Dua petang kebelakangan ini hujan turun dengan lebatnya menamatkan kemarau panjang yang bermula pada akhir tahun 2009. Kalau hujan masih tidak turun, kawasan ini akan menghadapi masalah bekalan air seperti yang dialami di negeri selatan tanah air dimana catuan air dilakukan. Di Sabah juga menghadapi kekurangan air. Semasa hujan lebat aku menghabiskan masa di veranda rumah melihat hujan yang lebat dan rasanya begitu lama tidak melihat keadaan demikian. Air melimpah longkang depan rumah dan jalan depan rumah kelihatan seperti sungai.
Beberapa rumah di Daerah Kuala Muda diberitakan mengalami kerosakkan kerana angin kencang yang datang bersama hujan lebat. Keadaan begini sering berlaku di sebelah sini.
Kayuhan pagi ini aku rasakan udara begitu nyaman dan rasa segar kerana dibersihkan oleh hujan yang turun. Gunung Jerai yang selalunya kelihatan samar kerana diselubungi debu dapat dilihit dengan jelas dan terang. Jalan raya kelihatan bersih kerana kebanyakkan batu batu kecil dan sampah sarap ditepi jalan dihanyutkan oleh air hujan.
Aku membuat kayuhan melalui pekan Semeling menuju ke Taman Perkelahan / Taman Rekreasi Tupah. Sengaja melalui jalan ini kerana ianya berbukit, dapat juga menegangkan otot otot kaki. Member dari Pinang Tunggal ada menyatakan hasrat untuk buat kayuhan ke Gunung Jerai pada hari Sabtu 03 April yang akan datang. Sekurang kurangnya dapat juga aku jadikan kayuhan hari ini sebagai persediaan. Jalan masih lembab dan aku kena berhati ketika menuruni kawasan rekreasi ini.
Kemudian aku berhasrat untuk membuat kayuhan ke Makam Muzaffar Shah yang terletak di belakang MRSM Merbok. Jalan ke makam tidak bertar dan kerana ketiadaan tanda arah aku tersasar hingga sampai ke kuala Sungai Batu Besi. Aku belum pernah sampai ketempat ini. Disini terdapat sebuah restoren yang agak besar dan mengikut penduduk disitu, restoren itu hanya dibuka disebelah petang hingga ke malam. Semasa menikmati pemandangan disini, aku perasan bahawa restoren ini boleh dilihat dari atas jambatan Semeling. Berdekatan dengan kuala sungai ini terdapat dua kilang ikan bilis yang sedang menjalankan operasi.
Aku menyusuri jalan kampong pelahan sambil memerhatikan suasana dan keadaan orang kampung. Walaupun rumah jauh kependalaman tetapi kelihatan setiap rumah mempunyai kelengkapan asas dan tidak kurang juga yang mempunyai kereta dan motor. Ditebing sungai aku berjumpa sesaorang yang bersiap untuk menangkap ketam dihutan bakau di tebing sungai. Sempat berbual dengannya. Aku bertanyakan berapa tangkapan harian. Mengikutnya dapat tangkapan sehingga lebih lima kilo ketam, harga borong antara RM8 hingga RM10 sekilo. Menurutnya lagi masalah utama yang dihadapi ialah kera yang mencuri umpan didalam bubunya. Semasa bebual sebiji motor yang dinaiki oleh anak muda lalu dan aku diberitahu penunggang motorsikal itu seorang penagih dadah, baru keluar dari pusat serenti dan sering mendatangkan masalah pada penduduk.
Disatu kawasan aku melihat satu bangunan tidak berdinding dan pagar besi yang di cat kuning. Terus aku buat keputusan itulah Makam Muzaffar Shah yang aku cari. Kerja senggaraan kawasan sudah agak lama tidak dilakukan kerana rumput dan lalang memenuhi kaawasan tersebut. Aku memasuki kawasan berpagar yang tidak berkunci dan melihat ada empat makam dalam komplek tersebut. Satu besar dan tiga lagi kecil. Juga tiada keterangan berkenaan kubur kubur tersebut. Aku mengambil beberapa keping gambar dan kemudian beredar untuk meneruskan perjalan pulang.
Aku singgah di komplek Arkealogi Sungai batu Besi sebelah kiri jalan, bahagian ini belum pernah aku lawati. Pada lokasi yang mula aku lawati, ada enam orang pekerja sedang menjalankan kerja menggali tapak arkealogi dan seorang di tempat ayakan. Dua orang lagi sedang membuat kerja dan memasukkan data ke dalam komputer. Apa yang dapat dilihat adalah longgokkan batu batu yang digunakan oleh manusia zaman dulu. Kemudian aku ke lokasi lain yang terletak lebih kurang 200 meter.
Tempat ini lebih menarik kerana disinilah tempat dimana kilang membuat besi ditemui. Petugas disitu memberikan penerangan mengenai tempat tersebut. Tiada lagi aktiviti penggalian dan pencarian dilakukan disini. Khemah sementara ini akan digantikan dengan bangunan kekal untuk dijadikan muzium. Aku sempat bertanyakan soalan soalan yang selama ini tidak terjawab.
a. Siapa yang mula jumpa tempat ini
b. Kenapa semasa pembersihan untuk tanaman sawit atau getah dahulu tidak jumpa
c. Siapa punya ladang, status tanah sekarang
d. Siapa pekerja
e. Adakah lagi tempat lain seperti ini
f. MACAM MANA TAPAK INI TERKAMBUS ?
g. Apa masalah yang dihadapi untuk kerja kerja ekskavasi ini
Tempat ini lebih menarik kerana disinilah tempat dimana kilang membuat besi ditemui. Petugas disitu memberikan penerangan mengenai tempat tersebut. Tiada lagi aktiviti penggalian dan pencarian dilakukan disini. Khemah sementara ini akan digantikan dengan bangunan kekal untuk dijadikan muzium. Aku sempat bertanyakan soalan soalan yang selama ini tidak terjawab.
a. Siapa yang mula jumpa tempat ini
b. Kenapa semasa pembersihan untuk tanaman sawit atau getah dahulu tidak jumpa
c. Siapa punya ladang, status tanah sekarang
d. Siapa pekerja
e. Adakah lagi tempat lain seperti ini
f. MACAM MANA TAPAK INI TERKAMBUS ?
g. Apa masalah yang dihadapi untuk kerja kerja ekskavasi ini
Sebelum sampai kerumah aku berhenti untuk menjamu selera nasi gulai ikam sembilang di restoren kepunyaan bekas rakan sekerja aku dahulu. Aku kagum dengan usaha gigihnya, walaupun kakinya cacat kerana di potong sedikit akibat kencing manis, beliau mengusahakan bendang padi seluas 30 relong, lembu feedlots tidak kurang 20 ekor dan mengusahan kedai makan ini.
Statistik :
Mula : ................... 8.00 pagi
Tamat : ................. 10.30 pagi
Jarak : .................. 38 km
Cuaca : ................ Nyaman, panas
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan