Hidup menjadi lebih senang apabila kita ada pilihan. Kesibukkan dua hari yang lalu menjadikan badan rasa tidak begitu bermaya terutama apabila hendak bangun pagi. Dua hari tidak membuat kayuhan membuat badan begitu susah untuk memulakan semula. Berbagai alasan yang terlintas dikepala. Musim panas la, angin kuat la, sudah lambat la, ada perkara yang perlu dibuat hari ini. Itu adalah antara berberapa alasan yang bermain difikiran.
Semangat yang kuat mengasak aku untuk mengenakan pakaian sukan selepas menjamah sarapan pagi. Dengan cara ini mahu tidak mahu aku akan membuat aktiviti senaman. Jika diikutkan tidak jadi kerja. Walaupun tidak mahu berkayuh aku masih mempunyai pilihan lain iaitu berjogging di Bukit Semarak.
Tempat rehat dan berteduh dipertengahan pendakian |
Seorang rakan berbangsa cina memberitahu apa yang dibaca didalam akhbar. Jika seseorang itu melakukan senaman berjogging ia memerlukan hanya 30 minit berbanding dengan 1 jam jika berjalan kaki atau mengayuh basikal untuk mendapat manafaat yang sama. Mungkin ia bermaksud membakar lemak atau kalori yang sama banyak.
Tergaman apabila ditegur oleh seorang rakan yang tidak pernah aku jumpa berjogging di bukit sebelum ini sehingga sukar untuk aku mengingati namanya. Bila aku teringat nama dan memanggilnya dia sudah agak jauh. Aku gembira kerana bertambah kawan kawan yang membuat aktiviti senaman.
Teringat program explorasi yang ditayang semula oleh RTM 1 pada hari Jumaat lepas dimana ditunjukkan pendakian Gunung Stong, Kuala Krai, Kelantan. Expedisi di ketuai oleh bekas Ahli Parlimen Jempol Negeri Sembilan iaitu Dato' Khalid Yunus. Beliau berusia linkungan 70 tahun dan pernah membuat pendakian di Gunung Everest. Semasa pendakian gunung di Stong, beliau sering memberi nasihat kepada ahli expedisi yang jauh lebih muda bagaimana cara membuat pendakian. Nasihat yang diucapkan berulangkali ialah, "teruskan pendakian perlahan lahan, elakkan dari berhenti" dan "terus menapak".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan