Halaman

Isnin, 29 April 2013

Dua round ... mind over matter

mind over matter: 'kuasa minda untuk mengawal dan mempengaruhi badan'

Selepas solat suboh memang rasa tidak teruja lansung untuk berkayuh.... tetapi sebelah malam tadi aku sudah merancang kemana arah kayuhan hari ini. Cuaca pagi cerah tetapi agak berjerubu sedikit, bukan jerubu akibat pembakaran hutan atau pembakaran terbuka tetapi mungkin disebabkan hujan malam di tempat lain. 
Aku lawan perasaan untuk tidak berkayuh ... aku mengenakan pakaian tanpa memikirkan sangat tentang perasaan. Kalau diikutkan perasaan, tidak tahu bagaimana otot otot kaki rasa lengoh, badan rasa tidak bermaya akhirnya tidak pergi berkayuh. Aku pilih roadbike yang sudah agak lama diabaikan kerana berhasrat untuk membuat kayuhan di jalan lencongan timur barat.
Semasa merancang malam tadi aku mempunyai beberapa pilihan. Pertama adalah mengikuti jalan utama Sungai Petani Alor Setar hingga ke Pekan Guar Cempedak dan pulang melalui Yan dan Merbuk. Ada sebab kenapa ia menjadi pilihan utama. Aku tengah berangan angan untuk membuat kayuhan ke Kangar Perlis dengan jarak melebihi 100 km. Kalau jadi mungkin selepas pilihan raya ke 13 nanti. Mungkin bermalam di sana. Jadi aku perlu membuat latihan kayuhan jarak pertengahan antara 60 hingga 100 km.
Kedua aku merancang untuk ke Kulim. Jaraknya lebih kurang sam dengan jarak pilihan pertama tadi. Rasanya sudah lebih setahun tidak berkayuh kesini. Kelmarin ada 'Padang Serai MTB Mini Jamboree 2013'. Dengar cerita ada lebih kurang 1050 orang menyertai. Dianggap berjaya.
Ketiga aku ada juga memikirkan berkayuh ke Butterworth memasuki laluan BORR. Rancangan aku untuk berkayuh di Pulau Pinang dengan membawa basikal menaiki feri dari Butterworth masih belum kesampaian. Juga aku sedang merancang untuk membuat kayuhan jauh ke Taiping dalam masa terdekat .... mungkin sebelum bulan Ramadhan yang tidak lama lagi.
Pilihan terakhir adalah untuk mengikuti jalan ke timur ke Baling. Satu lagi laluan yang sudah lama tidak diikuti. Ahhhh ... konfuse aku. 
Apabila kayuhan dimulakan dan sebaik memasuki jalan lencongan barat, aku mengambil keputusan untuk membuat dua pusingan di jalan lencongan ini. Dengan jarak melebihi 60 km aku rasa memadai untuk kali ini. Lagi pun ada program untuk esok dan lusa. Tidak mahu badan letih sangat.
Aku berkayuh dua pusingan tanpa henti kecuali di persimpangan lampu isyarat yang tidak sempat dilintasi. Terfikir dan terdetik juga dihati apabila aku menyedari aku dapat melepasi 90% persimpangan lampu isyarat tanpa perlu berhenti. Seronok tetapi kadang kala bahaya juga. Bukan apa .. dalam keadaan negara sedang sibuk berkempen untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, apa sahaja yang berwarna akan dikaitkan dengan lambang parti yang bertading. Adakah 90% lampu hijau yang aku tempuhi semasa kayuhan hari ini akan diterjemahkan kepada keputusan PRU tersebut.
Selesai dua pusingan ... tiada merasa sebarang masalah pun. Pasti menyesal jika aku tidak melawan rasa hati tidak mahu berkayuh sebentar tadi. Nyaris aku teringin untuk membuat pusingan ketiga, tetapi perlukan 'top up'. Perut sudak kosong dan tekak sudah kering. Tidak mengapa lain kali aku akan lengkapkan tiga pusingan.

Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi 
    Tamat .............  10.30 pagi
    Jarak ............... 65 km
    Cuaca .............. Nyaman
    Laluan ............. Lencongan 2 x
   Odometer 2013 : 01548
   

Jumaat, 19 April 2013

Jambori Hatyai

Berjumpa dengan seorang yang kira 'otai' dalam kayuhan mtb selepas selesai kayuhan pagi ini. Satu satunya penggiat aktiviti kayuhan mtb yang mempunyai kedai menjual basikal di kawasan Sungai Petani berbangsa Melayu. Sudah hampir empat tahun mengusahakan kedai basikal di Taman Suraya Pinang Tunggal.
Dia memberitahu tentang jamboree mtb yang akan diadakan di Hatyai, Thailand pada 01 Jun 2013 nanti. Dia mengajak aku menyertai. Aduhhh .... aku tiada mtb. Dulu adalah tetapi sekarang aku sudah konvert jadi touring bikes. 


Statistik :
    Mula ............... 8.20 pagi 
    Tamat .............  9.40 pagi
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat
   Odometer 2013 : 01483
   

Khamis, 18 April 2013

Teluk Air Tawar







Statistik :
    Mula ............... 7.50 pagi 
    Tamat .............  10.20 pagi
    Jarak ............... 57 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Tikam Batu - Kepala Batas - Teluk Air Tawar
   Odometer 2013 : 01450
   

Selasa, 16 April 2013

Lencongan Timur

Keadaan jalan lencongan timur dibawah Underpass Lebuhraya Plus selepas Hospital Sultan Abdul Halim, bersebelahan Taman Ria amat teruk sekali. Sudah lebih dua tahun keadaan begitu. Kerosakkan jalan hanya dibaiki ditempat yang rosak sahaja. Entah mengapa. Adakan kekurangan peruntukkan atau lain lain sebab. Kalau berkayuh disini menggunakan basikal tanpa absorber seperti roadbikes gegaran sampai ke kepala.
Sebaik sampai ke persimpangan, aku berpatah semula tidak terus memasuki jalan lencongan barat.


Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat .............  9.50 pagi
    Jarak ............... 45 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan Lencongan Timur x2
   Odometer 2013 : 01393
   

Isnin, 15 April 2013

Singkir







Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat .............  10.15 pagi
    Jarak ............... 49 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Semeling - Merbok - Singkir
   Odometer 2013 : 01348
   

Jumaat, 12 April 2013

Bukit Larut

Kebetulan aku dan keluarga berada di Taiping, aku ambil kesempatan untuk mendaki Bukit Larut.

Rabu, 3 April 2013

kayuh sambilan

Berbelah bagi samaada berkayuh atau tidak. Melihat cuaca tidak berapa panas pada sebelah pagi aku menguatkan semangat untuk keluar mengeluarkan peluh. Rancangan hanya kayuhan pendek.
Semasa singgah minum pagi, ternampak SK Juan berkayuh pulang. Beri laungan yang agak kuat tetapi dia tidak dengar dan terus berkayuh. 
Aku call dia selepas berehat dan dia ada dirumah sedang membaiki basikal rb yang di modified sendiri. Basikal ini sudah lama tidak digunakan dan kini akan ditukar kepada tayar bersaiz 700 x 28c. katanya lebih stabil terutama apabila ada lubang atau jalan yang tidak rata.
Dia amat berbangga dengan basikal tersebut. Framenya telah di cat semula dengan warna yang lebih garang.
Yang menghairankan ialah dia masih ada tiga basikal setelah satu (Bianchi) dibawa ke Australia, masih dia ingin membaiki lagi. Mountain bikes 'Nexus' yang pada mula hendak dijual, telah dihantar ke Kedai Basikal Soon Lee Taman Intan untuk diubahsuai. Ada satu lagi spare frame rb.
Setelah melihat mtb 'Scott' yang aku ubahsuai iaitu menukar suspension fork kepada rigid fork, dia pun ingin berbuat demikian. Apabila siap nanti dia akan ada 5 biji basikal roadbikes. 
Sebenar masih banyak yang perlu aku ubah dan ganti tetapi jika harga melebihi enam tujuh ratus ringgit aku akan biarkan setakat yang ada sahaja. Dalam perancangan aku akan tukar tayar depan dan belakang menggunakan tayar bersaiz 700. Untuk itu aku perlu menukar :
  • hub 36 lubang yang boleh dipasang disc brake (hub mtb)
  • rim 700
  • spokes
  • disc brakes
  • Optional - crank
Ambil masa untuk menrealisasikan 'transformasi' ini, tiada ada apa yang perlu dipercepatkan.


Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat ............. 
    Jarak ............... 30 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur - Taman Ria
   Odometer 2013 : 01299
   

p/s : Sebentar tadi pada jam 11.30 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan.

Isnin, 1 April 2013

Kayuhan dengan kawan lama ....

Sememang aku sedang bersiap untuk membuat kayuhan pagi ini. Nampak cuaca agak baik dan anggapan aku suhu mungkin tidak berapa panas. Boleh buat kayuhan pendek ke Rekreasi Tupah dan Muzium Merbok. Dua tiga pendakian bukit ke lokasi tersebut akan menguatkan lagi degupan jantung dan otot otot kaki dan tangan.
Belum selesai bersiap kedengaran orang memanggil di pintu pagar. Aku tahu dah siapa.... walau tidak membuat janji aku tahu tahu SK Juan akan datang kerumah mengajak aku berkayuh pagi ini. Aku minta dia menunggu sebentar.
SK Juan baru pulang dari Australia melawat anak dan cucu yang menetap disana. Dia ke sana hampir enam bulan dan pulang pada 30 Mac lepas. Tentulah dia begitu beriya iya untuk membuat kayuhan semula. Dia mencadangkan route kayuhan dan ingin makan di gerai roti canai di Merbuk. Aku ikut sahaja. Bayang sudah enam bulan tidak dapat merasakan makanan nasi lemak, roti canai dan lain lain. Di Sydney mana ada semua tu .....
Walaupun sudah tidak melakukan aktiviti kayuhan dalam tempuh agak lama, tenaga orang tua ni masih kuat. Umur pun sudah mencecah hampir 78 tahun! Aku bermasalah untuk menghambat dia. Ada ketika dia meninggalkan aku hampir dua tiga minit dibelakang. Ok dia membawa roadbikes dan aku pula dengan mtb tetapi alasan tidak berapa kukuh untuk ditinggalkan begitu jauh.
Semasa berhenti untuk sarapan roti telur, dia bercerita panjang tentang masa di Australia. Ada juga dia membuat beberapa kayuhan disana.


Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat ............. 10.30 pagi
    Jarak ............... 50 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Sg Lalang - Bedong - Merbok
   Odometer 2013 : 01269