Rancangan untuk membuat kayuhan Gunung Jerai pada pagi ini 06 Mac 2010 bersama enam orang rakan lain tidak kesampaian kerana masalah peribadi. Oleh kerana aku sudah bertekad aku teruskan juga niat walaupun seorang diri. Aku bertolak awal dari rumah menaiki kereta dan sampai dikaki bukit pada jam 0800 pagi. Sebaik saja aku parking kereta kelihatan tidak kurang enam atau tujuh rider lain mundar mandir, mungkin menunggu rakan rakan lain sebelum memulakan kayuhan.
Selesai memasang dan membuat pemeriksaan pada basikal , aku terus membuat kayuhan. Ini adalah pendakian aku kali kedua, yang pertama lima hari lepas. Semasa pendakian km pertama kelihatan ramai orang berjogging samada turun atau naik. Dihadapan aku ada seorang pengayuh dan aku maintain jarak aku, tidak mahu memotong dia. Kelihatan dia tidak berapa upaya dan ia meneruskan kayuhan mungkin kerana aku ada dibelakang. Selepas 4 km pendakian, dia give-up dan terus berhenti. Aku meneruskan kayuhan setelah memberi salam kepadanya.
Dua pengayuh berumur lingkungan tiga puluhan memotong aku. Kelihatan mereka sudah biasa dan sangat bertenaga membuat pendakian. Basikal yang mereka gunakan pun nampak 'high end'. Tak mengapa lah aku ikut phase aku bertekad untuk sampai kepuncak. Aku berhenti rehat selama 5 minit sebelum meneruskan perjalanan.
Angin sejuk mulai bertiup setelah melepasi 5 km. Aku tidak tahu berapa ketinggian ketika itu. Aku harap aku ada meter yang boleh mengukur ketinggian. Tiupkan angin yang sejuk amat menyeronokkan.
Semasa melepasi km 6, dua pengayuh yang memotong aku tadi menuruni bukit dengan laju. Cepatnya mereka sampai keatas.
Aku sampai dipuncak hampir jam 1000 pagi. Kali ini aku tidak masuk kawasan resort tetapi cuma berehat diluar pintu masuk utama. Setelah berehat selama 5 minit aku memulakan kayuhan menuruni gunung.
Beberapa kumpulan kecil terdiri dari murid sekolah dan orang dewasa sedang mendaki gunung, mungkin mereka dalam perjalanan kekawasan perkelahan dan air terjun. Disuatu kawasan rehat pada Km6, kelihatan sekumpulan pengayuh basikal sedang berehat. Oh.. rupanya kumpulan yang aku nampak sebelum memulakan kayuhan tadi sedang berehat. Patutlah aku tidak berjumpa mereka di puncak gunung tadi.
Kemajuan dari kayuhan lepas :a. Aku berasa lebih confident/berkeyakinan dengan kayuhan kali ini kerana sudah tahu selok belok jalan.
b. Kali ini aku lebih banyak menggunakan gear, menukar kepada gear lebih tinggi dimana boleh. Ini meningkatkan kelajuan sedikit.
c. Tempat berhenti pertama lebih jauh dari dulu, maknanya aku mampu membuat kayuhan lebih jauh sebelum berhenti.
d. Kekerapan berhenti berkurangan. Pada kayuhan pertama dahulu aku berhenti empat kali sebelum sampai ke puncak. Kali ini aku berhenti cuma dua kali.
e. Kantung air lebih pada setengah semasa sampai kepuncak.
f. Lebih dapat mengawal (control) dengan lebih baik semasa menuruni gunung.
g. Masih bertenaga bila sampai kebawah.
Aku akan jadikan kayuhan gunung ini sebagai kayuhan berkala.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan