Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

Tiga kali tukar haluan ......

Walaupun permulaan kayuhan terganggu, terganggu kerana beberapa meter keluar dari rumah terdengar bunyi yang tidak menyenangkan. Bila diperiksa mendapati tayar belakang kempes (punctured la tu...). Berpatah balik dan mengambil basikal lagi satu, hahhh ... ada kelebihan mempunyai lebih dari satu basikal. Tidak perlu bersusah payah menukar tiub. Kalau tidak letih balik dari kayuhan nanti boleh lah tukar, kalau tidak esok atau nanti lah.
Bila mula bergerak semula terpaksa berpatah balik kerana mendapati kantung yang selalunya diisi dengan kamera, telefon bimbit dan paling penting wang dan salinan kad pengenalan tertinggal pada basikal yang tayarnya bocor. Berpatah sekali lagi. Semuanya melambatkan permulaan kayuhan lebih sepuluh minit. Bukannya rugi apapun tetapi sifat aku tidak suka dilengah lengahkan oleh benda remeh temeh seperti yang berlaku.
Terfikir juga jika ini adalah petanda perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa kayuhan nanti. Karut ..... tahjul semata mata. Syaitan suka mengacau.
Sebaik memasuki lencongan barat aku mula terasa pukulan angin timur membadai tubuh badan, memberatkan bebanan dan sekali gus mengurangkan kelajuan. Cahaya panas terik matahari disertai angin yang agak kencang. Wah .. boleh jadi kacau kalau pulang lewat pagi.
Dari awal aku berhasrat untuk ke Tanjung Dawai tetapi memikirkan tiupan angin yang akan bertambah kencang apabila tanah daratan semakin panas aku menukar haluan untuk pergi ke Bukit Selambau melalui Sungai Lalang. Apabila menghampiri tol Sungai Petani utara dimana aku sepatutnya membelok ke kiri untuk ke Sungai Lalang aku membelok ke kanan untuk memasuki jalan lencongan timur.
Semasa membuat pendakian jejantas overpass rel keretapi di Laguna Merbuk spocket gear belakang mengeluarkan bunyi. Sukar membuat beberapa pendakian dijalan Bukit Selambau nanti. Mungkin aku akan membuat dua pusingan di kedua dua lencongan sahaja hari ini.
Sekali lagi aku menukar fikiran. Dipersimpangan berhampiran JPJ, aku membelok ke kiri ke arah Kuala Ketil dan kemudian membelok ke Sidam Kiri. Projek jalan dua lorong masih tidak banyak kemajuan pada pandangan aku, jika ada pun terlalu perlahan dan banyak berbeza dibandingkan pada kali terakhir aku berkayuh disini bulan lalu. Rancangan aku untuk membelok ke Pantai Prai dan Pinang Tunggal yang mana boleh berkayuh hampir 40 km.
Masih awal, tiupan angin masih boleh di   dan masih belum panas terik sangat. Insted of membelok ke Pantai Prai aku meneruskan kayuhan ke Padang Serai dan selanjutnya ke Pinang Tunggal melalui Ekor Kucing.


Statistik : 
    Mula ............... 8.15 pagi
    Tamat ............  10.35 pagi
    Jarak ............... 59 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat - Sidam - Padang Serai - Pinang Tunhggal
   Odometer 2013 : 04958
       

Rabu, 18 Disember 2013

100 km lagi ......

Kalau di hemisfera utara pengayuh basikal terpaksa berhenti berkayuh kerana keadaan cuaca yang sejuk dan bersalji disesetengah tempat, di negara ini pada bulan Disember kayuhan banyak tergendala kerana sebab lain yang tiada lansung kaitan dengan cuaca. Oh... mungkin disebebkan hujan atau banjir tetapi apa yang pasti kayuhan aku banyak tergendala disebabkan majlis kenduri.
Cuaca sudah semakin pulih dan agak panas kadang kala. Akhbar melapurkan kemungkinan gelombang ketiga musim hujan akan melanda negara kita, tetapi itu tidak mendatangkan masalah sangat. Kayuhan aku pagi ini kearah utara menuju ke Gurun disinari cahaya matahari pagi yang agak panas tetapi sebaik sampai ke pekan Gurun cuaca menjadi gelap dan nampak hujan sudah turun di puncak Gunung Jerai. Aku mengikuti laluan ke Jeniang dan berpatah semula melalui kilang Modenas dan terus pulang.
Hanya tingaal beberapa hari sahaja lagi ke tahun baru 2014. Apa yang ingin aku penuhi sebelum tahun baru ialah jumlah kayuhan untuk tahun 2013 melepasi 5,000 kilometer. Selepas kayuhan pagi tadi hanya tinggal 100 km sahaja lagi. Rasa nya dua atau tiga kali kayuhan lagi dapatlah jumlah yang aku hajatkan sebagai penutup.


Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  10.25 pagi
    Jarak ............... 52 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Gurun
   Odometer 2013 : 04899
       

Jumaat, 13 Disember 2013





Statistik : 
    Mula ............... 8.15 pagi
    Tamat ............  9.45 pagi
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lecongan timur - barat
   Odometer 2013 : 04847
       

Selasa, 10 Disember 2013

Hari ini tidak seperti hari lain. Aku seronok kerana hujan turun waktu pagi. Seronok kerana aku tidak perlu memikirkan samada membuat kayuhan atau tidak. Dua hari berturut turut membuat kayuhan dan aku memerlukan rehat. Hujan turun sejak senja semalam. Dua hari lalu panas giler ....
Kawasan yang terlibat banjir diselatan tanah air sudah pulih dan hujan kini berpindah kesebelah utara? .... Kata pihak berwajib kemungkinan banjir akan berlaku semula disesetengah kawasan.

