Setelah dua kali berjaya membuat kayuhan pendakian Gunung Jerai, aku berazam untuk menawan Gungung Inas pula. Gunung Inas terletak di perjalanan antara Baling dan Pengkalan Hulu, Perak. Aku kerap membaca dalam blog kelab basikal tentang susahnya kayuhan ini, sampai ada yang mengelarkan gunung neraka (???...) tetapi ada pula yang menulis mengatakan laluan ini menjadi laluan biasa mereka.
Pada mulanya aku ingin membuat kayuhan solo je sebab rakan rakan lain kebanyakkan akan pergi ke Kayuhan Jamboree Perlis yang berlansung esok, Ahad 14 Mac 2010. Aku tidak kisah sangat kayuh seorang pun kerana aku sudah biasa dengan kayuhan solo.
Secara kebetulan aku teringat kepada kawan lama aku Johari yang sudah lebih enam bulan tidak berjumpa dan berjayuh sama. Kali terakhir berkayuh dengan Johari ialah kayuhan ke Sik melalui Kuala Ketil, Parit Panjang, Batu Lima Sik, Sik, Jeniang, Gurun, Sg petani sejauh 130km pada tahun 2009. Aku telefon dia dan ajak untuk buat kayuhan Baling-pengkalan Hulu. Dia setuju. Setengah kemudain dia call pula mengatakan ada seorang member hendak ikut serta. Aku amat mengalu alukan kehadiran rakan lain.
Kami sampai di Pekan Baling pada jam 8.20 pagi dan parking kereta di perkarangan Masjid Pekan Baling. Memulakan kayuhan sebaik sahaja siap memasang basikal melalui tengah Pekan Baling, masa itu kebanyakkan kedai masih belum dibuka.
Dua kilometer pertama jalan agak landai (rata) dengan sedikit pendakian. Selepas simpang tiga ke Rembong pendakian bermula hinggalah ke kawasan Rehat dan Rawat, R&R Gunung Inas. Pendakian ini sejauh 6 km dengan gradient yang akan tinggi. Tetapi tidak boleh dibandingkan dengan kayuhan pendakian Gunung Jerai yang lebih mencabar. Speed aku masa tu kurang dari 7km/j, tetapi kira OK lah untuk kali pertama. Aku mendapat tahu ketinggian pendakian hanyalah lebih kurang 380 meter.
Semasa pendakian ada seorang rider menuruni bukit, sempat mengangkat tangan. Aku berhenti di R&R dan sedih melihat keadaan tempat tersebut. Dipenuhi semak samun, tempat permainan kanak kanak penuh dengan semak, tidak diurus dan dibersihkan. Gerai gerai makanan semuanya tutup. Tidak seperti beberapa tahun lalu. Hanya satu yang menceriakan iaitu cuaca dan angin bertiup yang sejuk.
Diperhentian tersebut dua rakan aku sedang menunggu dan ada lagi dua orang riders. Mereka adalah dari balai polis Pengkalan Hulu. Seorang pegawai dan seorang lagi berpangkat sarjan. Mereka mengajak kami turun ke pekan Pengkalan Hulu untuk minum. Mereka juga mempelawa kami berkayuh ke Betong, Thailand yang jaraknya hanya tujuh km dari Pekan Pengkalan Hulu. Tidak perlu passport atau border pass kerana pihak Thailand memang mengalu-alukan pengayuh basikal. Syarat utama adalah berpakaian basikal penuh dan basikal yang sesuai seperti moutntain bike atau road bikes. Oleh kerana kesuntukkan masa kami menolak tawaran tersebut dan berjanji akan datang lagi dalam masa terdekat. Kayuhan pulang ke Baling hanya mengambil masa 15 minit untuk jarak 12 km kerana menuruni bukit. Sampai kerumah pada jam 12.15.
Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan kayuhan ini kerana mencapai matlamat untuk membuat pendakian Gunung Inas. Seronok kerana membuat kayuhan bersama rakan rakan yang faham, mempunyai semangat kesukanan dan amat menghormati erti persahabatan. Gembira kerana dapat berkenalan mesra dengan geng basikal dari Pengkalan Hulu. Kepada rakan baru, kami akan berikan sambutan yang sama jika berkunjung dan berkayuh di Sungai Petani.
Statistik Kayuhan :
Mula : ........................8.30 pagi Baling
Tamat : ......................9.30 pagi Pengkalan Hulu
Jarak : .......................12 km oneway
Cuaca : ......................Nyaman
Trek : ........................ Baling - Pengkalan Hulu - Baling
Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan kayuhan ini kerana mencapai matlamat untuk membuat pendakian Gunung Inas. Seronok kerana membuat kayuhan bersama rakan rakan yang faham, mempunyai semangat kesukanan dan amat menghormati erti persahabatan. Gembira kerana dapat berkenalan mesra dengan geng basikal dari Pengkalan Hulu. Kepada rakan baru, kami akan berikan sambutan yang sama jika berkunjung dan berkayuh di Sungai Petani.
Statistik Kayuhan :
Mula : ........................8.30 pagi Baling
Tamat : ......................9.30 pagi Pengkalan Hulu
Jarak : .......................12 km oneway
Cuaca : ......................Nyaman
Trek : ........................ Baling - Pengkalan Hulu - Baling
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan