Halaman

Sabtu, 6 Julai 2013

Batu Lintang

Lagi kayuhan petang.
Sebelah pagi tadi cuaca tidaklah panas dan amat sesuai untuk aktiviti kayuhan. Malangnya tidak dapat membuat kayuhan kerana aku menganjurkan aktiviti untuk KRT Taman Intan. Setiap tahun KRT Taman Intan akan menganjurkan program pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk taman. Program ini dianjurkan bersama dengan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Taman Intan.
Walaupun klinik terletak tidak jauh dari taman Intan, tetapi ramai penduduk yang tidak kesana untuk mendapatkan pemeriksaan. Berbagai alasan yang diberikan termasuk masa menunggu yang terlalu lama. Lebih selesa dan seronok membuat pemeriksaan bersama kenalan dan rakan. Oleh kerana itu penduduk lebih selesa melakukan pemeriksaan asas di program program yang dianjurkan seperti ini.
Agak sukar juga untuk menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan walaupun secara percuma. Ramai yang takut .... takut tahu mereka mengidap penyakit. Dengan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan, KRT membuat program seperti ini dengan menyediakan makanan minuman, hadiah atau cenderahati serta cabutan bertuah. Boleh tahan juga kehadiran.
Beberapa perkidmatan pemeriksaan disediakan oleh pihak klinik termasuk ujian RBS (random blood sugar), tekanan darah, BMI (body mass index). Untuk kaum wanita ujian 'pap smear' turut disediakan. Sukar untuk mendapat bilangan wanita yang sudah berumah tangga untuk melakukan ujian pap smear.
Seorang doktor turut hadir untuk memberi khidmat nasihat kepada orang ramai berkaitan keputusan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan. Doktor turut memberikan ceramah pendek berkenaan penjagaan kesihatan.
Walau agak letih dengan program yang diadakan pada sebelah pagi, aku bertekad untuk membuat kayuhan pada sebelah petang. Dapat berehat secukupnya selepas makan tengah hari. Keputusan ujian kesihatan pagi tadi tidaklah berapa baik tetapi jika diambil kira umur, status kesihatan aku berada pada tahap kurang sedikti dari normal. Ini membuat aku lebih bertekad untuk melakukan aktiviti senaman lebih kerap.
Cuaca masih mendong, mungkin akibat kesan  saki baki jerubu yang melanda beberapa minggu lalu. Harap tidak menjejaskan kesihatan. Tiada amaran atau bacaan IPU dalam akhbar atau media semasa. Kira OK lah tu......

Statistik : 
    Mula ............... 5.45 petang
    Tamat ............  6.55 petang
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Batu Lintang - Tikam Batu
   Odometer 2013 : 02768 

        

Jumaat, 5 Julai 2013

Kayuh dengan 'Ee' Kuey Teow

Cuaca petang ini tidak panas. Redup tetapi tidak nampak akan hujan. Sesuai untuk kayuhan kerana sudah hampir satu minggu tidak keluar berkayuh. Cuaca tidak menentu sejak seminggu lalu. Kata Pak Teh Ishak semasa aku berbual dengannya di tapak pembakaran lemang di Taman Rhu, cuaca sekarang tidak lagi mengikut musim. Dia berkata begitu apabila aku komen musim hujan datang awal pada tahun ini.
Memang sejak dua minggu lalu hujan turun agak kerap dan lebat beserta dengan tiupan angin. Hingga banyak tempat mengalami kerosakkan rumah dan harta benda oleh tiupan angin kencang. Ramai mengatakan hujan turun akibat sembahyang hajat yang dilakukan apabila jerubu melanda negara serta beberapa negara jiran pada pertengahan bulan Jun lalu.
Aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berkayuh. Sejak kebelakangan ini memang jarang keluar berkayuh pada sebelah petang. Ah ... keluar dengan rb sahaja. Pada bulan Ramadhan yang tidak sampai satu minggu lagi aku bercadang untuk meleraikan roadbike untuk mengecat semula. Gunakan kesempatan selama satu bulan puasa untuk membuat senggaraan keatas basikal. Itupun kalau mendapat kelapangan dan kesempatan.
Kenapa aku katakan kalau mendapat kelapangan dan kesempatan. Selalunya kerja yang akan dilakukan sendiri secara D-I-Y memakan masa yang lama berbanding dengan kalau kita hantar ke bengkel. Kerja yang kita lakukan sendiri banyak gangguan dan sering tergendala, tidak dapat dilakukan berteruskan sehingga selesai.
Sebaik keluar rumah dan baru menyesuaikan badan dan otot otot untuk kayuhan, aku terkejut kecil apabila ditegur oleh seseorang dari belakang. Bila menoleh aku melihat seorang yang aku kenal berkayuh disebelah. Ee (nama pendek orang Kedah untuk ..... ) tinggal di kampung tidak jauh dari Taman Intan, berniaga Kuey Teow kerang di tepi bangunan berhampiran persimpangan memasuki Taman Intan. Dia berniaga pada sebelah petang hingga tengah malam.
Aku mengenalinya kerana kerapa berkunjung ke gerai dia berniaga. Pada mula tidak tahu pula dia juga melakukan aktiviti berkayuh. Bila mula kenal, aku sering melihat dia berkayuh berhampiran dengan taman dimana aku tinggal. Disamping itu dia juga meminati motorsikal lama. Setakat yang aku tahu, pernah melihat motorsikal Honda 50 cc lama dan Vespa kepunyaanya. Dia sering berkonvoi dengan kumpulan peminat motorsikal antik. Beberapa bulan lalu dia berkonvoi dengan Vespa ke Ipoh Perak.
Kami berkayuh mengikuti jalan lencongan barat hingga ke Tol Sungai Petani Utara dan berpatah balik. Jarak lebih sedikit 20 kilometer dan memakan masa satu jam. Lama sedikit dari biasa kerana kami berbual semasa kayuhan. Satu perbuatan yang agak berbahaya kerana kayuhan bersaingan dengan keadaan kenderaan yang agak 'heavy' dan laju pada sebelah petang. Satu satu topik yang kami sembangkan ialah tentang Ibrahim yang dimasukkan ke hospital semasa kayuhan ke Hatyaai pada 29 Jun lalu.
Rasa puas dan seronok kayuhan petang ini. Tambahan pula ada berkayuh dengan rakan.


Statistik : 
    Mula ............... 6.05 petang
    Tamat ............  7.00 petang
    Jarak ............... 22 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Batu Lintang - Tikam Batu
   Odometer 2013 : 02741 

        

Khamis, 4 Julai 2013

Berita seorang kawan

Terkejut mendengar berita bahawa seorang rakan masuk hospitan kerana diserang penyakit jantung. Pada jam 08.00 pagi isteri aku dihubungi oleh rakannya yang memberitahu tentang berita tersebut. Isteri Ibrahim menalipon rakan isteriku untuk memberitahu tidak dapat hadir pada kelas Al Quran kerana suaminya dimasukkan kehospital.
Kenapa terkejut. Ibrahim adalah seorang yang aktif dalam aktiviti kayuhan basikal. Dia hanya menggunakan roadbikes tidak seperti kebanyakkan rider lain yang ada kedua mountain dan roadbikes. 
Dia menyertai rombongan kayuhan dari Kangar Perlis ke Hatyai Thailand pada pagi Sabtu 29 Jun 2013 melalui Wang Klian. Jarak kayuha hampir 140 kilometer. Mereka dijangkakan akan bermalam di hatyai dan akan berkayuh pulang keesokkan hari melalui Padang Besar. Kayuhan pendek semasa pulang hanya dengan jarak 80 kilometer.
Dikhabarkan dia mula merasakan sakit dada pertengahan kayuhan ke Hatyai dan terpaksa menaiki kereta hingga ke Hatyai. Pada sebelah malam sakit makin bertambah teruk dan terpaksa di hantar kesempadan dan seterusnya ke hospital Jitra. Sukar dan mahal untuk mendapatkan rawatan di hospital negara jiran tersebut melainkan dalam keadaan emergency. Sempat melintasi sempadan sebelum pintu imegresen ditutup pada jam 12.00 tengah malam.
Apabila mendapat berita tersebut aku menalipon Ramlan Bidin, rakan lama yang bekerja di Loji Air Pelubang untuk mendapat kepastian. Abang kepada Ramlan adalah 'biras' (in law) kepada Ibrahim. Peliknya, Ramlan mengatakan tidak tahu yang Ibrahim dimasukkan kehospital Jitra dan akan menghubungi abangnya.
Kali terakhir aku berjumpa Ibrahim ialah pada pagi Jumaat sehari sebelum kayuhan ke Hatyai. Aku berselisih dengan nya di Kampung Teluk Jalan Batu Lintang dan berhenti serbentar untuk bersembang. Dia baru pulang dari kayuhan sebagai latihan dan persediaan untuk kayuhan jauh manakala aku dalam kayuhan ke Kuala Muda. Usaha kali terakhir dia mengajak aku ikut serta kayuhan ke Hatyai.
Siapa sangka seorang yang aktif bersukan juga tidak terlepas dari serangan penyakit yang dikira No.1 killer di negara kita. Rasanya tidak dia tahu yang dia mengidapnya. Bila agaknya kali terakhir dia melakukan ujian atau pemeriksaan kesihatan. Mengikut seorang rakan, aktiviti kayuhan yang dilakukan membantu mengurangkan kesan serangan penyakit jantungnya.
Kami mendoakan agar dia segera sembuh.


Selasa, 2 Julai 2013

Lawatan ke PPK Negeri Perlis

Aku secara tidak sengaja, mendapat peluang mengikuti PPK Sungai Petani dalam lawatan sambil belajar ke Perlis. Setiap unit PPK dalam kawasan Sungai Petani menghantar dua wakil untuk menyertai lawatan tersebut dan unit 18 yang mana aku adalah seorang AJK diwakili oleh pengerusi dan timbalan pengerusi.
Biasalah. Ada perubahan pada saat saat akhir. Lewat malam sebelum tarikh lawatan aku dihubungi oleh pengerusi untuk menggantikan tempatnya. Dia tidak dapat ikut serta kerana seorang anaknya mengalami demam panas dan dibawa ke hospital swasta Sungai Petani.
Seronok juga mengikuti rombongan beramai ramai menaiki bas. Pentingnya dapat peluang melawat tempat tempat yang tidak boleh kita lawati melainkan melalui jabatan atau agensi tertentu. Dapat meluaskan minda dan belajar dari aktiviti yang dilakukan.