Dalam perjalanan dari Kucing ke Santubung pada hari Sabtu 05 Mac 2011, aku melihat satu kumpulan hampir 30 orang roadbikers sedang membuat kayuhan di luar Bandar Kucing. Mungkin ini adalah organised ride kerana terdapat marshall dan pengendali traffic dipersimpangan jalan. Rasanya aku seorang sahaja yang memberikan tumpuan kepada event tersebut kerana yang lain didalam bas tersebut tidak langsung memberikan sebarang reaksi.
Semasa bergerak keluar dari Bandar Kucing aku juga melihat beberapa kumpulan kecil yang sedang bersedia membuat kayuhan. Suasana sama sahaja dengan disebelah sini. Ada yang sedang menikmati breakfast sebelum kayuhan, ada yang sedang menunggu rakan rakan lain dan ada yang memeriksa basikal. Basikal yang digunakan sama seperti yang ada di semenanjung.
RM60.00 untuk satu jam |
Hari kedua Sabtu 05 Mac 2011 menaiki bas untuk jam 9.00 pagi untuk ke Pasar Tani Satok. Sepatutnya kami melawati Muzuim negeri yang terletak bersebelahan Merdeka Palace Hotel tetapi ramai diantara ahli rombongan terutama yang perempuan mahu terus ke pasar tani. Tujuan mereka ialah membeli 'ikan terubok masin' untuk dibawa pulang. Aku dapat tahu ikan terubok tersebut bukannya ikan tempatan tetapi ikan yang di import dari India atau Bangladesh.
Kemudian kami ke kilang kek Dayang Salhah yang terletak diseberang sungai dari Bandar Kucing. Kami disambut dengan cara yang agak istimewa, diberi pelekat yang di tampal pada baju, kononnya akan mendapat diskaun apabila membuat pembelian. Dihidangkan dengan sampel semua jenis kek yang di buat disini. Apa lagi aku makan hingga kenyang sebelum membeli dua potong kek berharga RM10.00 setiap satu. Oh diskaun... beli 10 dapat satu percuma.
Kemudian kami bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri, tidak dapat masuk kerana ditutup pada hujung minggu. Sempat ahli rombongan bergambar di tebing sungai dan di luar bangunan. Bersebelahan adalah Astana Negeri, kediaman yang Dipertua Negeri?
Satu lagi persinggahan ialah muzium kucing yang terletak di Petra Jaya. Disini kita dapat mengetahui serba serbi pasal kucing. Aku tidak masuk kedalam muzium kerana kurang minat. Hanya berada diluar bangunan. Aku tidak dapat menikmati pemandangan semasa perjalanan ke Santubung kerana tidur, keletihan semalam maih belum hilang.
Bersama kaum Penan |
Terpancar kepuasan pada wajah wajah ahli kumpulan semasa menaiki bas untuk pulang ke Kucing. Mungkin keletihan kerana tidak banyak kedengaran mereka bersembang. Kelebihan kepada kita yang kerap melakukan senaman dan kayuhan. Sebelah malam adalah acara bebas. Tidak ramai yang keluar dari hotel, mungkin kerana keletihan atau mungkin ketiadaan aktiviti yang menarik di bandar ini pada sebelah malam. Tumpuan adalah di Water Front dengan aktiviti berjalan jalan, manakala gerai makanan dan pasar malam terletak di kampung Melayu seberang Sungai Sarawak. Banyak juga gerai dibuka di diwaterfront tetapi harga makanan agak lebih sedikit. Maklum lah untuk pelancong.
Program hari ketiga Ahad 06 Mac 2011 ialah ke pasar minggu Serikin yang terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan. Difahamkan kebanyakkan peniaga adalah warga Indonesia yang membawa masuk barangan untuk di jual disebelah Malaysia. Ia lebih kurang sama seperti yang ada di Wang Kelian Perlis. Aku tidak berhasrat untuk membeli apa apa, cuma sekadar melihat lihat sahaja. Cuaca hari ini amat baik kerana hujan pada sebelah pagi dan mendung hingga ke petang. Agak sesuai untuk berjalan jalan.
Sebelum sampai ke Kucing rombongan singgah di kilang membuat pasu atau tembikar. Sekali lagi aku tidak berminat dan hanya melihat dari dalam bas sahaja. Acara bebas disebelah petang membolehkan ahli rombongan untuk menjelajahi Bandar Kucing secara kumpulan kecil.
Terubuk masin Sarawak |
Di pasar tani aku membeli ikan terubok masin untuk dibawa pulang untuk dihadiahkan kepada rakan rakan dan jiran. Sempat singgah di kawasan tugu bersebelahan dengan muzium negeri.
Pada keseluruhan lawatan di Kucing amatlah menyeronokkan dan besar kemungkinan akan datang lagi pada masa terdekat. Akan lebih menyeronokkan jika aku membawa basikal kesini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan