Walaupun aku mengambil masa dua jam untuk sampai ke puncak Gunung Jerai aku berbangga dengan kejayaan cubaan pertama. Dengan umur yang sudah mencecah 55 tahun, aku berasa megah dapat menghabiskan kayuhan hingga ke puncak dan kembali ke kaki gunung.
Aku sengaja memilih hari Isnin untuk membuat kayuhan kerana aku 100% pasti tiada pengayuh basikal lain, manalah tahu mereka akan tertawakan aku kalau aku tidak berupaya menghabiskan pendakian. Tambahan pula kenderaan kurang melalui jalan tersebut pada hari bekerja.
Semasa kayuhan ke puncak, suasana, cuaca dan keadaan sekitar mengingatkan pendakian/kayuhan Bukit Fraser pada April 2008 bersama team Kepala Batas Cycling Club KBCC, Pulau Pinang. Kayuhan Gunung Jerai ini jauh lebih mencabar walaupun jaraknya hanya 12 km berbanding dengan 30 km di Bukit Fraser.
Bagi aku sebagai penduduk Sungai Petani, Gunung Jerai samalah seperti Petronas Twin Tower KLCC di Kuala Lumpur. Dimana sahaja kita berada di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan kita akan nampak dua menara buatan manusia tersebut. Gunung Jerai begitu juga, jelas kelihatan dari selatan sejauh Seberang Jaya, dari Kuala Ketil sebelah timur (mungkin terlindung oleh bukit bukau lain), dari Jitra sebelah utara dan sudah tentunya jelas kelihatan dari Selat Melaka dan Teluk Benggala disebelah Barat. Oleh sebab itu ianya digunakan sebagai panduan oleh pelayar dahulu dan menyebabkan kewujudan temadun di Lembah Bujang yang lebih lama dari Sejarah Melaka.
Kayuhan ke puncak mencapai ketinggian 1,200 meter (3,990 kaki) dimana terdapat sebuah resort pelancongan. Puncak sebenar Gunung Jerai ialah pada paras 1,380 meter (4,140 kaki) dan disinilah terletaknya pemancar-pemancar peralatan komunikasi penting. Kawasan Gunung Jerai diwartakan sebagai 'recreational park' merangkumi kawasan resort, Taman Rimba Sungai Teroi, Tangga Kenari dan Kawasan Mezium Arkeologi Lembah Bujang.
Dua kilometer sebelum sampai ke hill resort terdapat Muzium Perhutanan. Muzium ini ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf. Aku juga pernah terbaca tentang ladang Strawberry di puncak gunung tetapi tidak berkesempatan kesana dan tidak tahu sama ada ia masih beroperasi.
Dua kilometer sebelum sampai ke hill resort terdapat Muzium Perhutanan. Muzium ini ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf. Aku juga pernah terbaca tentang ladang Strawberry di puncak gunung tetapi tidak berkesempatan kesana dan tidak tahu sama ada ia masih beroperasi.
Kali terakhir aku datang ke resort ini adalah pada akhir tahun 2004, pada hari tsunami melanda Acheh di Sumatera Utara dan Pantai Kuala Muda. Dalam tempoh lima tahun resort tersebut telah mengalami banyak perubahan, banyak bangunan di ubahsuai dan ditambah. Pengendali resort pon telah bertukar dan taraf resort pun meningkat. Walaupun begitu, aku perhatikan tiada pengunjung pada hari ini dan aktiviti yang ada ialah pekerja Indonesia yang membuat kerja kerja penambahbaikan pada bangunan dan taman. Resort ini hanya dipenuhi pelawat pada hari-hari cuti umum dan cuti sekolah.
Akses talian handphone masih pada tahap lama, aku cuba membuat beberapa panggilan kepada rakan rakan yang lain untuk berkongsi pengalaman kayuhan tetapi talian amatlah menghampakan.
Semasa menuruni gunung, aku amat memberi tumpuan lebih kepada kelajuan. Basikal aku tidak dipasang dengan disc brake. Aku hanya berani mencecah kelajuan tidak melebihi 25km/j. Alhamdullillah aku selamat sampai kebawah tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini.
Aku pasti akan kembali membuat pendakian dalam masa terdekat. Mungkin bersama rakan rakan yang lain.
Statistik
Pendakian
Mula : 08.30 pagi
Tiba : 10.35 pagi
Berhenti : 3 x (lebihkurang 15 minit)
Cuaca : Redup. Sejuk.
Jarak : 12 km
p.s. Hari ini bermula LTdL siri 2010 (yang ke 15) di Kota Baru Kelantan
p.s. Hari ini bermula LTdL siri 2010 (yang ke 15) di Kota Baru Kelantan
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan