Halaman

Sabtu, 25 Mei 2013

Jumpa geng Puteri Jaya

Sudah melepasi lebih dari setengah jarak kayuhan pagi ini. Walau sedar laluan dari persimpangan Kuala ketil hingga ke persimpangan Sidam agak berbahaya kerana sebahagian bahu jalan ditutup untuk kerja kerja menaiktaraf, aku ingin melalui jalan pulang ke Pinang Tunggal melalui Pantai Prai. 
Tiada apa peristiwa atau menarik sepanjang lebih 25 km sejak mula dari rumah. Tidak nampak rider lain dihala sama atau yang datang dari arah bertentangan. Apa yang asyik aku fikirkan kenyaman suasana pagi melalui ladang dan kawasan kampung.
Aku tidak sabar untuk menghabiskan kayuhan dan memikirkan dimana kedai atau singgah untuk sarapan sebelum pulang. Sebaik memasuki Kampung Pantai Prai aku mellihat kelibat empat orang rider keluar dari persimpangan disebelah kanan. Sepintas lalu aku kenal bentuk badan rider yang dianggap ketua kumpulan tersebut. Sebaik sampai aku terus teriak nama Johari walaupun aku masih belum melihat muka sepebuhnya.
Dia juga secara spontan menjawab dan memanggil nama aku tanpa perlu menoleh kebelakang. Yakin sungguh bila mendengar bunyi suara yang memanggil. Terus dia menyuruh berhenti dan singgah di 'port', sebuah kedai makan yang hampir tersorok dibawah rimbunan pokok. Aku tidak pernah singgah disini sebelum ini. Kedai ini menjual nasi berlauk dan sedikit kuih muih. Tiada apa yang istimewa cuma ia satu satunya kedai dilaluan ini.
Tidak ingat bila kali terakhir kami berkayuh sama. Mungkin dua atau tiga tahun lalu. Seronok berjumpa dengan kawan lama sekali sekala. Aku dan Johari pernah berkayuh ke Sik, Pengkalan Hulu, Gunung Jerai dan beberapa tempat lain sebelum dia berpindah dari Taman Bersatu ke Bandar Puteri Jaya beberapa tahun lalu. Sesekali kami bertembung dalam keadaan begini.
Kami bercerita dan bertukar tukar khabar dan cerita. Kebanyakkan tentang kayuhan basikal. Hampir satu jam aku bersamanya dikedai makan ini dan akhirnya aku meminta diri untuk meneruskan kayuhan pulang.

Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.45 pagi
    Jarak ............... 44 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Lencongan timur - Sidam - Pantai Prai - Pinang Tunggal
   Odometer 2013 : 02072
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan