunya dibiarkan kosong kini ditanam dengan pelbagai jenis tanaman untuk menjdaikan pendapatan sampingan penduduk. Agaknya mereka mendapat bimbingan dan bantuan dari Jabatan Pertanian.
Dari sana kami keluar di kawasan kilang SMI bersebelahan kawasan kilang SMI Taman Kempas dan menuju keselatan kearah Sekolah Al Islah Kampong Jawa. Kali ini kami tidak mengikuti jalan tar tetapi memasuki ladang kelapa sawit dan melintasi jalan K626 iaitu jalan dari Taman Rhu ke Pematang Kedondong. Kami meneruskan mengikuti jalan ladang kelapa sawit sehingga sampai ke tebing Sungai Muda. Terpaksa berpatah balik kerana jalan lama telah ditutup kerana projek tebatan banjir.
Kami mencari jalan lain dan mengikuti tebing Sungai Muda ke arah Pinang Tunggal. Disepanjang tebing sungai, aktiviti pengambilan pasir masih berjalan walaupun projek tebatan banjir sedang dilakukan. Aku beberapa kali hampir terjatuh kerana pasir yang tebal menghalang kayuhan basikal. Seperkara yang kami dapati ialah keheningan dan keindahan pemandangan dari tebing sungai amatlah mengasyikkan. Kelihatan beberapa nelayan sungai sedang melabuhkan jaring menangkap ikan. Tidak kurang juga orang orang yang memancing dari tebing sungai.
Beberapa kali kami terpaksa berpatah balik kerana ketiadaan laluan atau jalan telah ditutup kerana projek tebatan banjir. Jalan yang kami lalaui amatlah sesuai untuk kayuhan. Kami mengambil keputusan untuk membuat beberapa kali lagi kayuhan susulan disini sebelum tarikh fun ride tersebut.
Kami terpaksa memendekkan kayuhan kerana tayar basikal Dahalan mengalami kebocoran. Trek selebihnya akan dibuat dimasa lain. Trek tersebut adalah laluan pendakian dan penurunan bukit.
Oh... semasa menghadiri kursus di Pulau Pangkor mulai 28 Oct hingga 30 Oct 2010 aku sempat mengelilingi pulau tersebut menaiki teksi van. Jalan yang berbukit disekeliling pulau amat sesuai untuk membuat kayuhan basikal. Pemandu teksi memberitahu bahawa jarak jalan di pulau ini lebih 30km. Aku akan syorkan kepada rakan lain untuk membuat kayuhan disini.

Mari kita berkongsi bersama artikel dibawah :



.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kampong Surukam

.
Aku sengaja tidak mahu menelipon kawan di Pinang Tunggal semasa memulakan kayuhan pagi ini. Aku hendak kejutkan mereka sekiranya mereka membuat kayuhan pagi ini. Aku ingin membuat kayuhan ke Bukit Pinang Tunggal yang mempunyai ketinggian hampir 110 meter. Aku menggunakan basikal Montanna lama, baru tukar tayar dari slick kepada tayar mountain jenis 'Vee-Rubber SLC xtreme' yang disedekahkan oleh Zaidi. Dia berbuat demikian kerana mahu aku berkayuh bersamanya. Selama ini aku kurangkan aktiviti membuat kayuhan off-road. Aku mash mempunyai tayar mountain bikes Scott dan masih berkeadaan baik tetapi aku memasang tayar vee rubber untuk mengambil hati kawan.
Apabila sampai di rumah Zaidi di Taman Pinang Tunggal, aku dapati tiada aktiviti di dalam dan di luar rumah, jadi aku membuat keputusan dia tidak membuat kayuhan hari ini. Aku teruskan kayuhan sambil mengira-ngira samada meneruskan kayuhan pendakian Bukit Pinang Tunggal. Jalan ke puncak bukit agak semak manakala jalan belakang menuruni bukit lebih semak dan sunyi. Aku terpaksa membatalkan niat kerana takut apa perkara yang tidak diingini berlaku.
Aku meneruskan kayuhan ke Pantai Perai dan membelok ke kampong Surukam. Aku tidak biasa dengan jalan ini dan hanya pernah sekali melalunya. Itu pun bermula dari sebelah Taman Perdana. Permandangan dikiri kanan jalan ini amat menarik. Peringkat awam sejauh lebih kurang dua kilometer terdapat sawah padi, bendang baru sahaja dibersihkandan dibajak untuk tanaman musim baru. Kemudian terdapat ladang kelapa sawit disebelah kanan kepunyaan Ladang Sungai Jerong (kalau tidak silap aku). Aku merasa ingin untuk meredah ladang kelapa sawit tersebut sendirian tetapi tidak berani melakukan seorang diri. Disebelah kiri jalan pula terdapat beberapa rumah orang Melayu. Tanah disekeliling rumah dipenuhi dengan tanaman dan ternakan.
Rumah disini walaupun tidak mewah (kira standard kampung) terdapat kereta dan motorsikal. Aku jangkakan kereta amat penting kerana rumah ini jauh dari jalan utama dan jauh dipendalaman. Keperluan kenderaan adalah untuk tujuan keluar membeli belah atau ketempat kerja atau untuk digunakan kecemasan. Aku tidak nampak ada kedai menjual barangan runcit disepanjang jalan ini, mungkin kerana bilangan rumah terlalu sedikit.
Satu perkara yang perlu diingati, bagi kita yang pertama kali memasuki tempat orang ialah perasaan jauh, sukar dilalui, sunyi, takut pada waktu malam dan berbagai perasaan lagi. Tetapi begi mereka yang tinggal disana, perasaan tersebut adalah sebaliknya. Semua itu adalah perkara biasa dan tidak langsung mendatangkan apa apa masalah, kesulitan dan kesukaran.
Aku hilang arah setelah hampir 30 minit melalui kawasan tersebut dan tertanya-tanya dimana aku berada apabila aku melalui di jalan belakang sebuah taman perumahan. Rupanya aku telah sampai ke Taman Astana (bersebelahan Taman Bandar Puteri Jaya). Aku merondai pasar basah taman tersebut sebelum menyeberangi Jalan Lencongan Timur untuk ke Taman Keladi dan seterusnya pulang ke rumah.


Statistik :

   Mula ................... 7.15 pagi
   Tamat ................. 10.00
   Jarak .................. 42 km
   Cuaca ................ Nyaman
   Route ................ Pinang Tunggal - Pantai Perai - Kampong Surukam - Taman Keladi

.

Ahad, 17 Oktober 2010

Bedong


Minggu yang baru lalu agak sibuk. Aku menghadiri kursus selama empat hari di Alor Setar dan terpaksa berulang-alik dari Sungai Petani kerana terdapat sedikti kesilapan maklumat. Walau terpaksa bermandu setiap pagi dan petang aku tidak terasa letihnya hhinggalah kursus tersebut tamat. Apabila seorang kawan mengajak membuat kayuhan pada hari Jumaat 16 Okt, aku terpaksa menolak kerana tidak mempunyai tenaga. Aku habiskan satu hari suntuk untuk berehat dan memulihkan tenaga aku kembali.
Banyak tapi satu 'Sungai' - komen?
Semasa berhenti dilampu isyarat Sungai Pasir aku melihat seorang rider disebelah bertentangan. Dia menunggang roadbikes dan menghala ke Lencongan Barat sementara aku mengikuti Lencongan Timur. Mungkin dia tidak nampak aku kerana dia tidak mengangkat tangan atau mengangguk seperti lazimnya dengan cyclist lain. Oh... well.
Walau cuaca amat baik untuk kayuhan kerana hujan disebelah malam tadi, tiada lagi cyclist berada di jalan raya. Aku mengayuh mengikut Lencongan Timur sambil menikmati suasana pagi minggu yang tidak berapa sibuk dengan kenderaan. Aku merasakan masih mampu membuat kayuhan dengan kelajuan biasa, bila sampai kesetiap landmark aku akan memeriksa tempoh masa dan membandingkan dengan masa yang selalu aku buat.
Aneh apabila aku sampai ke traffic light komplek Mahkamah Sungai Petani, sekali lagi aku ternampak cyclist menunggang roadbikes yang aku nampak di lampu isyarat Sungai Pasir setengah jam yang lalu. Aku melihat jarak kayuhan pada odometer basikal aku dan mendapati jaraknya ialah 15km. Ini bermakna cyclist tersebut juga mengayuh pada jarak yang sama cuma bertentangan arah kerana satu jarak keseluruhan lencongan timur dan lencongan barat ialah 30km. Kesimpulannya ialah kelajuan  mountain bikes aku dan kelajuan roadbikes tersebut adalah sama.... Sekali dia berlalu tanpa mengangkat tangan.
Pada mulanya aku ingin mengikuti lencongan barat untuk pulang kerumah, tetapi bila difikirkan aku baru berkayuh hanya 1 jam dan tiada apa program yang perlu dibuat hari ini. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan kayuhan ke Pekan Bidong,  kemudian ke Pekan Semeling sebelum pulang ke Sungai Petani.

Statistik :
    Mula .................... 7.55 pagi
    Tarikh .................. 10.00 pagi
    Jarak .................... 48.75 km
    Cuaca .................. Redup
    Route ................... Lencongan Timur, Sungai Lalang, Bidong, Semeling

.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Padang Serai, Kulim


Kayuhan pagi lebih kepada menemani kawan kawan yang baru mahu memulakan semula kayuhan setelah berehat dari mulanya ramadhan sehingga sekarang. Aku menaiki kereta kerumah Zaidi yang terletak di Pinang Tunggal. Selalunya aku akan berkayuh dari rumah yang jaraknya lebihkurang 10km, tetapi kerana aku bermula agak lambat aku terpaksa menaiki kereta kerana tidak mahu mereka menunggu lama.
Sebenarnya aku tidak berapa berminat untuk kayuhan pagi Jumaat ini kerana kena pulang awal untuk menyediakan diri untuk solat jumaat. Kerana hajat kawan, aku paksa diri untuk menemani mereka. Aku menggunakan basikal lama aku yang dipasang tayar bersaiz 1.5 x 26 kerana mungkin route yang akan diikuti adalah tepi bendang dan jalan off road. Zaidi tidak berapa setuju dengan tayar yang aku gunakan sampaikan ia menyuruh aku menukar menggunakan tayar mountain yang tidak lagi dia gunakan. 
Kami berkayuh kearah Padang Serai melintasi jambatan Sungai Muda di Pinang Tunggal. Kemudian kami menyusuri jalan 'Ekor Kucing'. Kami singgah dirumah kawan lama iaitu Mohd Nor Salleh yang kini bekerja di Loji Pembersihan Air Sungai Ular, Kulim. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Bermakna tidak lagi perlu singgah untuk minum digerai.
Kami berbincang untuk menganjurkan Fun Ride dikawasan Pinang Tunggal. Berhampiran terdapat beberapa bukit yang mempunyai trek dan laluan sesuai untuk funride tahap sederhana. Semua elemen dan prasarana kayuhan terdapat disini. Pendakian bukit setinggi 100 meter, menurun melalui jalan grapite dan ladang getah dan kelapa sawit, pendakian dijerat cina, jalan kekolam takungan air, jalan offroad melalaui perkampungan dan sebagainya. Funride tersebut bermula dan berakhir di Taman Seraya, Pinang Tunggal. Segala details atau p[eincian akan dibincangkan dalam masa terdekat.  Bilangan peserta akan dihadkan kepada 60 orang sahaja melalui jemputan.


Statistik :

   Mula ...................... 7.45 pagi
   Tamat..................... 10.00 pagi   
   Jarak ...................... 32 km
   Cuaca .................... Redup
   Route...................... Pinang Tunggal, Ekor Kucing, Padang Serai, Sidam Kiri
   Peserta .................. Aku, Zaidi dan Dahlan

.

Selasa, 5 Oktober 2010

Kota Sarang Semut ......


Kelmarin aku melalui jalan ini menaiki Rocsta 4x4 untuk bertemu  rakan rakan di Loji Pembersihan Air Pelubang, Jitra. Semasa perjalanan balik terlintas difikiran untuk membuat kayuhan mengikuti jalan ini. Jalan ini disediakan laluan motorsikal dan aku berpendapat adalah selamat untuk membuat kayuhan. Pelik kan ... sudah merata tempat antaranya termasuk Baling, Sik, Kulim, Tasikg Gelugor, Langkawi, Bukit Fraser dan lain lain tempat aku sudah membuat kayuhan, tetapi jalan utama Sungai Petani - Alor Setar tidak pernah lagi. Ini selalu berlaku pada kebanyakkan orang. Merata tempat termasuk luar negara telah dilawati tetapi tempat sendiri tidak pernah dikunjungi. Alasan yang sering diberi adalah tempat tersebut dekat, bila bila masa boleh dilawati.
Rancangan aku mudah sahaja. Aku akan berkayuh melalui jalan N1 Sunagi Petani - Alor Setar selama dua jam dan akan berpatah balik tanpa mengira dimana aku sampai. Sekiranya mampu aku akan hanya berhenti rehat apabila tamat tempoh dua jam tersebut.
Aku mengambil jalan bandar Sungai Petani, tidak melalui jalan Lencongan Barat seperti selalunya, kerana ianya 3km lebih jauh. Aku bernasib baik kerana dapat melepasi 10 lampu isyarat tanpa berhenti. Semasa melintasi lampu isyarat berhampiran tol Sungai Petani Utara, aku memintas sebuah backhoe ( JCB atau cari makan, istilah kontraktor disini). Aku meninggalkannya dengan agak jauh. Backhoe tersebut hanya memintas aku berhampiran Pekan Bedong. Kiranya aku berlumba dengan jentera tersebut la tu.....
Semasa melintasi kaki Gunung Jerai, aku melihat seorang pengayuh yang tidak aku kenali memandang kearah aku seolah olah ingin menarik perhatian aku. Waktu itu hampir jam 8.40 pagi. Dia seolah olah menunggu aku untuk bersama membuat kayuhan ke Gunung Jerai, tetapi aku terus berlalu sambil mengangkat tangan menunjuk arah hadapan. Bermaksud aku tidak membuat kayuhan ke gunung pagi ini.
Aku sampai di Pekan Kota Sarang Semut tepat jam 09.40 pagi bermakna tepat dua jam dari masa aku mulakan kayuhan. Hanya setakat ini sahaja kayuhan aku dan aku akan berpatah balik ke Sungai Petani selepas berehat. Aku hanya lebih kurang 15 km dari Bandar Alor Setar dan boleh sampai dalam tempoh 40 minit sahaja, tetapi aku mesti mengikut pelan kayuhan aku. Mungkin dimasa lain aku akan habiskan kayuhan di Bandar Alor Setar sebelum berpatah balik.
Sempat aku melihat lihat pasar minggu yang diadakan di jalan arah Sala. Banyak juga gerai  yang menjual pelbagai jenis barangan. Aku teruja untuk membeli buah tembikai yang nampak amat menyelerakan tetapi manahan selera kerana ia terlalu besar dan susah untuk dibawa dengan basikal jika tidak habis dimakan.
Semasa rehat aku tidak berhenti digerai makanan seperti mana lazimnya aku buat. Sebaliknya aku mencari kedai runcit di Pekan Kota Sarang Semut dimana aku beli air mineral sejuk dan dua biji roti bun. Ini menjadi sarapan pagi untuk kayuhan ini. Aku rezabkan perut aku kerana aku berniat untuk membeli air nira  nipah yang banyak dijual digerai tepi jalan berhampiran dengan kaki gunung jerai dalam perjalanan pulang.
Aku jangkakan harga satu paket air RM2.50 tetapi terkejut apabila makcik gerai menyatakan harga cuma RM2.00 sahaja, murah sedikit dari biasa. Apabila meneliti aku perasan kandungan banyak berkurangan dari kuantiti biasa. Pandai. Aku bersetuju dengan penjaga gerai apabila dia mengatakan air nira baju sahaja dihantar oleh pembekal dari Sedaka kerana rasanya yang fresh, tidak masam dan enak. Rasa hendak minum satu lagi tetapi bila difikirkan kandungan gulanya, aku kansel hasrat tersebut.
Digerai tersebut juga menjual produk sampingan nira nipah iaitu cuka nipah. Aku tidak pernah membeli cuka nipah tersebut sebelum ini. Aku sangkakan cuka nipah ini hanya digunakan untuk penyediaan makanan tetapi mengikut makcik digerai tersebut ia juga boleh digunakan sebagai ubat panas badan atau sakit perut dan lain lain. Ambil satu sudu besar dan dicampurkan denan air suam, kemudian diminum. Insyallah. Mengikut makcik itu lagi rasa cuka nipah lebih sedap dari cuka beras. Mungkin aku akan cuba sebotol dua kemudian hari nanti.
Perjalanan balik amatlah memenatkan dengan keadaan cuaca yang panas. Aku berhenti setiap 30 minit atau 45 minit untuk menghilangkan penat dan dahaga. Aku silap percaturan. Semasa perjalanan pergi hanya mengambil masa cuma dua jam untuk perjalanan 50 km, tetapi mengambil masa lebih 3 jam untuk perjalanan pulang. Aku hampir kehabisan tenaga dan terpaksa berhenti untuk makan nasi. Aku kena menilai semula perjalanan tersebut agar tidak terlalu penat.
Walaupun penat, aku amat berpuas hati kerana dapat mencapai matlamat.

Statistik :
   Mula ....................... 7.40 pagi
   Tamat .....................  1.00 petang
   Jarak  ......................  99.8 km
   Cuaca .....................  Panas
   Route ......................  Sungai Petani - Gurun - Guar Cempedak - Kota Sarang Semut - balik


Ahad, 3 Oktober 2010

XIX Commonwealth Games ..... Delhi

.
Hari ini Sukan Commonwealth yang ke sembilan belas membuka tirai di Delhi India. Perasmian dan pembukaan akan berlangsung sebentar sahaja lagi lebih kurang 9.00 malam waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung melalui RTM TV2. Sukan ini akan berlangsung mulai 03 Okt hingga 14 Okt 2010.
Sejak satu dua minggu yang lalu banyak pihak mempersoalkan kemampuan India mengendalikan sukan yang dikira No.2 terbesar didunia selepas Sukan Olimpik. Ini kerana persiapan infrastruktur masih belum siap sepenuhnya. Beberapa masalah tidak dapat diselesaikan. Ada struktur yang runtuh, kawasan yang masih belum dibersihkan, landskap yang masih belum siap dan sebagainya. 
Banyak negara mempersoalkan aspek keselamatan, kesihatan dan kemudahan penginapan untuk para athlit sehingga ada yang bercadang untuk menarik diri dari menyertai sukan tersebut. Perkara yang merisaukan kontigen adalah penyakit denggi. Dilapurkan dalam berita malam ini, seorang rakyat Malaysia diserang penyakit tersebut.
Pula terdapat tunjuk perasaan (demostrasi) yang dilakukan oleh penduduk negara tersebut membantah penganjuran sukan tersebut di India. Menurut mereka, penduduk perlukan wang perbelanjaan sukan tersebut yang mencecah 3 billion USD untuk pembangunan di negera mereka.
Diucapkan semoga berjaya kepada semua atlit kita yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Lebih lagi athlit yang mengambil bahagian dalam sukan berbasikal. Mengikut pencapaian para athlit basikal Malaysia kebelakangan ini, adalah dirasakan mereka mampu membawa pulang beberapa pingat.


Walau apa semua mesti mencuba sedaya mungkin untuk mencapai hasrat tersebut.
Boleh dikatakan setiap hari hujan turun pada minggu ini. Pada pagi Sabtu dan Ahad aku agak kecewa kerana aku telah merancang untuk membuat kayuhan di Gunung Jerai. Tetapi terpaksa dibatalkan. Sebaliknya aku membuat kayuhan disebelah petang. Ianya amat berbeza dibandingkan dengan kayuhan pagi, kerana kayuhan petang melibat jarak yang agak pendek. Bagi aku kayuhan petang lebih kepada kayuhan jelajah dan meneroka di kawasan dan taman perumahan di kawasan Sungai Petani. Walaupun telah menetap lama disini, banyak lagi tempat yang masih belum pernah aku lawati.
Petang tadi aku menyambung kayuhan petang kelmarin sejauh 12km melawati tempat tempat yang jauh di kawasan belakang bandar. Sempat juga aku berkayuh menyusuri jalan keretapi berkembar. Banyak perubahan yang berlaku di Sungai Petani dengan perubahan jalan untuk memberi laluan permodenan kemudahan pengangkutan. Kayuhan petang ini juga hampir 15km tetapi pada kelajuan dibawah 15km/j.

.