Kali terakhir aku membuat kayuhan bersama Juan adalah kayuhan Mahang - Selama bulan Feb lepas. Kelmarin dia datang ke rumah dan mengajak aku berkayuh ke Yan dan pulang melalui Guar Cempedak. Kami memulakan kayuhan tepat pada jam 7.45 pagi menuju ke Semeling dan Merbuk. Banyak tumpokan air di atas jalan kerana hujan lebat sebelah malam tadi. Kami menggunakan roadbikes dan Juan menggunakan roadbikes classic yang baru disiapkan. Dia membeli roadbikes terpakai dan membina semula menggunakan barang yang ada dalam simpanan.
Seperti biasa kami singgah di gerai roti canai di persimpangan sebelum pekan Merbuk. Sebelum duduk aku ditegur oleh seorang pelanggan. Apabila menoleh aku dapati dia adalah seorang kawan yang aku kenal semasa menghadiri khursus pelancongan yang diadakan di SP Inn, Sungai Petani pada Nov 2009. Dia bekerja di Pertubuhan Peladang Merbok yang tidak jauh dari gerai roti canai ini. Dia juga agak terkejut melihat aku disini. Walau kebiasaannya aku akan berhenti di gerai ini apabila membuat kayuhan, ini adalah pertama kali aku berjumpa dia sarapan pagi.
Hamdan Awang - Nov 2009 |
Kebanyakkan pelanggan di gerai tersebut selalu melihat aku dan Juan di sini. Mereka juga tahu kami berkayuh dari Sungai Petani. Seorang pelanggan yang duduk semeja dengan Hamdan memberitahunya bahawa Juan telah berumur 77 tahun dan masih mampu melakukan kayuhan jarak jauh. Pelanggan lain disekeliling yang mendengar juga kelihatan kagum dan seperti tidak percaya.
Apabila kami bangun untuk meruskan kayuhan, Juan tersentuh cawan air yang digunakannya semasa mencapai sarung tangan. Cawan tersebut jatuh ke lantai dan pecah berderai. Aku meminta maaf kepada tuan kedai yang mengatakan tidak mengapa.
Kedai Basikal - Pekan Yan Kecil |
Hentian kedua kami ialah di kedai basikal di Jalan Perigi, Pekan Yan Kecil. Ketika kami sampai kedai masih belum dibuka walaupun sudah jam 9.30 pagi. Kami kemudian ke kedai basikal dihadapan lampu isyarat dan Juan sempat berbual dengan tuanpunya sementara aku sekadar mencelah sekali sekala. Dihentian ketiga iaitu Pengedar Basikal 'Sin Boon Seng' yang terletak 2km sebelum Pekan Guar Cempedak. Aku melihat Dahlan Md Nor dari kedai basikal D'Nia Bikes, Pinang Tunggal sedang membeli barangan untuk stok kedai basikalnya. Juan membeli tiub basikal roadbikes sementara aku berbual dengan dua orang pelanggan dari Ipoh yang ingin melihat lihat basikal yang dijual. Aku memberitahu mereka bahawa harga basikal yang dijual disini adalah sama dengan harga yang dijual di kedai luar cuma terdapat banyak pilihan.
Kami berhenti di pekan Guar Cempedak kerana Juan ingin makan di restoren ikan bakar kegemarannya. Hari Rabu ada pasar minggu di pekan ini dan restoren masih belum memulakan perniagaan. Kami meneruskan kayuhan dan singgah untuk makan nasi di sebuah gerai berhampiran dengan kaki Gunung Jerai. Hentian ke tujuh adalah kedai basikal di pekan Gurun. Sekali lagi Juan memberi sesuatu, kali ini brake-shoe untuk roadbikes. Hentian terakhir adalah di sebuah gerai sebelum persimpangan Tol Sungai Petani Utara, Lebuhraya Utara Selatan untuk minum.
Kalau aku berkayuh seorang diri, mungkin hanya berhenti dua tiga kali berbanding dengan lapan kali pada kayuhan hari ini. Sampai kerumah aku kehabisan tenaga kerana cuaca agak panas. Mungkin hujan lebat akan turun disebelah petang. Aku diberitahu oleh seorang rakan supaya berteduh sekiranya hujan turun kerana takutkan kesan radiasi dan hujan toksik akibat tsunami, gempa bumi dan kerosakkan loji janakuasa nuklear di Jepun beberapa hari yang lalu.
......................................Boleh percaya ke ni?
Kedai Basikal - Pekan Gurun |
Kalau aku berkayuh seorang diri, mungkin hanya berhenti dua tiga kali berbanding dengan lapan kali pada kayuhan hari ini. Sampai kerumah aku kehabisan tenaga kerana cuaca agak panas. Mungkin hujan lebat akan turun disebelah petang. Aku diberitahu oleh seorang rakan supaya berteduh sekiranya hujan turun kerana takutkan kesan radiasi dan hujan toksik akibat tsunami, gempa bumi dan kerosakkan loji janakuasa nuklear di Jepun beberapa hari yang lalu.
......................................Boleh percaya ke ni?
Statistik :
Mula ............ 7.55 pagi
Tamat ...........12.30 pagi
Berhenti ...... (15 + 3 + 10 + 10 + 2 + 15 + 10 + 5) min
Berhenti ...... (15 + 3 + 10 + 10 + 2 + 15 + 10 + 5) min
Jarak ............ 80 km
Cuaca ........... Panas
Laluan .......... Merbuk - Yan - Guar Cempedak - Gurun - Sungai Petani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan