Halaman

Jumaat, 14 Februari 2014

boleh berkayuh bila bila ....???

Dua tiga bulan dahulu kurang dapat berkayuh kerana musim hujan. Kini kurang berkayuh kerana musim panas yang melampau yang juga diiringi angin timur kencang. Tetapi masih dapat curi curi sedikit masa untuk berkayuh terutama sebelah pagi sebelum matahari naik.
Sebelah petang jangan haraplah untuk keluar berkayuh. Walau sudah jam enam petang, suhu pancaran matahari masih panas. Elok duduk didalam rumah sahaja.
Disini kita mengalami musim kemarau dimana sudah hampir satu bulan tiada hujan lansung tetapi di Sabah pula mengalami banjir.
Beberapa hari lalu terbaca dalam akhbar harian tentang debu dari gunung berapi Sinabung meletus di Sumatra Utara dibawa ke semenanjung. Kementerian Kesihatan menasihatkan agar orang ramai mengurangkan aktiviti luaran takut kalau terhidu debu gunung dan akan menjejaskan kesihatan. Patut la tiga empat hari kebelakangan ini langit nampak gelap pada sebelah pagi bagai hendak hujan tetapi langit menjadi cerah pada pertengahan pagi. Kata orang debu tersebut naik tinggi keudara pada siang hari dan mendap ke bawah apabila malam.
Tidak pasti pula debu tersebut sampai ke kawasan utara semenanjung terutama sebelah Kedah. Satu yang pasti cahaya bulan purnama penuh dua tiga malam lalu tidak nampak kekuningan tetapi kemerahan. Mungkin langit diselubungi debu dari gunung berapi tersebut. 
Malam tadi cukup bulan penuh dan kaum cina menyambut malam Cap Goh Meh iaitu tamatnya perayaan tahun baru cina. Sesetengah tempat amoi cina mencampakkan buah limau mandarin kedalam laut atau sungai dengan harapan mendapat suami yang diimpikan.
Siapa kata penggemar basikal di Malaysia ini beruntung kerana boleh berkayuh pada bila bila masa. Tiada musim luruh atau musim sejuk yang menyebabkan basikal digantung atau dikunci dalam bilik store. Macam pengayuh basikal dinegara yang terdapat perubahan musim. Kalau berbasikalpun terhad untuk ke tempat kerja atau ke pekan sahaja.
Ada juga hari atau musim musim yang memberi halangan kepada aktiviti berbasikal. Tidak tahu pula kepada orang lain, aku terpaksa mengambil kira musim musim dinegara kita untuk berbasikal.
Kelmarin aku membuat kayuhan pendek dan pada sebelah petang aku menerima akibatnya. Aku dengan tiba tiba diserang selsema dan sedikti demam. Badan tidak dapat menyesuaikan pada suhu cuaca. Mungkinkah badan yang panas tidak sempat untuk bertindak balas apabila masuk kekawasan sejuk. Aku berjalan kaki kemasjid untuk solat jumaat. Apabila sampai ke masjid terus masuk kedalam dimana suhu yang agak sejuk, kerana 'air cond'. Bayangkan besi panas kemerahan dicelupkan keolehke dalam air.
Satu pelik berlaku semasa khutbah jumaat di Masjid Taman Intan tadi. Semasa jemaah asyik mendengar mendengar khutbah yang disampaikan oleh seorang pensyarah dari KUIN, sekeping clipboard diedarkan mengutip tanda tangan membantah 'COMANGO - Coalition of Malaysian Non-Government Organisation'. Bolehkah ini dilakukan? Kalau ikut logik aku, carilah tandatangan disebelah luar masjid sebelum dan selepas solat jumaat. Aku tanpa sedar menurunkan tanda tangan, hanya kemudian tersedar tindakan tersebut. Menyesal besar kerana menandatangai semasa khutbah sedang diberikan.
Khutbah hari ini amat bagus kerana merungkai kenapa kita orang Islam terutama golongan remaja dan muda tidak boleh menyambut hari kekasih atau velentine day. 
Terpaksa hentikan aktiviti berkayuh sekurang kurangnya tiga empat hari sehingga selsema hilang. Rehat sahaja dirumah dan banyak minum air kosong.


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Redup (mendung)
    Laluan ............. Lecongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2014 : 0471
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan