Sudah agak lama aku memikirkan untuk menukar nama URL blog ini dan akhirnya aku membuat keputusan pada malam ini. Blog asal adalah blog pertama aku, pada masa itu aku tidak berfikir panjang tentang penting nya nama, atau bagaimana nama akan membuatkan blog tersebut senang dilayari.
Biasa lah, buat dahulu baru nak belajar.
Rasanya nama baru iaitu 'Kayuh sorang je' lebih glamour. Aku terfikir mahu menggunakan nama tersebut pada kayuhan terakhir aku ke Gunung Jerai. Beberapa orang termasuk pengawal resort, pekerja dan kakak yang berniaga diluar resort menegur aku dan bertanya "kayuh seorang sahaja ke, mana yang lain?".
Kayuh seorang pun bolehkan, mungkin kurang seronok tetapi tidak sedikit pun menjejaskan kayuhan. Kayuah secara solo banyak kelebihan, boleh mula pada bila masa, boleh kemana sahaja, boleh ambil masa tersendiri, bila hendak berhenti, apa hendak buat dan banyak lagi lah. Kesimpulannya tidak terikat pada mana-mana atau sesiapa.
Jadi tajuk blog 'kayuh sorang je' ini sesuai untuk blog ini. Bukanlah aku anti social, aku akan terus berbasikal dengan mana mana individu atau kumpulan pada bila bila atau bila mendapat pelawaan atau dijemput, tetapi aku lebih kepada kayuhan solo.
Antara sebab lain aku memilih tajuk ini ialah :
- sebutan yang selamba
- boleh ditafsirkan sebagai soalan, kenyataan atau pemula
- lebih menggambarkan kandungan blog
- tidak terlalu khusus
- senang untuk diingat
Antara sebab lain aku memilih tajuk ini ialah :
- sebutan yang selamba
- boleh ditafsirkan sebagai soalan, kenyataan atau pemula
- lebih menggambarkan kandungan blog
- tidak terlalu khusus
- senang untuk diingat
Kepada semua rakan, sahabat dan semua yang melayari dan mengikuti blog yang lepas iaitu 'http://zinbicycles.blogspot.com' diucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan terus mengikuti URL baru ini.
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan