Tiga empat orang geng dari Pinang Tunggal beriya iya hendak buat kayuhan Gunung Jerai, apabila aku sampai ke kaki gunung sebelum jam 0800 pagi, tiada kelihatan seorang pun. Aku menalifon salah seorang dari mereka dan tidak terkejut bila dia menyatakan terpaksa batalkan rancangan. Bagi aku tidak menjadi apa apa, kerana aku tetap akan membuat kayuhan walaupun seorang diri. Sebab itu lah aku gunakan tag-line 'kayuh sorang je' untuk blog aku ini.
Baru 2km keatas aku dapat call dari Johari. Tidak sangka pula dia pun naik juga, aku rasa bersalah sebab tidak mengajak dia sekali untuk kayuhan ini. Syed Fuad pun ada sekali. Aku kata jumpa diatas nanti. Aku teruskan kayuhan dan bercadang untuk menunggu di muzium perhutanan nanti. Sepanjang jalan naik, aku tidak berjumpa dengan rider lain, mungkin kerana masih awal. Sempat menegur dan ditegur oleh orang yang berjalan kaki mendaki gunung. Kebanyakkan perjalan kaki hanya naik tiga empat kilometer sahaja, jarang yang sampai kepuncak. Jalan masih basah dan lembab kerana hujan sebelah petang dua tiga hari yang lepas. Seorang rider memotong aku dengan kayuhan yang bertenaga, tidak sempat melihat wajahnya dengan jelas. Mungkin akan berjumpa diatas nanti. Apa yang pasti beliau sudah berumur, mungkin lebih tua dari aku.
Aku tidak banyak berhenti cuma sesekejap sahaja untuk menghilangkan kekebasan pada lutut dan pangkal peha. Pit stop pertama aku ialah di muzium perhutanan. Dari situ aku terdengar bunyi bising dari tempat perkelahan Sungai Teroi. Mungkin ramai yang menjalankan aktiviti riadah disana. Aku tersentak apabila seorang kanak berusia tidak lebih tiga tahun memberi salam. Aku melihat keluarganya memasang khemah diatas sebuah wakaf kayu disitu. Bagus lah begitu.
Tidak lama aku menunggu, kawan lain mulai sampai dan kami meneruskan kayuhan ke puncak. Sebaik sahaja sampai kepuncak aku dapati dua orang rider lain sedang minum digerai. Belum pun aku order minuman beberapa orang yang lain mulai sampai dan gerai yang mempunyai kerusi meja yang terhad tiba tiba penuh. Rider yang lain tu pernah aku jumpa pada kayuhan terakhir dua minggu lepas.
Dua gadis remaja juga berada disitu dan dengan seronok mereka mengeluarkan semua roti yang ada dalam beg galas mereka dan menyerahkan kepada kami untuk dikongsi, baiknya hati. Semoga Allah murahkan rezeki mereka dan keluarga mereka. Mereka berdua berjalan kaki dari bawah sejauh 10 km. Mereka masih belajar dalam tingkatan enam. Tabik.
Dua gadis remaja juga berada disitu dan dengan seronok mereka mengeluarkan semua roti yang ada dalam beg galas mereka dan menyerahkan kepada kami untuk dikongsi, baiknya hati. Semoga Allah murahkan rezeki mereka dan keluarga mereka. Mereka berdua berjalan kaki dari bawah sejauh 10 km. Mereka masih belajar dalam tingkatan enam. Tabik.
Walaupun setengah dari mereka belum pernah berjumpa atau bekenalan, kemesraan dan suasana digerai tersebut amatlah ceria dan gembira. Riuh rendah jadinya apabila semua berebut-rebut menceritakan pengalaman masing masing mendaki Gunung Jerai ini. Sempat juga aku tolong mempromosi kayuhan Betong kepada yang lain yang akan diadakan pada 17hb April 2010 nanti. Aku beritahu mereka tempat berkumpul di Pekan Baling, waktu mula kayuhan, jenis trek dan waktu tamat. Ramai juga yang belum pernah ke Betong berminat untuk mengambil bahagian. Aku juga menerangkan bagaimana hendak kesana, apa yang perlu, bagaimana melalui komplek imegresen dan kastam kedua dua negera. Sempat juga sembang tentang kedai basikal Betong, harga dan barang yang terdapat disana.
Kali ini minum bayar sendiri. Hendak belanja pun kerana terlalu ramai. Tetapi semua yang ada nampak senang dengan keputusan tersebut. Aku kira pada hujung minggu beginilah tuan punya kedai mendapat rezeki lebih sedikit dari hari biasa. Cuma nak komen gerai tersebut perlu menambah bilangan kerusi meja dan barangan makanan yang dijual. Ia akan menjadikan gerai itu sebagai lokasi rehat dan rawat untuk pengayuh basikal yang setiap masa makin bertambah bilangan.
Aku adalah orang yang paling akhir sekali sampai ke kaki gunung. Yang lain sampai awal 15 minit dari aku. Aku pernah nyatakan bahawa aku tidak berani turun laju. Kelajuan maksima aku hanyalah 30km/j sahaja. Semasa menuruni terdapat dua kumpulan lain sedang melakukan pendakian, kumpulan pertama sedang berehat di kawasan muzium perhutanan manakala satu kumpulan lain baru memulakan pendakian. Waktu sudahpun 11.30 pagi. Mesti sampai kepuncak lepas jam 1.30 tengah hari. Tidak mengapa lah kerana keadaan yang sejuk dan nyaman di atas sana.
Satu perbezaan kali ini ialah resort Gunung Jerai tidak lagi membenarkan pengayuh basikal memasuki kawasan resort. Hanya mereka yang menginap di hotel sahaja yang dibenarkan masuk. Mungkin ada perkara yang tidak diingini berlaku atau mungkin penghuni hotel tidak senang dengan kehadiran basikal.
Walaupun telah lama sampai Johari menunggu aku untuk mengucapkan terima kasih sebelum balik. Beliau meminta untuk menghubungi Ramlan di Jitra agar mengatur kayuhan sebelah sana. Ada rancangan untuk mengadakan kayuhan di jalan baru dari Durian Burong dekat sempadan Thailand hingga ke Baling dengan jarak melebihi 150km sehala. Akan diberitahu kelak jika ada perkembangan baru.
Statistik :
Mula : .................. 0800 pagi
Tamat : .................11.30 pagi
Jarak : .................. biasa
Cuaca : ................ Nyaman
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan