Halaman

Sabtu, 1 Februari 2014

Lama tak blog !

Tergamam. Itulah perkataan yang sesuai apabila aku ditegur semasa kayuhan berhampir dengan MRSM Merbuk pagi tadi. Orang yang menegur aku menghampir aku dan kami bersalaman dari atas basikal. Jarang aku melakukan perkara sebegini iaitu berjabat tangan setelah menjawap salam yang diberikan kerana mungkin sedikit merbahaya. Tapi kali ini kelajuan agak perlahan.
Kenapa tergamam. Soalan yang belum pernah aku dengar ditanyakan semasa berkayuh. Rider tersebut memberikan komen bahawa blog aku tidak di update dan hanya satu entri setakat tahun baru ini. Aku hanya memberikan komen bahawa agak sibuk kebelakangan ini dan tidak dapat membuat kayuhan seperti selalunya.
Aku tidak berkesempatan bertanyakan nama rider tersebut kerana terlalu teruja dengan kenyataan yang dikeluarkan. Aku agak dia mesti dari Sungai Petani dan agaknya sudah lama mengikuti (follower) blog basikal aku. 
Peliknya dia mengenali aku walau dari belakang. Sumpah ..... aku tidak pernah berjumpa dengan dia sebelum ini. Aku tidak ingat apa lagi yang kami bualkan kerana rasanya masa berlalu begitu cepat dan aku membelok ke kanan untuk ke Rekreasi Tupah melalui belakang UiTM Merbuk. Dia pula terus berkayuh ke arah Pekan Merbuk.
Seronok juga ber'blog', dikenali orang. Kira ada sikit sikit macam celibriti juga gamaknya...... Minta maaf kepada rider tersebut kiranya aku kelihatan agak sombong sikit. Bukan apa.., aku masih tercungap cungap kerana sebelum dia sampai sekejap tadi, aku berkayuh agak laju atas sebab yang akan diterangkan dibawah.
Tengah syok melayan jalan berhampiran tapak arkeolgi Sungai Batu, aku dipotong oleh sebuah roadbike. Rider pertengahan umur diiringi oleh sebuah motorsikal tidak jauh dibelakang. Bukan aku nak mencabar, jauh sekali berlumba. Aku meningkatkan kelajuan setara dengan kelajuan rb tersebut untuk berseronok, menjadikan 'sparring partner'. Ini berlaku agak jauh dan ada dua tiga kali aku bagai hendak mendahuluinya tetapi aku tahan diri. Biarkan dia berkayuh dihadapan. In berlaku untuk hampir dua kilometer dan aku kemudian memperlahankan kelajuan kerana aku hendak membelok ke Tupah.
Rupanya dia juga membuat pendakian ke Tupah kerana ketika hampir ke puncak aku perasan motorsikal pengiring turun diikuti dengan rider tersebut. Maaf nak sebut, yang ni kurang sikit budi bahasa, tiada teguran atau lambaian tangan sama seperti bila dia memotong aku pada kali pertama tadi. Seorang solo rider dibelakang yang turun dengan laju menegur dari jauh dengan suara yang begitu nyaring sekali.
Memang sudah lama tidak datang kemari, kecewa sedikit melihat aktiviti dikiri kanan jalan ke puncak. Ada dua tiga lokasi dimana bukit telah digondolkan untuk tujuan pertanian bersempadan dengan hutan simpanan. Terdengar bunyi jentera berat diatas bukit sebelah kiri, entah apa yang dilakukan tetapi bukit telah dipotong dan diratakan.
Keadaan jalan .... musim panas sekarang kira ok lah tetapi kalau datang musim hujan jalan akan dipenuhi lumpur yang dibawa turun air dari bukit yang digondolkan.
Terus turun tanpa berhenti dipenghujung jalan. Tiada cyclist disana. Hati sedikit terhibur melihat seorang cylist wanita sedang membuat pendakian dengan roadbike. Nampak serik raut mukanya. Mungkin disebabkan rintangan pendakian. Angguk kepala sahaja kepadanya. Dalam hati ... gua respek lu! membuat pendakian solo. Tak takut ke, banyak beruk dan kera mencari lebihan makanan yang ditinggalkan pengujung.

Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  9.55 pagi
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Rekreasi Tupah - Merbuk
   Odometer 2014 : 0176
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan