Sementara menunggu member sampai dari Jitra, aku berbual dengan beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Alor Setar yang ada membuat aktiviti riyadah dan hari keluarga di Taman Rekreasi Sungai Teroi bersebelahan dengan Muzium Perhutanan. Baru aku tahu yang kebenaran perlu diperolehi dari Jabatan Perhutan untuk mengadakan aktiviti di kawasan perkelahan tersebut. Banyak syarat syarat yang perlu patuhi seperti syarat untuk memasak, menggunakan peralatan, mendirikan khemah dan sebagainya.
Hari Sabtu memang ramai pengunjung dan jabatan kerajaan yang melakukan aktiviti riyadah disini. Kadangkala lebih dari lima kumpulan yang membuat aktiviti disana. Terpaksa berkongsi kawasan, siapa sampai dahulu, mereka akan dapat tempat yang elok. Aku difahamkan kebanyakkan kakitangan akan membuat pendakian berjalan kaki bersama keluarga untuk sampai ketempat perkelahan.
Mereka yang berbual dengan aku berasa kagum kerana ramai yang membuat kayuhan berbasikal ke puncak gunung. Belbagai soalan yang diajukan untuk mengetahu lebih lanjut sukan ini. Sempat juga aku terangkan serba sedikit sejarah berbasikal aku, bila mula, kenapa, bagaimana mula berkayuh, harga basikal, kelengkapan, kenapa perlu memakai glove, helmet, apa yang perlu dibawa dan lain lain. Dalam masa sama sempat juga aku 'racun' mereka untuk melakukan apa saja jenis sukan untuk kesihatan terutama berbasikal. Aku tengok badan masing masing 'tidak begitu sihat'.
Tengah syok berbual member aku sampai, lambat sedikit dari masa yang dijanjikan. Aku faham. Member dari Pinang Tunggal lansung tidak nampak batang hidung. Tidak jadi datang. Aidil agak terkejut nampak aku kerana berat badan aku telah turun begitu ketara. Mungkin kerana sudah lebih dua tahun tidak berjumpa.
Beberapa riders lain berkumpul di kedai makan, agaknya menunggu yang lain. Nampak gaya mereka ni sudah selalu membuat kayuhan pendakian Gunung Jerai ini. Mereka memulakan kayuhan 10 minit awal.
Aku kira secara tidak rasmi menjadi 'si-fu' atau 'marshall' kepada member dari Jitra kerana mereka belum pernah berkayuh disini. Pulak tu dua dari tiga orang member telah lama tidak membuat kayuhan kerana kesibukkan kerja. Tidak pasti samada mereka boleh menghabiskan kayuhan atau tidak. Bagi aku yang penting ialah semangat dan azam. Jangan cepat mengaku kalah dan jangan pula terlalu confident. Kayuh ikut keupayaan diri sendiri, jangan ikut orang lain. Biar lambat asalkan sampai. Berehat jika letih. Aku diberitahu mereka tidak sempat untuk sarapan pagi. Ini agak mendukacitakan kerana persiapan seperti makanan dan minuman penting untuk kayuhan sebegini.
Pada mula aku ikut bersama mereka, tetapi kemudian aku teruskan kayuhan mendahalui mereka. Aku berhenti di Muzium Perhutanan dan menunggu mereka sampai. Sebelum berhenti aku memotong dua tiga pengayuh kumpulan yang aku jumpa dibawah tadi. Mereka juga berehat di kawasan muzium sebelum meneruskan pendakian.
Apabila sampai di atas kami melawati sekitar resort, semua setuju yang resort ini mengalami banyak perubahan. Terdapat ramai pengunjung hari ini kerana hujung ,minggu dan musim cuti sekolah. Pada mulanya kami berminat untuk menjamu selera di hotel tersebut tetapi terpaksa dibatalkan. Kami keluar dari resort menuju ke satu-satunya gerai makanan di puncak gunung. Tiada banyak pilihan minuman dijual dan tiada lansung makanan melainkan mee maggi dan sedikit snek. Tetapi satu yang pasti ialah suasana dan udara yang nyaman. Kumpulan basikal yang mendahului kami tadi juga berada disana. Sempat berkenalan dan berbual.
Tahu apa topik perbualan..... tentunya pasal basikal. Salah seorang ingin menjual basikal Giant nya kerana hendak membeli basikal yang lebih canggih. Katanya basikal tyersebut dibeli dengan harga RM 2 ribu tetapi telah membuat upgrading lebih dari RM1,000. Ini yang aku paling tidak suka. Senang berkawan dengan rider lain tetapi topik semua pasal basikal. Harga, part yang canggih, barang yang ditukar .... oh fed up lah.
Kami singgah di Taman Rimba/Taman Rekreasi Sungai Teroi semasa perjalanan pulang, kerana seorang member aku adalah kakitangan Jabatan Kesihatan dan terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan. Beliau menjemput untuk makan tengahari bersama mereka. Pada mula kami setuju tetapi menjadi malu pula kerana terlalu ramai orang. Kami turun ke kaki gunung menaiki 'SUT Nissan Frontier' member. Sebelum pulang kerumah kami makan tengahari di restoren nasi kandar di Komplek Jerai, Gurun.
Personally, ini adalah kayuhan ketiga buat aku. Aku lebih berkeyakinan dan lebih bertenaga berbanding dengan kayuhan sebelumnya. Member kagum keatas keupayaan aku. TQ.
Statistik :
Member : ............... Ramlan, Rozy dan Aidil
Mula : ..................... 8.30 pagi
Sampai : ................. 10.15 pagi
Berhenti : ............... 15 minit
Cuaca : ................... cerah
Jarak : .................... samalah macam dulu
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan