Hari ini ulang tahun penubuhan Malaysia dan sambutan hari Malaysia tahun ini dibuat serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 54 kerana 31 Ogos lalu jatuh serentak dengan tarikh hari Raya Aidil Fitri. Dalam ucapan rasmi PM malam tadi, di istiharkan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Pagi ini hari ketiga aku berkayuh tiga hari berturut turut. Aku tidak berhajat untuk pergi jauh kerana tidak mahu keletihan untuk solat Jumaat. Ada jemputan untuk membuat kayuhan melalui Gurun - Sedaka - Yan - Merbuk, lebih kurang 80km pagi ini tetapi aku menolak.
Aku mengikuti jalan Sungai Pasir ke Batu Lintang dan Tikam Batu dan berpatah balik ke Sungai Petani. Pada setengah perjalan antara Batu Lintang - Tikam Batu aku melihat sebuah gerai menjual 'mee udang' yang dihiasi indah sempena Hari Kebangasaan. Walaupun kerap melalui jalan ini dan gerai tersebut memang sentiasa dihiasi dengan bendera dan replika mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara, aku tidak ambil peduli sangat. Setakat memerhatikan dan tanpa memberikan pandangan kedua.
Entah kenapa hari ini aku berhajat untuk berhenti dan melihat secara lebih dekat. Mungkin hari ini jatuh pada hari sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Sekurang kurangnya lepas tanggungjawap sebagai seorang warga negara untuk mengimarakkan dan memeriahkan sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia.
Aku kagum dengan tuan punya gerai dan kediaman tersebut. Begitu tinggi semangat yang ditunjukkan dan sanggup menghabiskan wang ringgit dan masa untuk menghias kawasan perniagaannya. Aku difahamkan usaha tersebut selalu mendapat liputan media termasuk surat khabar dan media elektronik. Selain dari mendapat publisiti, ia juga menjadi daya tarikan kepada pelanggan. Aku puji usaha tersebut akan tetapi ada sedikit komen yang bermain dikepala aku. Aku rasa beliau terlalu ghairah untuk menghiasi hinggikan ia menjadi semak dan kalu tidak keterlaluan bendera dan perhiasan yang dipasang menjadi berserabut.
Rasanya perancangan perlu untuk menyusun supaya hiasan kelihatan kemas, tersusun rapi dan sedap dipandang. Mungkin beliau perlu mendapatkan pandangan dan nasihat orang lain. Jangan terlebih hias sehinggakan menjadi bagaikan 'ikut dan saje' kata orang Kedah.
Selain dari tempat ini tidak kelihatan pula lain lain tempat yang dihias begitu rupa. Hanya sesebuah rumah yang memasang bendera sempena menyambut hari Kebangsaan. Kedai atau tempat perniagaan juga begitu lesu untuk memasang bendera. Tidak seperti dahulu dimana kebanyakkan kedai di pekan memasang sekurang kurangnya dua bendera. Pemandu juga kini jarang memasang atau melekatkan bendera pada kenderaan mereka. Kenapa ya !
Sebelum sampai ke Pekan Tikam Batu aku ditegur oleh seseorang dari seberang jalan. Tidak pasti apa yang dikatakan. Bila aku memandang kelihatan dua orang rider sedang berdiri ditepi jalan dan aku menuju kearah mereka. Tanpa salam pengenalan mereka bertanyakan arah kayuhan dan dari mana. Mereka pula sedang menunggu seorang lagi rakan untuk berkayuh ke Pantai Merdeka dan mengajak aku ikut serta. Sekali lagi aku menolak pelawaan tersebut kerana aku sememang tidak berhasrat untuk berkayuh lama.
Sempat juga salah seorang rider tersebut meminta aku membetulkan meter basikal kerana meter tersebut tidak berfungsi. Cuma contact tidak kena mungkin secara tidak sengaja dia menyentuhnya. Bagai kebanyakkan rider lain, seorang rider tersebut mula berceloteh tentang basikalnya, tempat yang pernah dia pergi, geng nya dan yang paling aku tidak tahan tentang dirinya. Aku cuma mendiamkan diri dan berpura pura mendengar. Dia bekas seorang pensyarah dalam kesasteraan di UKM dan setelah bersara balik ke kampung asal di Kuala Muda sembilan bulan yang lalu. Bila dia bertanyakan pekerjaan aku, hanya pekerja biasa dalam loji rawatan air.
Setelah hampir 20 minit bersama mereka, rakan yang ditunggu menghubungi mereka menyatakan tidak dapat ikut serta. Aku berasa lega kerana akhir dapat memulakan kayuhan semula. Kami berkayuh kearah pekan Tikam Batu yang agak sibuk kerana terdapat pasar minggu sedang beroperasi. Apabila sampai ke persimpangan kami berpecah, aku membelok kekiri untuk pulang ke Sungai Petani manakala mereka membelok kekanan untuk ke Pantai Merdeka.
Statistik
Mula ............ 8.00 pagi
Tamat .......... 9.30 pagi
Jarak ........... 24 km
Cuaca ......... cerah
Laluan ........ Sungai Pasir - Batu Lintang - Tikam Batu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan