Halaman

Isnin, 1 April 2013

Kayuhan dengan kawan lama ....

Sememang aku sedang bersiap untuk membuat kayuhan pagi ini. Nampak cuaca agak baik dan anggapan aku suhu mungkin tidak berapa panas. Boleh buat kayuhan pendek ke Rekreasi Tupah dan Muzium Merbok. Dua tiga pendakian bukit ke lokasi tersebut akan menguatkan lagi degupan jantung dan otot otot kaki dan tangan.
Belum selesai bersiap kedengaran orang memanggil di pintu pagar. Aku tahu dah siapa.... walau tidak membuat janji aku tahu tahu SK Juan akan datang kerumah mengajak aku berkayuh pagi ini. Aku minta dia menunggu sebentar.
SK Juan baru pulang dari Australia melawat anak dan cucu yang menetap disana. Dia ke sana hampir enam bulan dan pulang pada 30 Mac lepas. Tentulah dia begitu beriya iya untuk membuat kayuhan semula. Dia mencadangkan route kayuhan dan ingin makan di gerai roti canai di Merbuk. Aku ikut sahaja. Bayang sudah enam bulan tidak dapat merasakan makanan nasi lemak, roti canai dan lain lain. Di Sydney mana ada semua tu .....
Walaupun sudah tidak melakukan aktiviti kayuhan dalam tempuh agak lama, tenaga orang tua ni masih kuat. Umur pun sudah mencecah hampir 78 tahun! Aku bermasalah untuk menghambat dia. Ada ketika dia meninggalkan aku hampir dua tiga minit dibelakang. Ok dia membawa roadbikes dan aku pula dengan mtb tetapi alasan tidak berapa kukuh untuk ditinggalkan begitu jauh.
Semasa berhenti untuk sarapan roti telur, dia bercerita panjang tentang masa di Australia. Ada juga dia membuat beberapa kayuhan disana.


Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat ............. 10.30 pagi
    Jarak ............... 50 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Sg Lalang - Bedong - Merbok
   Odometer 2013 : 01269
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan