Halaman

Rabu, 8 Mei 2013

Ramai yang masih sedih

Selepas kayuhan pendek pagi tadi, aku pergi ketempat dimasa kawan kawan berkumpul. Tempat agak jauh dari rumah iaitu hampir 7 km. Selalunya aku akan kesana kira kira hampir jam 11.00 pagi dan akan berada disana untuk satu atau dua jam iaitu sebelum masa makan tengah hari.
Pagi ini aku sampai agak awal kerana ada urusan membayar upah katering yang ditempah untuk 30 hb April dan 01 Mei lalu yang ditempah oleh SKM Kuala Muda. Tempahan makanan adalah kerana program yang dianjurkan di Taman Melinja, Semeling. Agak lewat pembayaran kepada pembekal. Pada perjanjian awal, bayaran penuh perlu dibuat sebelah petang setelah selesai majlis pada 01 Mei lalu. Kerana beberapa masalah kecil pembayaran tertangguh. Kesian pembekal makan tersebut. Harap tidak terjejas modal perniagaan harian.
Selesai urusan aku terus singgah di tapak jualan Lemang Pak Teh. Hanya terdapat seorang dua berada disana. Sepatutnya pada ketika ini, tidak kurang empat atau lima orang termasuk mereka yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan lemang. Di gerai menjual makanan bersebelahan juga masih belum ramai pelanggan datang untuk makan tengah hari.
Bila aku bertanya dimana yang lain, jawapan yang aku terima ialah yang lain itu masih berkabung diatas kekalahan calon dan parti yang mereka sokong pada PRU 13 yang baru berlalu. Ada yang masih belum dapat menerima hakikat bahawa pemilihan secara demokrasi telah diadakan. Dalam setiap pemilihan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Terima sahajalah keputusan. Jangan bersedih dan jangan ada sebarang syak wasangka. Jika sekiranya berlaku tiada bukti kukuh.
Aku rasa sedih juga dan memandangkan suasana tidak begitu seronok tanpa kehadiran kawan kawan lain, aku beredar awal. 

Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.15 pagi
    Jarak ............... 28 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Semeling - Tupah
   Odometer 2013 : 01697
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan