Halaman

Selasa, 18 November 2014

Roti canai telur

Cuaca mendong, langit dipenuhi awan hitam tetapi aku tidak indahkan dan terus berkayuh menghala ke utara. Boleh tahan sejuknya. Hampir pukul lapan pagi tetapi matahari tidak kelihatan. Ikut kebiasaan langit akan kembali cerah pada penghujung pagi nanti. Kalau pun hujan akan turun mungkin pada sebelah petang nanti.
Sebaik memasuki jalan lencongan barat aku berasa amat seronok dapat memotong sebuah jentolak JCB dan meninggalkannya dengan agak jauh. Jentolak lama lah... tidak lagi berupaya bergerak laju. Selalunya aku akan berhempas pulas mengejarnya apatah lagi untuk memotong. Kebiasaan speed jentolak melebihi 30 km/j.
Sebenarnya tiada cerita apa yang hendak di tuliskan disini. Aku berasa seronok pada kayuhan pagi ini kerana terasa dapat menjiwai kayuhan. Tenang dan enjoi. Khudrat pun agak kuat. Sampai di pekan Guar aku berlegar di sekitar pekan melihat aktiviti pada sebelah pagi sebelum berpatah pulang. Singgah di arked pekan Gurun untuk sarapan pagi. Biasalah roti canai telur dan kopi O (buh gula tapi tidak kacau) sahaja untuk tenaga pulang. 
Pelik kerana sebelum duduk aku minta minuman dari seorang pekerja dihadapan kedai, tetapi dia buat tidak dengar sahaja.Tiada lansung tindak balas darinya sehinggalah pembuat roti canai bertanyakan kepada aku. Kemudian baru aku perasaan bahawa pekerja tersebut bukan kakitangan kedai minuman tempat aku singgah tetapi penjual makanan kedai sebelah. Tetapi kalau ia pun apasalahnya berbudi bahasa sedikit, manalah pelanggan tahu yang dia tidak bekerja disitu. Juga apa salahnya dia menyampaikan pesanan kepada pembancuh minuman. Bukan keluar tenaga pun. Kalau berniaga disebelah buat apa duduk bersiri didepan kedai orang. Patutle kedai dia tiada pelanggan.
Berbeza dengan peniaga roti canai, siap tegur dan komen baguih pasal aktiviti berbasikal. Senyum mengalukan kedatangan pelanggan. Siap tanya aku dari mana dan hendak berkayuh kemana. Puji lagi ... sihat no, larat kayuh jauh no..... Rugi ke?. Tidak pun, malah seronok duduk dikedainya menikmati roti canai sambil menghilangkan penat sebelum menyambung kayuhan.
Rancangan untuk singgah di sebuah gerai selepas persimpangan Laguna Merbok untuk segelas Kopi O ais. Gerai tersebut terletak bertentangan dengan kampung Pulau Tiga yang tidak lama dahulu menjadi tajuk kerana penduduk dihalau keluar dari kampung tersebut atas dakwaan menduduki secara haram. Tuanpunya ingin memajukan kawasan tersebut kerana kawasan sekitar terutama Laguna kini berubah menjadi bandar satellit baru dengan banyak kedai baru di bina di kedua dua belah jalan lencongan barat.
Agak keciwa kerana gerai tersebut tutup dan mungkin tidak menjalan perniagaan lagi. Kawasan dalam gerai kotor dengan sampah sarap bertaburan dan dipenuhi dengan habuk. Apa perabut yang ada lintang pukang tidak tersusun seperti sepatutnya. Ah .... singgah di stesyen minyak di Taman Emas yang baru sebulan beroperasi untuk membeli minuman botol menghilangkan dahaga.


Statistik : 
    Mula ............... 0755
    Tamat ............  1120
    Jarak ............... 69 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Guar Cempedak
   Odometer 2014 : 2638 km
      

Sabtu, 15 November 2014

Solo atau group

Sampai pekan Tanjung Dawai  aku singgah di jeti untuk menghilangkan mengah dan penat. Sebentar sahaja. Kelihatan sekumpulan pelajar sekolah sedang beratur untuk menaiki bot. Rasanya bukan untuk ke Pantai Merdeka tetapi untuk melawat hutan bakau di sepanjang Sungai Merbok. Semua mengenakan jaket keselamatan. Bagus la ada kesedaran dan elok diajar murid murid tentang menjaga keselamatan ketika menaiki bot. Lagi rasanya lawatan akan mengambil masa lebih 4 jam.
Sebaik aku selesai meletakkan basikal menganggalkan helmet dan sarung tangan aku ditegur oleh seorang lelaki. Ingatkan dia guru mengiringi murid sekolah tadi. Tetapi dia tidak ikut menaiki yang sedang bersedia berlepas bila bila masa sahaja. Aku ketepian jeti untuk melihat sekitar perairan sebelum berjalan kearah lelaki yang menegur tadi. Kini dia tidak lagi berdiri tetapi duduk di kerusi batu penumpang.
Dari mana dan kenapa seorang sahaja. 


Statistik : 
    Mula ............... 0805 
    Tamat ............  1130
    Jarak ............... 60 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Tanjung Dawai
   Odometer 2014 : 2569 km
      


Khamis, 13 November 2014

Dalam ingatan ....

Terkejut kerana apabila sampai dirumah membaca berita dalam fb mengenai seorang kenalan kembali ke rahmatullah pagi tadi di hospital Pulau Pinang. Aku bagai tidak yakin adakah dia yang aku kenali sebelum ini dan menunggu kalau ada kawan lain yang menelipon memberitahu aku.
Hanya pada sebelah petang seorang kenalan yang sama berkayuh ketika dulu mengesahkan berita tersebut. Semasa kami berbual jenazah masih dalam urusan dibawa pulang. kawan tersebut mengajak aku datang menziarahi bersama apabila jenazah tiba nanti. Aku terpaksa batalkan untuk ke masjid menghadiri majlis yang sering diadakan pada malam Jumaat.
Diceritakan kepada aku bahawa arwah terjatuh dari basikal semasa kayuhan jamboree pada ahad lalu di Pulau Pinang. Arwah telah berjaya menghabiskan kayuhan hampir 50 km. Bukan kerana kemalangan atau melibatkan orang lain tetapi jatuh sendirian. Arwah kemudian dikejarkan ke Hospital Seberanng Jaya dan dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.
Berada dalam keadaan koma sehinggalah menghembuskan nafas terakhir awal pagi 13 Nov 2014. Kembali pada usia belum lagi mencecah 40 tahun. Meninggalkan isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.
Aku mengenalinya kerana aktiviti berkayuh hampir 5 tahun lalu. Ketika itu beliau masih baru berkecimpung dalam aktiviti kayuhan dan menggunakan mtb.


Berkesempatan menziahi jenazah di rumah tuanya di Pantai Perai Pinang Tunggal selepas Isyak. Ramai sungguh rakan dan kawan kawan datang. Jenazah di kebumikan hampir tengah malam. 
Bulan oktober lalu seorang kenalan yang tinggal di taman bersebelahan meninggal semasa kayuhan mendaki Gunung Jerai. Baru berusia 50'an. Diberitakan mengalami masalah penafasan dan terjatuh dari basikal. Walaupun ramai yang cuba memberikan bantuan tetapi gagal.

Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  1100
    Jarak ............... 50 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Batu Lintang - Tikam Batu - Kuala Muda
   Odometer 2014 : 2509 km
      

Ahad, 19 Oktober 2014

Merbau Pulas

Cuaca. Rancangan sebelum ini ialah ke Pulau Pinang tetapi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca yang tidak menentu pada masa ini. Kadang kala hujan turun pada sebelah pagi, tengah hari atau petang. Tdak mahu terkandas semasa kayuhan dan aku menukar haluan menuju kearah timur ke Kuala Ketil dan kemudian kearah selatan mengikut jalan ke Kulim. Berpatah balik dari Padang Serai menuju ke Pinang Tunggal.
Begitupun ketika sampai ke Kuala Ketil hujan rintik rintik tetapi aku tidak hiraukan dan terus berkayuh. Seronok layan jalan yang berombak ombak menuju ke Padang Serai. Hanya satu yang aku risaukan iaitu permukaan jalan pun berombak ombak. Disepanjang jalan dari Kuala Ketil permuakan jalan didapati pecah, tidak rata dan batu batu 'crusher run' bertaburan. Susah kerana terpaksa mengelak dan berhati hati. Kena berikan perhatian . Punca kerosakan jalan adalah lori pasir yang banyak melalui jalan ini.
Di pekan Padang Serai terdapat pasar minggu yang agak sibuk. Teringin untuk berhenti tetapi basikal hendak letak dimana. Kunci basikal pun tidak bawa. Lain kali aku akan beringat jika berhajat untuk singgah dimana mana. Singgah di penghujung Taman Maju untuk sarapan setelah dua jam berkayuh. Boleh tahan sedap roti canai telur yang disediakan oleh seorang anak muda. Dengar perbualan, dia menggantikan ayahnya yang pulang kerumah sebentar.


Statistik : 
    Mula ............... 0755
    Tamat ............  1100
    Jarak ............... 69 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Kuala Ketil - Padang Serai
   Odometer 2014 : 2459 km
      

Rabu, 15 Oktober 2014

Pengkalan Bujang

Layan permandangan bendang sebelah Kampung Pengkalan Bujang pagi ini. Lari dari kesibukkan kenderaan jalan raya dan melihat kehijauan padi yang baru ditanam. Heran juga sesetengah kawasan masih lagi dalam proses membajak manakala yang lain padi sudah membesar. Tidak sekata. Kalau ditempat aku dahulu, semuanya pada masa yang sama untuk menyenangkan bekalan air disalurkan dan juga untuk mengurangkan musuh.
Seronok melihat gelagat petani petani yang aku nampak samada ditepi bendang atau di kedai kedai kopi. Mereka berkumpul bersembang sambil menjamah makanan dan miniman. Agaknya bilakah mereka akan turun kebendang untuk memulakan kerja. Tetapi kalau difikirkan mereka perlukan masa seperti itu untuk bertukar tukar fikiran sambil membincangkan apa apa hal mengenai kerja mereka. Mungkin pasal bekalan dan kualiti benih, baja atau racun perosak. Lebih penting pasal subsidi kerana sekarang semuanya mahal dan harga minyak baru sahaja dinaikkan pada awal bulan.
Sebelum pulang singgah pekena roti canai bersebelahan Sekolah Menengah Tunku Ismail. Sebelum sempat duduk seorang pekerja lelaki (rasanya part-time dan adik beradik atau saudara peniaga gerai) memesan untuk aku. Selalunya macam ini. Heran aku bagaimana dia boleh ingat minuman yang disukai atau yang sering dipesan oleh pelanggan. Hampir semua minuman pelanggan digerai ini dia ingat dan cara dia memesan juga agak menarik. Lantang jelas dan didengari oleh semua orang.
Aku kagum dengan daya ingatan pekerja pekerja gerai seperti ini. Di sebelah Pinang Tunggal, bila pelanggan sampai dan duduk dimeja, tiada siapa yang datang bertanyakan untuk pesanan tetapi dalam masa tidak sampai dua tiga minit minuman dan makanan akan sampai. Tidak kiralah berapa bilangan pelanggan yang datang, berkumpulan atau berseorangan. Melainkan untuk pelanggan yang jarang datang atau pelanggan baru. Ini menjadi daya penarik perniagaan. Pelanggan rasa di hargai dan seronok.




Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  0930
    Jarak ............... 40 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Segantang Garam - Merbuk
   Odometer 2014 : 2390 km
      

Isnin, 13 Oktober 2014

kuota kayuhan

Niat hanya untuk melakukan excercise pendek pagi ini. Ikut jalan yang selalu iaitu masuk jalan lencongan Timur dan balik melalui jalan lencongan Barat. Satu round, cukup. Lepas kuota.


Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  0930
    Jarak ............... 35 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Lencongan Timur - Barat
   Odometer 2014 : 2350 km
      

Khamis, 9 Oktober 2014






Statistik : 
    Mula ............... 0810
    Tamat ............  1020
    Jarak ............... 49 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Batu Lintang - Tikam Batu - Kota Kuala Muda
   Odometer 2014 : 2315 km
      

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kayuhan bukit Taman Kempas

Tidak pasti sesuai atau tidak tetapi aku mesti pergi juga. Bukan apa mountain bike kepunyaan sudah diubahsuai menjadi touring atau roadbike mempunyai tayar bersaiz kurang satu inci lebar. Bolehke nak panjat bukit, tiada grip. 
Buka la tinggi sangat bukit yang menempatkan kolam bekalan air ke kawasan bandar Sungai Petani tetapi dari persimpangan jalan lencongan timur  ke jalan kempas ke kolam tersebut adalah pendakian. Dari bawah hingga ke kolam pengimbang (balancing reservoir) hampir 90 meter atau 300 kaki. Untuk pengayuh 'novice' memang sukar untuk sampai keatas tanpa berhenti. Pendakian terakhir memberikan cabaran kerana untuk jarak kurang 100 meter kecuraman hampir 40 darjah.
Rasa takut juga melalui jalan ke puncak bukit kerana semak samun di kedua dua belah jalan. Jalan ini juga jarang dilalui atau digunakan kecuali kakitangan loji air Pinang Tunggal yang membuat pemeriksaan tiga kali sehari. Ada juga kakitangan syarikat telekomunikasi yang membuat kerja senggaraan kerana terdapat dua tower telepon mudah alih di puncak bukit tersebut. Dulu pernah juga terjumpa orang berjogging tetapi sangat berkurangan sekarang.
Sekali sekala ada berjumpa dengan pengayuh basikal tetapi mereka jarang mengikut jalan ke puncak atau ke kawasan tangki. Agaknya mereka merasakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan. Memang benar, tetapi kawasan larangan adalah kawasan berpagar kolam air.
Kalau berjalan kaki dari bawah berhampiran Taman Kempas Fasa 1 hingga ke puncak bukit amatlah sesuai untuk riyadah. Kawasan hijau dan kesunyian sesuai untuk aktiviti berjogging, itu pun kalau boleh tahan dengan pencemaran bunyi kenderaan dan asap (minima) kenderaan yang melalui lebuhraya Plus dibawah sana. Pemandangan diatas bukit memang cantik dan kalau ada peluang naik keatas tangki untuk menikmati pemandangan sekeliling.
Disini aku menguji kekuatan kayuhan. Dua minggu lalu aku mendaki bukit di muzium arkeloagi Merbuk dan rasanya tiada masalah untuk menawan bukit ini walau sudah lama tidak kesini. Aku membuat sedikit persediaan sebelum membuat pendakian terakhir. Malangnya ... sekerat jalan aku terasa tidak berupaya, kaki terasa terlalu kejang hingga tidak upaya mengayuh dan terpaksa turun. Berehat seminit dua dan memulakan kayuhan semula hingga ke puncak. Bila berjaya aku perasan bahawa aku mendaki tidak menggunakan gear yang betul ........!
Rasanya diawal pendakian tadi, gear telah diturunkan kepada yang paling rendah tetapi tidak tahu bagaimana aku memanjat menggunakan gear belakang no.4. Patut lah tidak berupaya melakukan panjatan. Bahagian depan betul pada tahap paling kecil tetapi belakang sepatutnya yang paling besar tetapi .. ah pentingnya aku sampai keatas.
Dikejutkan dengan salakan anjing apabila menghampiri pintu pagar kolam. Huh, sejak bila pula ada dua ekor anjing menjaga kolam dan stesyen pemancar telekomunikasi. Setahu aku, kawasan tersebut dikawal oleh anggota syarikat keselamatan 24/7. Aku membuat U turn kerana tidak mahu sebarang kejadian buruk digigit anjing tersebut.
Hah...  perjalanan menurun bukit terpaksa turun dari basikal kerana terlalu curam untuk jarak 20 meter. Tolak basikal. Boleh gunakan brek tetapi tidak mahu mengambil risiko. Kalau brek putus ... atau kalau brek gagal berfungsi ... atau kalau terlanggar lubang atau bonggol atau ....
Aku singgah di sebuah gerai di Taman Kempas untuk sarapan roti canai dan kopi O berharga RM1.20 sebelum meneruskan kayuhan ke arah Pinang Tunggal untuk mencapai kuota jarak kayuhan. Ingin ke bukit kilang komunis bersebelahan lebuhraya tetapi lain kali lah ...


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0945
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Bukit Taman Kempas - Pinang Tunggal
   Odometer 2014 : 2266 km
      

Khamis, 2 Oktober 2014

Tengkujuh datang .....

Cuaca sejak kebelakangan ini kurang baik. Redup dan mendung. Hujan mulai turun dan ditempat lain hujan lebat. Tengok berita berita banjir kilat berlaku di Kelang dan Kuala Lumpur. Banyak kereta yang dimasuki air kerana banjir.
Aku mencari cari pagi yang sesuai untuk melakukan aktiviti kayuhan. Tidak dapat pergi jauh pun tidak mengapa, cukup setakat 30 hingga 40 km. Pentingya membuat kayuhan.
Dua hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban. Bermakna dua tiga hari tidak dapat membuat kayuhan. Sehari sebelum akan sibuk untuk membantu kepasar membeli bahan untuk memasak. Tahun ini aku tidak memasak rendang daging seperti mana biasa tetapi akan membuat masakan daging salai untuk dimakan dengan lemang atau ketupat. Tentunya lebih enak.
Untuk itu aku perlu menyalai daging mungkin untuk dua atau tiga jam. Biasa kerja kerja seperti ini dibuat oleh kaum lelaki, orang rumah hanya menyediakan bahan bahan memasak sahaja.
Daging salai Simpang Pelangai Kuala Pilah NS
Sebut pasal hari raya korban, hari kedua masjid taman Intan akan menumbangkan sembilan ekor lembu korban. Tidak boleh kemana kerana seperti setiap tahun, perlu memberi bantuan untuk memotong dan melapah daging lembu untuk diagihkan. Menjadi kebiasaan sedikit akan dimasak untuk jamuan kepada mereka yang membantu dalam ibadah korban. Jangan makan daging berlebihan jika tidak mahu diserang penyakit.
Kayuhan pagi ini agak aman dan tiada perkara yang penting disepanjang perjalanan. Moga dapat membuat kayuhan samada esok atau lusa sebelum berhenti rehat.


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan Lencongan Timur
   Odometer 2014 : 2233 km
      

Ahad, 21 September 2014

Pusing di Kepala Batas

Ikut hati malas untuk membuat kayuhan pagi Ahad. Lebih lagi kalau menghala ke selatan dari Sungai Petani. Tentu ramai rider di jalan pagi ini sebab belah Penang cuti hujung minggu. 
Memang betul baru sahaja sampai ke Taman Rhu sudah nampak kumpulan kumpulan pengayuh basikal menghala ke utara dan hanya aku seorang ke selatan. Ada yang mengunakan roadbike dan ada yang menggunakan mountain. Selepas itu disepanjang jalan kelihatan banyak lagi kumpulan yang berkayuh ke utara. Kemana mereka pergi ya ...... tidak larat hendak angat tangan.
Ah agaknya awal pagi tadi hujan lebat sebelah sini kerana jalan basah dan kelompok air memenuhi jalan terutama disebelah lalaun tepi. Terasa bahagian belakang seluar dan baju mulai lembab. Tidak kesah la.... balik nanti basuh. Tidak tahulah rakan rider diluar sana tetapi sebaik sampai dirumah dan menukar pakaian aku akan terus rendam. Bila aku mandi setelah badan sejuk dan keletihan hilang, aku akan basuh pakaian berbasikal tadi. Siap mandi aku akan terus jemur sendiri. Sampaikan lipat dan simpan di dalam almari aku akan buat sendiri. Pakaian harian lain dibuat oleh isteri.
Sempat pusing di pekan Kepala Batas. Agak sibuk di awal pagi kerana kebanyakkan penduduk pekan keluar untuk membeli barangan untuk dimasak. Laluan utama pekan lama Kepala Batas dipenuhi oleh penduduk cina, susah nak tengok bangsa lain. 
Singgah berbual dengan member kat Lemang Pak Teh. Mereka sedang sibuk menyiapkan untuk membakar lemang untuk hari ini. Nampak banyak juga, hampir 100 batang. Kalau tidak silap hampir 25 kg beras pulut digunakan. Biasalah pada cuti hujung minggu jualan agak tinggi dari hari biasa. Dua minggu mereka akan sibuk pula kerana perayaan Hari Raya Haji.
Bos mereka telah bertolak awal pagi tadi ke Bayan Lepas dan akan menaiki kapal terbang sebentar lagi (jam 11.00 pagi) untuk ketanah suci menunaikan ibadah haji. Beruntung dapat mengerjakan ibadah tersebut waktu usia masih muda dan dalam keadaan sihat. Kami doakan agar beliau selamat mengerjakan ibadah ke lima dan pulang dengan mendapat haji mabrur.


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0945
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Kepala Batas
   Odometer 2014 : 2190 km
      

Sabtu, 20 September 2014

Serangan sakit mata

Hampir tiga minggu tidak membuat kayuhan kerana diserang sakit mata. Menurut doktor ada jangkitan kuman dan kena makan antibiotik. Bukan main risau takut takut penyakit lain. Aku dimaklumkan sekarang ini ramai yang kena sakit mata. Menurut seorang rakan lain yang juga ada masalah dengan mata, jika terdapat tahi mata semasa bangun tidur waktu pagi .... sakit mata lah tu. Pelik juga aku merasa lega dengan penjelasan tersebut walaupun mata belum sembuh sepenuhnya.
Walau penglihatan sedikit kabur dan kadang kala terpaksa memandang lama untuk melihat, aku masih boleh memandu untuk pulang kekampung menghadiri kenduri kahwin rumah kakak ipar di Jempol, Negeri Sembilan minggu lalu.
Tidak puas hati kalau tidak berkongsi tentang menu utama kenduri tersebut. Aku berada dikawasan tempat memasak seawal 9.00 pagi hinggalah semuanya selesai lebih kurang 11.30 pagi. Yang menjadi perhatian ialah daging masak lemak cili api atau masak kuning kata setengah orang Kedah. Gulai ini menjadi menu utama kenduri di sini sejak dua menjak ini. Sudah selalu dengar kawan bercerita tentang lauk ini tetapi masih belum berpeluang menikmatinya.
Aku ingin mempelajari cara lauk ini disediakan dan dimasak, dari awal hingga lauk tersebut dihidangkan di khemah tetamu. Tidaklah berapa susah kerana ia lebih kurang sama dengan masakan daging cili api yang selalu aku buat, cuma ianya dimasukkan dengan semua keratan tulang seekor lembu dan pekakasan dalam lain. Tulang yang dipotong pendek (mendedahkan som som dan lemak) menambah kelazatan pada gulai. Gulai tersebut tidaklah pekat tetapi cair sahaja. Aku hirup kuahnya macam sup saja. Menggunakan banyak serai, santan, cili, kunyit, asam dan garam secukupnya.
Dua jam .... itu masa yang diambil untuk gulai tersebut habis. Nasib baiklah ada lauk dan gulai lain. Jika tidak, huh ... malu tuan rumah kenduri dibuatnya. Hairannya walaupun gulai jenis ini menjadi masakan utama untuk daging oleh orang disebelah sini, tidak menjemukan bila dihidangkan semasa kenduri. Tambahan pula, daging segar yang baru disembelih selepas subuh pagi tadi.
Hari ini aku teringin menguji kekuatan otot kaki memanjat muzium arkeoloji Merbok. Tiada sebarang masalah. Walaupun masih cuti sekolah, hari tereakhir sebelum sekolah dibuka semula esok, tetapi tiada murid atau orang persendirian melawat muzium setakat pagi ini. 


.... poster Jamboree Lembah Bujang pada 27 Sept
Ada terdapat beberapa perubahan dikawasan ini berbanding dengan kali terakhir aku disini. Kem hutan yang terletak disebelah kiri sebelum pintu masuk muzium telah memulakan operasi. Ada homestay yang baru dibuka disebelah kanan ladang kelulut yang terletak ditapak kem kini beroperasi juga disebelah kanan bersebelahan dengan tapak lama. Jalan naik dibesarkan sedikit.
Semasa perjalan pulang aku singgah digerai favourite dipersimpangan Kampung Bendalam Dalam. Teruja bila pekerja gerai masih ingat minuman yang selalu aku pesan bila berhenti makan disini. Rasanya lebih enam bulan tidak singgah disini.


Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  1000
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. panas
    Laluan ............. Muzium Arkeologi Merbuk
   Odometer 2014 : 2147 km
      

Khamis, 4 September 2014

Kangar - Sungai Petani (pulang)

Semasa checkout hotel awal pagi, aku meminta air suam untuk diisi dalam botol, bekalan kayuhan pulang ke Sungai Petani. Aku tidak beritahu pun tetapi 'proprieter' hotel tersebut memberi komen, 'wah mau tiga untuk sampai ke Alor Setar, naik kereta pun lebih kurang 45 minit lo'. Heran macam mana dia tahu yang aku akan pulang ke arah Alor Setar. Mungkin dia tengok alamat pada buku pendaftaran masuk. Atau semasa mengambil alih pagi tadi dia ternampak sebiji basikal di parking di tingkat 1 hotel dan mengagak kepunyaan aku.
Seorang pemuda Melayu yang duduk tidak jauh dari meja pendaftaran macam terkebil kebil mendengar kata tuan punya hotel. Mungkin dia sedang menunggu rakan rakan lain turun dari bilik, banyak beg dihadapannya. Apa yang sedang difikirkan. Mungkin dia tidak percaya seorang pak cik dihadapannya berkayuh dari Sungai Petani ke Kangar.
Menunggu hujan berhenti
Keluar dari hotel hujan renyai renyai turun, mungkin sekejap sahaja dan aku terus menolak basikal kearah jalan menuju ke selatan. Semua kedai masih belum dibuka. Walaupun jalan agak sibuk dipenuhi kenderaan tetapi tiada orang awam. Masih awal. Hujan semakin lebat dan terpaksa mencari tempat berteduh. Aku mulai risau takut hujan akan lama dan akan melambat aku sampai kerumah. Sambil berehat perut aku mulai berbunyi kerana masih belum sarapan pagi.
Jangan haraplah untuk mencari kedai makan Melayu di tengah bandar Kangar. Seperti malam tadi, susah mencari kedai makan ditengah pekan, terpaksa pusing keliling. Itu pun jumpa hanya satu kedai mamak nasi kandar. Tiada pilihan. 
Aku tahu dipinggir bandar banyak kedai dan gerai makan Melayu yang menyediakan makanan kegemaran.
Nasib baik hujan yang agak lebat berhenti dalam setengah jam dan aku meneruskan perjalanan. Jalan berair dan lembab. Hujan renyai renyai. Lebih kurang dua kilometer aku berhenti untuk secawan kopi dan roti canai telur. Bekalan kayuhan sejauh 42 km ke Alor Setar dimana aku akan berhenti untuk mengisi perut semula.
Topo yang mendatar sepanjang jalan memboleh aku sampai di Alor Setar dalam masa 1 jam 40 minit, awal 80 minit dari masa yang dikatakan oleh tuan punya hotel tadi. Tidak mahu mencari gerai untuk makan, aku singgah di stesyen petronas untuk membeli air 100 plus, coklat dan roti cream. Lama juga aku duduk dikaki lima stesyen minyak tersebut. Tidak seperti stesyen Petron, kebanyakan stesyen minyak petronas tidak menyediakan kerusi meja untuk pelangan menikmati makanan dan minuman yang dijual.
Bila sudah kenyang, susah pula berkayuh seperti sebelum makan tadi. Kelajuan agak menurun dan aku terpaksa berhenti di kedai 7-Eleven Kota Sarang Semut selepas 45 minit berkayuh kerana tekak terasa amat kering dan perut pun kempes kembali. Kali ini aku membeli Coca cola dan keropok kentang untuk mengalas perut.  Aku target untuk berhenti makan tengah hari di Gurun.
Cuaca yang redup berbanding panas semasa kayuhan pergi kelmarin amatlah melegakan. Syukur. Apabila berhenti disebuah gerai tidak jauh dari jalan naik ke Gunung Jerai, selera makan tiada. Aku terpaksa mencari alternatif lain dan bernasib baik kerana berjumpa dengan gerai menjual bee hun sup. Semangkuk bee hun dan dua gelas kopi O untuk memulihkan tenaga diharapkan sempat sampai kerumah yang kurang 30 kilometer.
Malang kerana selepas 10 minit memulakan kayuhan selepas makan, hujan turun dengan agak lebat. Berteduh disebuah gerai kedai yang lama ditinggalkan. Rasanya sempat  melelapkan mata sehingga hujan berhenti 40 minit kemudian. Berkayuh semula apabila hujan berhenti tetapi terpaksa berhenti dua kali kerana hujan menjadi lebat semula. Selepas pekan Gurun aku sudah tidak kisah kalau basah sedikit kerana aku hanya ingin sampai kerumah secepat mungkin.
Kayuhan yang meletihkan dan menyeronokkan. Alhamdulillah kerana tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan pergi dan balik. Walaupun tidak dapat memenuhi hasrat untuk ke Padang Besar tetapi amat berpuas hati dengan kayuhan ini. Adakah akan mengulangi lagi, bergantuing kepada keadaan dan masa.


Statistik : 
    Mula ............... 0720
    Tamat ............  1500
    Jarak ............... 108 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Kuala Sanglang - Air Itam - Simpang Kuala Kedah - Gurun
   Odometer 2014 : 2105 km

  p/s : mohon maaf kepada pembaca kerana kelewatan update catatan ini.

Rabu, 3 September 2014

Sungai Petani - Kangar

Berdoa selepas solat subuh untuk keselamatan perjalanan pagi ini. Sudah agak lama tidak membuat kayuhan jarak jauh seperti ini dan aku memohon untuk dielakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. 
Sepatutnya kami (aku dan SK Juan) membuta kayuhan ke Songkla tetapi Juan membatalkan kerana fikiran yang tidak selesa. Aku beriya-iya untuk membuat kayuhan tersebut dan berasa agak kecewa atas pembatalan tersebut.
Mungkin kerana geram atau hendak membuktikan aku masih boleh berkayuh kemana pun seorang diri, aku mengambil keputusan untuk membuat kayuhan Sungai Petani ke Padang Besar. Rancangan ialah untuk bermalam di Pekan Padang Besa (tanpa 'r' di sebelah Thailand) dan pulang keesokkan harinya. Aku siap google hotel yang ada disana. Aku membuat border pass sehari sebelum kayuhan kesana.

Beerhenti untuk sarapan setelah dua jam berkayuh disalah sebuah gerai di Kota Sarang Semut. Dulu semasa membuat kayuhan ke Alor Setar aku sering singgah di gerai ini untuk sekeping roti canai dan secawan kopi O. Masih berniaga lagi disini tetapi sekarang sudah ada saingan digerai bersebelahan. Juga menjual benda yang sama.
Semasa bersiap untuk meneruskan perjalan aku ditegur oleh pelanggan meja bersebelahan bertanyakan dari mana dan hendak kemana kerana sampai disini agak awal. Nampak perubahan muka kedua mereka apabila aku menyatakan aku dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Padang Besar jika diizinkan Allah. Lagi kejutan apabila aku menyatakan sudah pencen dan seorang dari mereka mengatakan mestilah umur hampir 60 tahun. Masih boleh berkayuh jauh no.....
Sampai awal setengah jam di Alor Setar berbanding dengan kayuhan dua hari lepas. Seronok kerana dapat mengatasi rekod aku sendiri. tetapi berapa lamakah aku boleh bertahan kerana cuaca semakin panas dan aku jangkakan memang hari ini akan panas hingga ke petang.
Aku terpaksa berhenti pula apabila memasuki jalan ke Kangar. Kekeringan tekak. Singgah di stesyen minyak Petron yang menyediakan meja untuk minum didalam kedai. Air cond pula tu. Boleh lah menyejukkan badan.
Jalan ke Kangar memang rata tanpa sebarang pendakian lansung. Kesilapan yang aku lakukan ialah membuat kayuhan yang agak laju pada jalan yang rata ini dan ini mempercepatkan badan keletihan. Ruang atau lorong motorsikal yang luas dan kekurangan kenderaan kerana hampir tengah hari menyeronokkan kayuhan. Akhirnya aku terpaksa berhenti sebelum sampai di pekan Air Hitam kerana kehausan dan keletihan. Terkejut peniaga air minuman ditepi jalan apabila aku meminta tambah air segelas lagi. Berehat hampir setengah jam dan agak lega kerana tinggal algi 30 km ke Kangar. Mengikut perkiraan aku akan berhenti makan tengah hari di Kangar dan harap akan sampai ke Padang Besar sebelum jam 4.00 petang.
Matahari semakin terik dan cuaca panas mencucuk badan. Aku bersyukur kerana banyak pohon besar ditepi jalan yang memberi perlindungan dari panas terik walau tidak sepanjang jalan. Dahaga lagi, peliknya bila aku inginkan minuman yang boleh menghilangkan dahaga dan memberikan tenaga tiada pula gerai yang aku jumpa. Maksud aku air nyior atau sekurang kurangnya air tebu. Bila tidak mahu banyak pula gerai menjualnya.
Aku tewas lagi dan terpaksa berhenti di bus-stop lebih kurang 10 km dari Bandar Kangar. Oleh kerana terlalu panas aku terpaksa membuka baju dan merebahkan diri di pangkin konkrit berbantalkan beg pakaian. Aku mengunci basikal sebagai langkah keselamatan sekiranya terlelap. Satu yang aku kesalkan ialah bau busuk yang datang dari bangkai anjing tidak jauh dari pondok bas tersebut.
Pastinya, aku terlelap keletihan hampir satu jam disebalik bunyi bising kenderaan dari kedua dua arah. Bila sedar bau busuk kembali menusuk hidung. Aku cuba untuk tidak menghiraukan bau busuk tersebut tetapi semakin aku mencuba semakin teruk baunya. tergegas aku bersiap untuk meneruskan semual kayuhan dan sampai dipinggir bandar setengah jam kemudian. Singgah di stesyen petronas untuk membeli minuman sejuk sebelum masuk ke bandar.
Terpaksa berpuas hati dengan KFC sahaja kerana tidak jumpa restoren. Sudah terlalu lapar untuk mencari kedai makan. Semasa menikmati ayam gorang aku berfikir sudah tidak lagi berupaya untuk meneruskan kayuhan sejauh 30 km ke Padang Besar. Cuaca semakin panas dan aku kehabisan tenaga untuk meneruskan kayuhan. Rasanya sampai disini sahaja untuk kali ini.
Aku mencari hotel murah untuk bermalam dan ada beberapa hotel yang berdekatan. Aku mendaftar masuk kesebuah hotel bersebelahan restoren KFC yang menawarkan RM60.00 semalam. Ada juga bilik yang lebih murah berharga RM50.00 tanpa TV dan berkongsi bilik air di luar. Aku lihat kebersihan kira OK dan aku hanya perlu bilik untuk berehat malam nanti. Pentingnya pihak hotel membenarkan basikal disimpan diluar bilik. Oleh kerana bilik aku terletak ditingkat 2 dan tiada servis lif di hotel ini, aku berpuas hati meletakkan basikal di ruang legar tingkat 1.
Satu kejadian yang kurang menyenangkan apabila aku tersilap letak cermin mata ditepi katil semasa merehatkan badan dan ia terjatuh ke lantar dan patah dua. Peliknya sedikit pun tidak risau dan sebelah petang aku turun mencari gam di kedai hardware berhampiran.
Aku rasa kecewa kerana tidak dapat menjamu selera yang aku inginkan. Aku berjalan kaki keliling bandar Kangar yang seperti dilanggar garuda selepas matahari terbenam. Tiada kedai atau restoren atau gerai menjuala makanan. Akhir terjumpa sebuah kedai mamak Nasi Kandar dan walaupun tidak berapa minat tetapi aku tiada pilihan. Tidak dapat menghabiskan sepinggan nasi dan lauknya seperti lebihan dari tengah hari tadi. Aku mencari restoren tom yam yang menyediakan makanan panas.
Sebenarnya restoren yang aku cari terletak diluar kawasan bandar, Banyak terdapat restoren masakan panas di jalan utama ke Beseri atau ke Kuala Perlis atau ke Sanglang. Aku malas untuk membawa turun basikal dan malas berkayuh lagi untuk malam ini. Biasa kalau dirumah aku jarang makan nasi pada sebelah malam.
Tidur awal sebagai persediaan untuk kayuhan pulang esok......


Statistik : 
    Mula ............... 0725
    Tamat ............  1430
    Jarak ............... 109 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Gurun - Simpang Kuala Kedah - Air Hitam - Kangar
   Odometer 2014 : 1997 km
      


Isnin, 1 September 2014

Ke Alor Setar

Nak buat entry dalam blog ini pun masih belum ada mood lagi kerana masih berehat dari kayuhan sebentar tadi. Ada sedikit masa terluang selepas melayari internet dan sebelum terlupa baik aku masukkan sedikit maklumat sebelum terlupa. Yang lain akan dikemaskini bila ada masa nanti.
Ok kita sambung.
Sebaik memasuki jalan lencongan barat aku melihat berapa orang  berkayuh dihadapan dan belakang, Tidak sangka pula salah seorang menegur aku dari belakang dan tidak sangka pula beliau adalah salah seorang dari kumpulan yang aku ikut semasa kayuhan pada minggu lepas ke Baling dan Sik. Dia bertanyakan kemana arah aku, dan aku menjawap hanya pusing keliling jalan lencongan. Kalau tidak silap dia hendak ke Gurun dan seterusnya kalau jumpa rakan rakan lain akan berkayuh ke Gunung Jerai. Aku menyuruhnya pergi dahulu kerana aku tahu dia agak laju dengan roadbikesnya.
Tidak sangka pula ramai roadbikers dijalanan hari ini. Kemudian aku teringat cuti dinegeri jiran Pulau Pinang sempena hari kemerdekaan Malaysia ke 57 yang jatuh pada hari Ahad.
Semalam sebelum lelap di bilik tidur, aku merancang rancang untuk berkayuh ke Alor Setar. Lama sudah aku tidak kesana. Rasanya aku mampu melakukan walaupun agak lama tidak membuat kayuhan jauh. Lagi pun jalannya tidak lah berbukit seperti laluan dari Parit Panjang ke Baling dan ke Sik pada minggu lalu. Dengan jarak hampir 120 km pergi balik ia akan memberi latihan yang mantap.
Bukan apa, aku merancang untuk membuat kayuhan ke Songhkla dari Bukit Kayu Hitam dan latihan kayuhan hari ini akan memberikan aku stamina sebagai persediaan keyuhan tersebut.
Aku mengambil masa hampir dua jam setengah untuk sampai ke kawasan Tandoop Kuala Kedah. Ada dua sebab kenapa aku tidak mahu memasuki benadar Alor Setar. Pertama kerana kuota sejauh 60 km telah dicapai di kawasan lampu isyarat tol Alor Setar selatan. Ada hampir 4 km sebelum ke pusat bandar. Kedua tidak mahu tersangkut didalam kesesakkan lalu lintas yang hanya akan melambatkan kayuhan. Aku beredar di kawasan perniagaan tandoop dan Alor Setar mall.
Aku teragak agak mencari gerai yang sesuai untuk mengisi perut kerana sejak memulakan kayuhan dari rumah pagi tadi aku tidak singgah untuk makan. Dalam deretan gerai yang aku jumpa aku singgah di sebuah gerai yang agak terpencil dan ada dua pekerja perempuan setengah umur. Nampak lauk yang dijual agak menyelerakan. Sebaik turun basikal, biasalah ... 'makan ke?' dan salah seorang pekerja terus mencapai pinggan untuk mengisi nasi. Lauk bubuh sendiri. Aku memesan kopi paket yang banyak tergantung tersusun dinding gerai.
Hampir setengah jam aku berehat dan rasa cukup untuk mendapkan makanan yang aku ambil sebentar tadi. Tidak mahu pula perut menjadi berat kerana makanan masih belum hadam sepenuhnya. Bila aku hendak bayar, tidaklah rasa tekejut besar apabila harga yang dibayar sebanyak RM6.00 untuk sepinggan nasi, seekor ikan temenung kecil dan sebelah telur asin. Dalam hati aku, mengalahkan restoren nasi kandar mamak. Berbagai perkara yang bermain dikepala aku meningatkan harga makanan tersebut.
Semasa makan tadi aku mendengar kedua pekerja berbual dimana salah salah seorang yang berkemungkinan besar adalah pekerja menceritakan pergi ke kareoke malam sebelum bersama keluarga (termasuk anak yang masih kecil) dan pulang sehingga lewat tengah malam. Malam hari kebangsaan..... katanya.
Tepat jam 11.00 aku memulakan perjalanan pulang. Terasa lambat dan tidak bertenaga lansung. Kelajuan kayuhan tidak lebih 20km/j. Aku bercadang untuk berhenti di pekan Kota Sarang Semut untuk memulihkan tenaga. Hanya 18 km dari mula dan belum pun sampai satu jam berkayuh. Tetapi terpaksa. Aku teringat kata seorang kawan pada kayuhan minggu lalu apabila dia memberikan aku sedikit minumam coca cola sejuk. "Untuk memulihkan tenaga" katanya. Terus aku membeli sebotol coca cola sejuk.
Air Nira
Pastinya aku merasakan lebih bertenaga dan kayuhan aku kembali seperti biasa. Walaupun cuaca mulai panas terik dan penuh mengalir dari ubun kepala membasahi muka dan badan aku masih dapat meneruskan kayuhan. Aku berhenti untuk kali kedua kerana tidak tahan dengan gerai air nira selepas jalan ke Gunung Jerai. Memang sudah lama tidak merasakan kesejukkan air nira yang rasa masam memasuki badan yang tengah panas. Harga sekarang jauh lebih mahal dari dulu (dua tahun lepas) iaitu meningkat kepada RM3.00 sebungkus berbading RM2.00.
Oleh kerana panas agak keterlaluan, tekak aku menjadi kering dan tidak lagi sanggup menahan dahaga, aku berhenti sekali lagi dihadapan kawasan perindustrian Sungai lalang untuk semangkuk cendol. Selalunya aku akan meminta 'kurang manis' tetapi kali ini aku diam sahaja. Aku perlukan sedikit gula tambahan untuk menambahkan tenaga. Hanya kurang 10 km sebelum sampai kerumah.
Puas hati membuat kayuhan ini. Tidak apa yang diherankan kalau mengambil masa dua jam setengah semasa pergi dan hampir 4 jam ketika pulang. Tiga kali berhenti rehat sudah hampir 45 minit dan kayuhan agak perlahan ketika panas terik menjadikan masa pulang agak panjang. Besar kemungkinan aku akan ulangi lagi kayuhan seperti ini.


Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  1420
    Jarak ............... 121 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Semeling - Bedong - Alor Setar
   Odometer 2014 : 1988 km
      

Jumaat, 29 Ogos 2014

Tak sakit pinggang ?

Tengah syok melayan kayuhan pulang berhampiran Taman Mutiara apabila aku ditegur oleh dua orang rider dari belakang. Apabila menoleh kelihatan kedua rider berbangsa cina menyaingi kelajuan aku. Rasanya juga dalam perjalanan pulang. Mungkin aku kelihatan lebih tua dia bertanya samada ok atau tidak. Pelik je bunyi soalan.
Pentingnya dia mahu menegur dan bersembang dengan rider yang tidak dikenali, berlainan bangsa dan berbeza umur. Hanya kerana aktiviti, kegemaran dan minat yang sama.  Sesetengah rider lansung tidak peduli kepada orang lain, samada semasa berselisih atau memotong. Sombong ke apa?
Kami berkayuh bersama hampir lima kilometer sebelum mereka berdua membelok kearah Taman Perdana (bersebelahan Taman Keladi).
Salah seorang yang agak peramah mengatakan bahawa basikal roadbike classic yang aku tunggang ada  kebaikan. Tidak sakit pinggang. Roadbike baru sekarang ini menyebabkan sakit pinggang. Aku tidak memberikan apa apa komen kerana ini pertama kali mendengar kenyataan ini. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Adakah ini fakta atau pengalaman dia sendiri. Kena buat selidikan.
Walau apa pun aku masih berpuas hati berkayuh dengan roadbikes klassik ini. Kadang kala ada juga terlintas dihati untuk menukar dengan yang baru, yang lebih canggih dan sistem yang up to date. 
Singgah di Kedai Nasi Kandar Taman Nilam untuk sarapan pagi sebelum pulang kerumah.


Statistik : 
    Mula ............... 0810
    Tamat ............  1000
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan lencongan timur (pergi balik)
   Odometer 2014 : 1867 km
      

Isnin, 25 Ogos 2014

Hanya 70%

Tidak tahu kenapa aku menerima pelawaan seorang kenalan untuk mengikut mereka membuat kayuhan pagi ini. Aku hanya diberitahu tentang kayuhan ini melalui SMS malam sebelumnya. Mengikut pesanan ringkas yang dihantar jarak kayuhan ini hampir 160 km dan akan mengambil masa lebih 6 atau 7 jam. Jika ingin meyertai dikehendaki berkumpul di dataran zero Sungai Petani sebelum jam 7.20 pagi.
Aku mengenali ramai yang akan menyertai kayuhan tersebut. Aku memohon izin kepada mereka untuk mengikuti kayuhan tersebut untuk hanya separuh jalan dan akan pulang sendirian. Tiada halangan oleh kumpulan tersebut.

Menunggu rakan yang mengalami kebocoran tayar




Statistik : 
    Mula ............... 0730
    Tamat ............  1310
    Jarak ............... 102 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kuala Ketil  - Parit Panjang - Kg Lalang - Sik
   Odometer 2014 : 1824 km
     

Khamis, 21 Ogos 2014

Padang Serai

Banyak sangat laluan yang ingin diikuti. Tidak dapat membuat keputusan jalan mana hendak pergi pada kayuhan pagi ini. Akhirnya aku membuat keputusan untuk lalu di Bandar Puteri dan kemudian ke Sidam Kanan dan pulang melalui pekan Padang Serai.
Kayuhan agak santai. tiada apa yang menarik untuk dicatatkan. Aku puas menikmati kehijauan ladang kelapa sawit, ladang getah dan akhirnya bendang sawah padi.
Agak kecewa apabila singgah di gerai Pinang Tunggal (belah Pulau Pinang) ianya sudah dikemaskan untuk ditutup. Ai ... baru jam 10.00 pagi sudah habis. Mungkin buat sedikit hari ni kerana ada hal lain.


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  1020
    Jarak ............... 53 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Sidam - Padang Serai
   Odometer 2014 : 1722 km
      

Ahad, 17 Ogos 2014

Bukit Semarak .....

Sejak awal hati berbelah bagi samada membuat kayuhan atau tidak. Malam tadi aku menghabiskan sedikit masa melihat gambar yang aku ambil semasa kayuhan yang lepas. Teringin pula hendak berkayuh ketempat tempat yang pernah aku lawatai dahulu. Tetapi entah macam mana hati tergerak untuk membuat pendakian di bukit Semarak. Tidak ingat bila kali terakhir aku kesana.
Seperti biasa masa memulakan pendakian kelihatan masih ramai orang membuat pendakian dan ramai juga yang sedang menuruni bukit. Ramai yang aku kenali, biasa aku lihat ketika aku bergiat cergas pada aktiviti memanjat bukit ini. Muka-muka lama masih lagi kelihatan. Rasanya mereka juga masih mengingati dan kenal aku. Aku menegur hampir semua yang aku jumpa, tindak balas yang diterima amatlah menyeronokkan.
Satu perkara yang dilihat ialah ramai yang menggunakan tongkat, samada yang dibuat sendiri dari kayu atau buluh dan yang lain mengunakan tongkat jenis aluminium. Nampak gayanya macam boleh dilipat atau dimasukkan menjadi pendek. Aku sendiri menggunakan tongkat yang diperbuat dari buloh madu, lubang kecil sahaja. Tongkat ini boleh digunakan sebagai penyokong ketika menurun bukit dan juga apabila mendaki. Menstabilkan badan terutama bagi yang veteran. Tongkat juga boleh dijadikan senjata jika terdesak.
Bukit ini dahulu dipenuhi dengan hutan rimba tetapi kini menjadi kawasan pertanian. Hampir keseluruhan kawasan telah ditanam dengan pokok seperti petai, cempedak dan durian. Sekarang semakin banyak tanah dibersihkan untuk tanaman berbanding dengan beberapa tahun lalu. Timbul persoalan samada tanah ini diteroka tanpa hakmilik. Paling terserlah, ada sesetengah kawasan bukit ini kini tidak lagi boleh dimasuki atau dilalui oleh pendaki. Ada signboard atau amaran melarang kawasan dicerobohi dengan notis yang agak unik...... kawasan tersebut juga telah dipagar.
Tiada masalah sampai kepuncak dan mengikut laluan rutin yang selalu aku buat dahulu. Otot kaki dan peha rasa macam biasa sahaja, mungkin disebabkan kayuhan basikal yang aku buat sebelum ini. Sesetengah laluan kini cerah kerana banyak pokok besar telah ditebang. Rasanya semakin ramai orang datang kesini melihat kesan laluan. Ada juga beberapa trek baru yang dibuat tetapi untuk kali ini aku akan mengikut trek lama sahaja.

Nampak OK je... bila panjat baru tau ...

Berehat sebentar sebelum turun semula. Baru aku teringat kenapa aku berhenti membuat aktiviti disini. Aku mengalami sakit lutut dan amat risau jika ia melarat. Tidak ingat bila pulak lutut tersebut pulih. Apa yang pasti aku kena berhati dan tidak melampaui (overdo) bila membuat aktiviti pendakian bukit ini. 
       

Rabu, 13 Ogos 2014

Kayuhan hantu !.....

Pada mulanya merancang untuk membuat kayuhan pagi ... untuk kayuhan jauh sedikit dari biasa, tetapi diluar sana kelihatan jalan agak lembab dan ada tompokan air membuat aku menukar fikiran. Langit masih diselubungi awan hitam walaupun aku tahu hujan tidak akan turun lagi untuk siang ini. Balik ke masa biasa iaitu sebelah petang untuk melakukan kayuhan.
Sebelah pagi aku menelifon SK Juan untuk bertanya khabar dan pergi minum pagi, tetapi dia keluar membuat kayuhan ke Kepala Batas, PP. Aku kerumahnya sebaik dia menghabiskan kayuhan.
Antara lain yang dibincangkan ialah kayuhan ke Songkhla, Thailand pada bulan September nanti. Aku sudah bersedia dan memang belum pernah keluar untuk tahun ini. SK Juan mencadangkan untuk memulakan kayuhan dari Bukit Kayu Hitam terus ke Songkhla dan bermalam disana. Keesokkan harinya membuat rondaan di kawasan tersebut termasuk mengelilingi tasik sebelum pulang ke Hatyai dan bermalam. Pulang ke sempadan pada hari ketiga.
Dia juga berbual dengan panjang lebar tentang kayuhan 'round island Penang' pada Ahad 17 Ogos nanti. Dia serta beberapa orang lagi dari Sungai Petani pada mulanya amat berminat untuk turut serta kayuhan keliling pulau yang diadakan setiap tahun. Kalau tidak silap aku, sudah tiga atau empat kali dia ikut serta tetapi kali ini dia tidak sempat mendaftar diri. Pendaftaran untuk menyertai kayuhan kali ini dibuat secara on-line berbanding mengisi borang sebagaimana tahun tahun sebelumnya. Pendaftaran ditutup apabila bilangan penyertaan mencapai 3000 peserta.
Dia mengajak aku membuat kayuhan hantu ... menyertai kayuhan tersebut tanpa mendaftar! Tumpang seronok kayuhan beramai ramai dan tumpung semangkuk melalui jalan yang biasanya sibuk tetapi dikawal oleh anggota polis dan pasukan keselamatan ketika program kayuhan. Tidak perlu berhenti disepanjang lampu isyarat, disimpang atau ditempat untuk membelok samada kanan atau kiri.
Pengayuh hantu tidak berhak untuk mendapat air minuman dan makanan yang disediakan oleh penganjur ditempat tempat tertentu disepanjang jalan. Tiada bekalan makan tengahhari, tiada cabutan bertuah atau lain lain yang disediakan untuk peserta yang membuat bayaran.
Aku kata tidak perlu, boleh berkayuh kesana pada bila bila masa walaupun susah sedikit kerana terpaksa mengikuti arahan lalu lintas biasa. Jarak kayuhan sejauh 84 km tidak menjadi masalah.
Tidak sabar untuk menunggu Juan memberi keputusan bila akan membuat kayuhan ke Thailand nanti.


Statistik : 
    Mula ............... 1730
    Tamat ............  1840
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat
   Odometer 2014 : 1669 km
      

Isnin, 11 Ogos 2014

Mesin padi ado laie ....

Kayuhan petang ini tergendala sedikit kerana tidak tahu mengapa aku ingin melihat mesin jentuai padi beroperasi. Ada dua tiga orang ditepi jalan juga memerhatikan mesin tersebut memuntahkan isi kedalam lori yang menunggu di tepi bendang. Agaknya mereka adalah tuanpunya sawah padi.
Memang selalu aku melihat mesin ini beroperasi sejak dulu lagi tetapi tidak pernah berhenti melihat lebih dari sepuluh minit seperti apa yang dibuat petang ini. Selalunya melihat dari dalam kereta sahaja.
Masa aku kecil kecil dikampung dah dahulu, tiada terfikir tentang 'natang nih'. Seluruh petani hanya menggunakan tuai tangan atau sabit. Tuai tangan kerja lambat dan selalunya dilakukan secara bergotong royong. Manakala sabit pula agak cepat kerana memotong batang yang agak banyak. Tuai tangan mempunyai kelebihan kerana padi yang masih bertangkai dibawa  pulang ke rumah, disimpan dan apabila semua padi dibendang siap dituai barulah kerja melerai buah padi dari tangkai dilakukan.
Kalau pakai sabit kena pukul padi didalam bendang. Ianya lebih cepat dan hanya padi sahaja dibawa pulang kerumah.
Dahulu, pada tahun 50'an dan 60'an petani dikampung menanam padi hanya untuk kegunaan sendiri, jarang dijual. Hasil padi satu musim cukup untuk makan setahun. Padi hanya dijemur untuk dijadikan beras menggunakan lesong tangan atau lesong kaki apabila bekalan beras dalam tempayan berkurangan.
Beberapa perkara yang tidak dapat aku lupakan ialah membuat serunai dari batang padi, menuai padi muda (yang lambat masak) untuk dibuat emping. Ingat lagi tak lagu Noorazlina Idris tentang malam mengemping.......!! bagitulah keadaannya.


Teringat pula lagu yang dinyanyikan oleh Ito Blues Gang pada awal 80'an dahulu, 'apo nak di kato'. Tetapi yang dimaksudkan mesin padi dalam lagu tersebut bukan mesin tuai tetapi mesin proses padi menjadi beras !!.



Statistik : 
    Mula ............... 1735
    Tamat ............  1845
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat
   Odometer 2014 : 1642 km
      

Sabtu, 9 Ogos 2014

Jem ... tanpa roti

Dua tiga petang tidak dapat melakukan kayuhan kerana cuaca tidak mengizinkan. Pada hari rabu lepas hujan turun dengan lebat sejak pagi. Walau berhenti menjelang tengah hari tetapi langit gelap hingga ke petang membuatkan hilang mood untuk beriyadah.
Petang kelmarin pula ada mesyuarat AJK KRT Taman Intan untuk membincangkan tentang jamuan hari raya yang akan diadakan dua minggu dari sekarang. Petang esok pula ada mesyuarat panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang juga akan membincangkan jamuan hari raya yang akan diadakan pada 14 Ogos nanti. Terpaksa mencari masa yang terluang untuk meneruskan aktiviti kayuhan.
Cuaca petang ini juga tidak berapa baik dan aku harapkan dapat menamatkan kayuhan sebelum hujan bermula. Buat masa sekarang aku tidak lagi memilih laluan laluan berbeza setiap kali keluar berkayuh. Aku lebih senang membuat pusingan pergi balik jalan lencongan barat yang memberi aku jarak lebih 30 km. Tiada masalah jika berulang alik jalan yang sama. Kalau difikirkan, ramai orang yang berjogging keliling padang atau kawasan taman hingga lebih sepuluh kali pusingan. Tiada sebarang masalah. Pentingnya bersenam.
Satu perkara lagi jalan lencongan barat mempunyai kelebihan berbanding dengan lencongan timur. Sepanjang lebih 15 km, jalan dilengkapi lorong laluan motorsikal yang juga boleh digunakan basikal. Terasa lebih selamat dengan adanya lorong tersebut. Maklumlah masa keluar itu waktu puncak penggunaan jalan tersebut. Pengguna balik dari tempat kerja. Di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Sg Petani utara, kenderaan terpaksa berbaris lebih setengah kilometer. Dengar cerita masa perayaan hari raya yang baru lalu jem hingga ke persimpangan lampu isyarat Laguna Merbok. Siapa kata bandar Sungai Petanuki tidak sibuk?
Tiada berjumpa rider petang ini, mungkin kebanyakkan membuat kayuhan pagi kerana hari Ahad.
Esok pagi bercadang untuk membuat pendakian bukit Semarak. Memang sudah begitu lama aku tidak kesana. Bagaimanakah keadaan sekarang. Masih ramaikah pengunjung setiap pagi dan petang. Dan bagaimana pula dengan trek laluan.


Statistik : 
    Mula ............... 1735
    Tamat ............  1900
    Jarak ............... 32 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat
   Odometer 2014 : 1615 km
      

Selasa, 5 Ogos 2014

Senaman petang lebih baik ?

Berjaya membuat kayuhan untuk hari keempat berturut turut. Kayuhan petang. Cuaca tidak begitu panas kerana kesan jerubu masih belum hilang sepenuhnya. Bila lalu dikawasan bendang, terdapat petani membuat pembakaran jerami dan batang padi yang telah dituai untuk persediaan tanaman semula. Adakah ini yang menyebabkan keadaan atmosfera kawasan Sungai Petani ini berjerubu sekarang ni?
Walau kayuhan pendek, ia amat memuaskan. Aku amat yakin dengan diri sekarang. Apa yang merisaukan adalah takut tidak dapat meneruskan kesenambungan kayuhan setiap petang. Ada rancangan yang tengah diatur yang mungkin tidak membolehkan aku membuat kayuhan.
Pernah aku dengar ceramah seorang Ustaz yang mengatakan membuat aktiviti senaman pada sebelah petang adalah lebih baik. Terdapat nas atau hadis atau kitab para ulama yang menyatakan ini. Sejauh mana kebenaran ini aku masih mencari. Ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Mengikut ustaz tersebut pada sebelah pagi kandungan gula dalam badan tidak dapat dikurangkan kerana proses ..... entahlah aku pun tidak ingat. Juga tengah cari rakaman ceramah tersebut. Harap ada sesiapa diluar sana yang dapat memberikan pengesahan tentang ini.
Pada kayuhan tadi hanya melihat seorang rider dari arah bertentangan. Ada juga nampak dua tiga orang rider dihadapan tetapi bila aku menghampiri mereka adalah pekerja dari negara lain yang dalam perjalanan pulang dari tapak bekerja.
Seseorang membunyikan hon kereta dibelakang. Apabila menoleh kelihatan SK Juan dalam kereta Nissan. Entah dari mana. Ingatkan dia akan menunggu aku di salah sebuah gerai makanan dihadapan tetapi tidak kelihatan. Mungkin kerena hari semakin senja.


Statistik : 
    Mula ............... 1735
    Tamat ............  1845
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat
   Odometer 2014 : 1583 km
              

Isnin, 4 Ogos 2014

Kayuhan hari ini lebih baik dari semalam ......

Kayuhan petang sebentar tadi untuk hari ketiga berturut turut. Teringat pula lagu lagu zaman muda muda dulu ... knock three time dan three times a lady. Cuaca masih berjerubu tetapi tidaklah serius, rasanya IPU dibawah 40, tidak menjejaskan penafasan.
Aku rancang untuk pergi ke arah Semeling tetapi memandangkan kenderaan masih lagi ditahap yang tinggi aku mengelakkan laluan tersebu dan terus menghala ke Sungai Lalang dan seterusnya membelok kearah Gurun. Tidaklah sampai ke sana tetapi amat berpuas hati hanya setakat Bedong dan membuat pusingan U. Boleh cover lebih 30 km.
Kayuhan hari ini lebih baik dari semalam ..... macam selalu dengar je frasa ni. Memang ia selalu digunakan oleh penceramah motivasi dan ustaz dalam ceramah kuliah agama. Tenaga hampir pulih sepenuhnya dan aku sangat yakin aku sudah mampu beraksi seperti sebelum bulan puasa. 
Cakap pasal bilangan kereta dijalanan pada musim perayaan, sehingga sekarang kawan kawan yang aku jumpa bertanyakan macam mana keadaan jalan semasa pulang kekampung beraya baru baru ini. 
Aku bernasib baik, ketika kebanyakkan orang yang pulang berhari raya mengambil masa sehingga 12 jam untuk sampai kedestinasi yang biasanya diambil setengah masa tersebut, aku yang turun ke selatan tiada apa perubahan. Malahan rasanya bertambah selesa dan cepat kerana tidak banyak kenderaan yang turun.
Begitu juga ketika pulang ke utara. Jalan hala utara kosong dan kesihan sungguh mereka kearah selatan yang terpaksa terhincut hincut. Alhamdullillah ... itulah yang aku ucapkan apabila selamat sampai kerumah pulang dari beraya di kampung.


Statistik : 
    Mula ............... 1735
    Tamat ............  1900
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat - Bedong
   Odometer 2014 : 1556 km
              

Ahad, 3 Ogos 2014

Proses menguatkan stamina

Masih sangsi dengan kemampuan berkayuh selepas berehat panjang pada bulan ramadhan dan bulan sebelumnya. Aku berhenti awal kerana persediaan walimatul urus anak sulung perempuan yang telah diadakan pada 07 Julai 2014. Kalau dikirakan hampir 2 bulan tiada membuat kayuhan tetapi bila ada kelapngan sempat juga mencuri curi masa terluang berkayuh.
Petang ini kali kedua memulakan kayuhan. Terasa lebih betenaga berbanding semalam. Boleh gak kayuh lebih laju dari hari pertama. Kira kira boleh capai speed seperti biasa. Otot kaki pun kurang sakit atau lengoh. Cuma ada permasaalah ketika membuat pendakian walaupun rendah. Speed boleh turun hingga 50%.
Rasa seronok pula berkayuh sebelah petang. Walau kesempitan masa, kayuhan lebih kurang satu jam mencukupi buat masa sekarang. Yang penting aku senang tidur dan lena sebaik masuk bilik.



Statistik : 
    Mula ............... 1730
    Tamat ............  1845
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Jalan Lencongan Barat (pergi balik)
   Odometer 2014 : 1523 km
              

Sabtu, 2 Ogos 2014

25km yang perlahan .......

Hari ini aku berpeluang menamatkan tempuh rehat yang agak lama. Satu bulan berpuasa dan enam hari cuti rehat sempena raya dan badan sudah mula mahukan dilonggarkan. Keluar agak lewat kerana aku tahu tidak akan dapat pergi jauh. Kayuhan petang harin lebih kerana desakan perasaan untuk memulakan semula aktiviti kayuhan.
Tau tak, basikal pun sudah dipenuhi dengan sarang labah labah. Tayar pula hampir kempes tiada angin lansung. Hanya sempat untuk membersihkan sarang labah labah sahaja dan mengepam angin dikedua dua tayar. Bahagian lain yang dipenuhi habuk, lain kali sahajalah cuci. Sengaja tidak mahu memeriksa part yang bergerak ada cukup gris atau tidak. Kalau hendak lakukan semua itu jawapnya akan lambat le keluar memulakan kayuhan.
Memang susah untuk otot kaki menyesuaikan rentak kayuhan kerana memang agak lama direhatkan. Susah untuk mencapai speed 25km/j dan lagi susah jika terdapat pendakian kecil seperti di jalan Tikam Batu - Simpor.
Berangan angan untuk membuat kayuhan lelaki sebenar (... maaf terjemahan dari bahasa Inggeris!) dalam masa terdekat ini. Ini sudah lama terlintas tetapi masih tidak dapat direalisasikan.
Biasanya hardcore rider akan memulakan kayuhan selepas berpuasa dan berhari raya dengan tajuk 'kayuhan pecah lemak' tetapi bagi aku mungkin kayuhan membuang gula. Rasanya pada bulan puasa dan hari raya lalu tidak lah banyak mengambil makanan berlemak termasuk dagin merah tetapi lebih banyak makanan yang agak manis seperti kueh mueh traditional dan ayer minuman manis. Bulan puasalah masanya untuk merasa keuh muih traditional yang dijual di bazar ramadhan.
Harapkan dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan selepas  ini. Kena kawal pengambilan makanan dan minuman.
Pelik, terbalik pula. Bulan ramadhan sepatutnya pengambilan makanan dikawal.
Keadaan jerubu yang melanda negara sekarang sedikit membantu kayuhan petang ini. Cahaya matahari tidak mampu menembusi jerubu yang menutupi langit dan ini memberikan keselesaan berkayuh. Baru jam 6.30 petang dah nampak macam sudah malam. Sebaik sampai kerumah hujan renyai mulai turun.
Ok esok dan hari hari seterusnya dalam minggu ini aku berjanji melakukan kayuhan pendek untuk memberi peluang bagi otot dan tulang menyesuaikan dengan kayuhan.


Statistik : 
    Mula ............... 1720
    Tamat ............  1845
    Jarak ............... 25 km
    Cuaca .............. Jerubu
    Laluan ............. Sungai Pasir - Simpor
   Odometer 2014 : 1496 km
              


Rabu, 21 Mei 2014

42






Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  0940
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan lencongan Timurt pergi balik
   Odometer 2014 : 1471 km
              

Ahad, 18 Mei 2014

sibuk

Sebentra tadi sebelum memulakan kayuhan aku melayari blog ini untuk melihat berapakah hit atau pelawat setakat ini. Sambil itu juga melihat statistik pelawat dan komen yang ditinggalkan oleh pembaca.
Aku rasa kecewa kerana sudah agak lama tidak mengemaskinikan blog ini dan terasa macam bersalah terhadap pembaca. Sedih juga kerana jumlah pelawat harian makin berkurangan. Mungkin kerana tiada cerita atau catatan baru yang ditulis. 
Terus terang dua tiga minggu kebelakangan agak sibuk kerana menguruskan persiapan kenduri kahwin anak sulung yang dirancang pada cuti sekolah minggu kedua bulan Jun ini. Kata orang mengatur majlis untuk kali pertama sememangnya susah kerana tiada pengalaman. Semuanya kena teliti agar tiada yang tertinggal dan terlepas yang mungkin akan menjejaskan majlis tersebut kelak.
Mungkin aku akan cuba rekodkan sedikit pengalaman mengendalikan majlis kenduri ini untuk rekod aku sendiri dan kalau ada diluar sana yang ingin menimba sedikit pengalaman.
Bukan tiada lansung aku membuat kayuhan dalam tempuh tersebut tetapi tidak dicatatkan hingga aku terlupa bila dan berapa jauh aku pergi. Kalau ndak retrace sukar juga. Yang mana ingat aku akan catatkan disini.
Memang benar dua minggu ini sangat kurang membuat kayuhan. Antara sebabnya ialah pada awal bulan aku terpaksa pulang ke kampung untuk dua hari melawat biras (.. beras kata P Ramlee dalam filem tiga abdul) yang dijangkit penyakit jangkitan virus. Dia dimasukkan ke hospital sejak satu minggu sebelumnya dan keadaan agak teruk. Hairan juga pihak hospital tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi.
Kenangan di R&R Puncak Titiwangsa
Balik keesokkan harinya dan belum pun hilang penat, awal pagi keesokkan hari mengikut rombongan PPK membuat lawatan ke Kelantan. Bermalam di Kota Baru dan pulang lewat keesokkan harinya. Ambil masa untuk menghilangkan penat. Dua tiga hari selepas itu baru boleh membuat kayuhan.



Statistik : 
    Mula ............... 0810
    Tamat ............  0920
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan lencongan barat pergi balik
   Odometer 2014 : 1429 km

Selasa, 6 Mei 2014

Ubat selsema

Melakukan kayuhan untuk mengeluarkan peluh kerana kelmarin diserang sedikit selsema. Aku dapati ini lebih berkesan dari memakan ubat. 


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 35 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat - Timur
   Odometer 2014 : 1402 km
       

Sabtu, 26 April 2014

tampalan seluar

Dua sebab kenapa aku tidak berkayuh jauh dan satu sebab kenapa aku beriya-iya untuk melakukan kayuhan pagi ini. First the bad news.......
Pertama, dua hari aku berkayuh berturut turut, walau tidak pergi jauh tetapi terasa letih juga. Maklumlah pada usia ini tidak lagi boleh macam orang muda. Rasanya ada yang tidak kena dengan keadaan kesihatan atau mungkin tidak kena dengan permakanan yang menyebabkan tidak upaya membuat kayuhan setiap hari seperti dahulu.
Bila badan cepat terasa letih, aku kekadang rasa bolehkah aku melakukan kayuhan jauh seperti yang aku idamkan dan rancang selama ini. 
Sebab kedua kenapa tidak boleh berkayuh jauh adalah kerana ada jemputan bacaan tahlil dan doa selamat dari jiran di Taman Intan. Bacaan tahlil dan dia selalunya dimulakan pada jam 11.30 pagi. Jiran ini juga kenalan baik yang pernah satu ketika dahulu bersama membuat kerja kerja sukarela dalam rukun tetangga taman ini.
Pelik juga kerana aku tidak nampak dia sejak dua tiga bulan kebelakangan ini. Dia baru sahaja bersara dari KWSP. Dua malam lalu tiba tiba dia datang mendapatkan aku ketika didalam masjid untuk menjemput ke majlis tahli yang akan diadakan. Menurut isteri aku ada mendengar cerita bahawa dia menyertai kumpulan tabligh dan pergi melakukan aktiviti berkaitan dengan kumpulan tersebut. Tidak pasti pula kenapa dia mengadakan majlis ini. Ramai juga penduduk Islam taman dan qariah hadir pada majlis ini.
Kenapa beriya iya pula melakukan kayuhan. Pada kayuhan hautri sebelumnya aku hanya mengenakan seluar sport (seluar track) dan baju t-shirt kolar bulat sahaja. Sering mengenakan pakaian sebegini jika membuat kayuhan pendek. Semasa menukar pakaian aku dapati ada sedikit kerosakkan pada bahagian ponggol seluar tersebut. Ia disebabkan geseran ketika mengayuh dan kalau dibiarkan akan terkoyak rabak. Kalau berlaku dirumah tidak mengapa, kalau koyak semasa kayuhan! ..... haru dibuatnya.
Sayang juga untuk pakaian tersebut dibuang atau diganti baru. Bahagian lain semua elok lagi dan aku hanya menggunakan untuk membuat kayuhan pendek atau kayuhan petang. Aku mendapat idea untuk menampung kawasan yang menjadi nipis dengan kain lain menggunakan gam. Anak aku ketawa apabila aku mencadangkan idea tersebut dan menyuruh aku membeli seluar baru sahaja.
Sebenarnya aku hendak membuat experimen samada kain boleh dilekatkan menggunakan gam atau tidak kerana tidak pernah membuat demikian sebelum ini. Jika perlu aku akan jahit dibeberapa tempat untuk memastikan bahawa ia tidak tertanggal. Apabila selesai aku mendapati boleh menggunakan gam jika fabrik tersebut sesuai.
Experimen aku bukan setakat itu. Seluar tersebut tidak mempunyai padding dan bontot menjadi sengal kalau berkayuh terlalu lama. Mungkin itulah sebab kenapa jarang orang menggunakan seluar track untuk kayuhan. Aku menggunakan lapisan kain yang agak tebal yang selain menutup lubang boleh dijadikan padding.
Tiada masalah dengan penggunaan gam tersebut. Tetapi aku terlalu ghairah dan mendapati lokasi kain pelapik yang dilekatkan terlalu kebawah dan hanya mendapat separa lapikan padding sahaja. Masalah experimen ini ia tidak boleh dibuka untuk diperbetulkan kerana akan mengoyakkan kawasan tersebut tetapi aku mendapat pengalaman berharga. Kalau aku beli seluar track lain nanti bolehlah aku modified dan mungkin dapat jimatkan sedikit wang membeli seluar basikal yang terlalu mahal ......
Di Pekan Tikam Batu aku bertemu dengan Abang Ei (Masri Ariffin) yang baru pulang dari kayuhan. Aku mengajak ia menemani aku ke Batu Lintang tetapi dia menolak kerana perlu pulang awal untuk membakar lemang. Sebaik berpisah aku ditegur oleh SK Juan yang baru sampai dari arah bertentangan. Dia bersetuju untuk mengikut aku pulang melalui jalan Batu Lintang, jalan yang dilalui sebentar tadi.


Statistik : 
    Mula ............... 0810
    Tamat ............  0920
    Jarak ............... 27 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Tikam Batu - Batu Lintang
   Odometer 2014 : 1367 km

Jumaat, 25 April 2014

rindu pada bukit ....

Sebelum pulang ke rumah aku singgah untuk sarapan di sebuah gerai di jalan Sungai Pasir. Pertama kali aku singgah disini kerana selalunya aku akan bersarapan di gerai kebiasaan bersebelahan Sekolah Menengah Tunku Ismail Taman Delima. Jemu juga singgah ditempat sama, Cari kelainan sedikit. 
Hanya ada satu gerai yang dibuka pada pagi jumaat ini. Pulak tu, semua meja penuh. Kerana tiada piihan aku berhenti dengan harapan menumpang mana mana kerusi yang kosong. Sebaik selesai mencari tiang untuk menyandarkan basikal, satu meja dikosongkan. Macam tau tau sahaja. Kedudukan meja pun kira strategik kerana tidak jauh daari basikal dan mempunyai pandangan yang luas.
Aku bersedia menunggu giliran untuk teh O dan roti canai kosong kerana terdapat tiga meja lagi yang masih belum mendapat pesanan. Dihadapan aku tersergam bukit Semarak. Aku mengamati laluan ke atas bukit kalau kalau nampak orang orang yang sedang membuat pendakian atau sedang turun. Terlalu jauh untuk melihat dengan jelas. Lagi pun kebelakang ini penglihatan agak kabur kerana usia.
Memang sudah terlalu lama aku tidak mendaki bukit yang pernah satui ketika dahulu menjadi aktiviti harian. Ada juga terlintas sesekali untuk kembali membuat pendakian. Hasrat aku banyak kali terbantut kerana apa yang berlaku pada seorang kawan yang kini mengalami masalah lutut akibat terlalu kerap membuat pendakian, kadang kala pagi petang. 
Masalah sakit lutut disebabkan semasa menuruni bukit yang agak curam. Keseluruhan berat badan tertumpu kepada bahagian bawah badan ketika menuruni bukit terutama pada sendi lutut dan buku lali. Aku selalu menasihati kawan untuk menggunakan tongkat bagi mengalihkan sebahagian beban badan agar tidak tertumpu kepada sendi lutut.
Kawan aku sudah mengalami sakit lutut hampir dua tahun dan kini tidak lagi menjadi tetamu bukit semarak ini. Pelbagai usaha yang dibuat dan berbagai jenis ubatan yang digunakan dan dimakan tetapi tiada tanda tanda penyakit ini akan pulih sepenuhnya. Terbaharu ada seorang rakan kami yang kebetulan ke Australia membeli ubat untuk penyakit ini. Menurutnya ada sedikit perubahan tetapi masalah untuk meneruskan kerana bekalan yang sukar didapati. Harga pun boleh tahan juga.
Tersentak dari lamuan aktiviti mendaki bukit apabila makanan dan minuman sampai. Lebih cepat dari yang aku jangkakan. Boleh tahan juga rasa roti canai dan kuahnya. Tidak mengambil masa lama untukmenghabiskan sekeping roti. Now you see it, now you don't. Rangup dan bersaiz besar sedikit dari lain lain tenpat. Harga pun berpatutan, cuma RM1.30 bersama teh O. Boleh dijadikan pit stop untuk refueling......
Berbalik pasal mendaki bukit tadi ... buat masa sekarang aku akan tumpukan kepada kayuhan basikal.


Statistik : 
    Mula ............... 0810
    Tamat ............  0920
    Jarak ............... 28 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat pergi balik
   Odometer 2014 : 1340 km