       

Isnin, 9 Disember 2013

Kayuhan ke Kuala Sin ?

Tidak dapat menahan kehendak untuk keluar menghirup udara nyaman. Angin timur yang bertiup sejak awal pagi menyejukkan kulit muka dan kelajuaan kayuhan terjejas oleh tiupan angin tersebut. Rasanya seronok juga untuk berkayuh kearah selatan tetapi aku tidak boleh pergi jauh kerana ada kerja yang perlu diselesaikan pada sebelah petang nanti.
Aku merancang untuk berkayuh dan akan berpatah balik apabila cukup satu jam kayuhan. Kayuhan pulang pula akan mengambil masa yang sama dan jumlah masa kayuhan cukup dua jam. Lebih daripada mencukupi untuk kesihatan badan.
Tiada apa yang penting untuk dicatatkan dan direkodkan pada kayuhan ini. Ada beberapa insiden kecil berlaku dimana kereta keluar dari simpang tidak memberi laluan kepada sipengayuh basikal yang mempunyai hak laluan, kenderaan memotong terlalu hampir walau masih banyak ruang disebelah kanan dan ada yang memandu hingga tayar kenderaan berada diatas cat penanda jalan sebelah kiri. Dalam kesemua insiden kecil tersebut aku berjaya bersabar dan menahan dari memarahi. Apa ndak buat, resmi dan sikap pemandu disini.
Aku sering memikir hari hari dimana aku tidak akan dapat membuat kayuhan kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Selalunya kalau majlis diadakan dikawasan atau daerah Sungai Petani tidak menjadi masalah, cuam kalau menghadiri majlis diluar kawasan seperti Perlis atau Perak.
Kelmarin pada mensyuarat 'panel penasihat klinik kesihatan' diberitahu bahawa beberapa kakitangan klinik dan ahli panel akan ke Kuala Sin, Bukit Selambau untuk menghadiri program NCDP (non comunicale diseases) pada hari Khamis 12 Disember 2013. Kenderaan disediakan dan akan bertolak dari klinik pada jam 8.00 pagi. Tetapi aku masih berbelah bagi samada untuk turut serta bersama mereka atau kemungkinan membuat kayuhan dari Sungai Petani. Jarak lokasi hampir 50 km dan akan mengambil masa 2 jam.... atau aku akan ke majlis kenduri kahwin anak seorang rakan dari Kampung Lonek Negeri Sembilan di Pendang.


Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.00 pagi
    Jarak ............... 45 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kepala Batas - Pematang Sintok
   Odometer 2013 : 04814
       

Ahad, 8 Disember 2013

SK Juan kemalangan basikal

Beberapa hari lepas, pada 03 Disember, SK Juan datang ke rumah pada sebelah petang untuk bersembang. Memang sudah agak lama tidak berjumpa dengan dia. Lebih tepat sejak awal bulan November lalu. Aku sendiri tidak berapa minat untuk berjumpa kerana aku beranggapan dia hanya mahu berjumpa dengan aku kalau dia tiada rakan untuk bersembang. Aku harap aku tersalah anggap.
Kali terakhir aku bercakap dengannya melalui telefon ialah pada Jumaat 01 November untuk mengajak dia berkayuh ke Betong Thailand. Apabila dia menolak tawaran aku beranggapan dia tidak berminat untuk berkawan dan hanya memerlukan aku jika dia hendak mengajak aku berkayuh.
Tanggapan aku betul kerana selalunya dia akan berada di kedai basikal Soon Lee Taman Intan pada sebelah petang. Petang  ini dia datang mencari aku kerana orang yang selalu melayan dia berbual agak sibuk dengan kerja. Takkan lah aku tidak mahu melayan dan meraikan dia, tetapi dia tidak mahu masuk sebaliknya mengajak aku minum petang di Kedai Nasi Kandar Hussin, Sungai Petani.
Ada bakat gak...
Keesokkan paginya sedang aku membuat kerja kerja menyiapkan sarung parang, aku melihat dia mengayuh basikal dihadapan rumah dan terus menegurnya. Dia agak laju tetapi berpatah semula apabila mendengar aku memanggilnya. Aku tidak berkayuh pagi ini kerana cuaca gelap hendak hujan dan merasa cemburu kerana Juan sempat juga membuat kayuhan. 
Aku terkejut apabila melihat darah pada muka dan lututnya. Kulit b.elakang tapak tangan sebelah kiri kelihatan terkoyak walau tidak berdarah. Mukanya dipenuhi pasir dan pakaian agak kotor dengan lumpur dan slut. 
Belum sempat aku bertanya dia memberitahu dia terjatuh semasa berkayuh pulang di laluan lencongan barat menghala selatan. Hanya satu lorong dibuka kerana kerja kerja membaiki jalan sedang dilakukan. Pada mulanya ia berkayuh pada jalan yang dibuka tetapi merasa tidak selamat kerana kenderaan dari arah sama terlalu hampir apabila memotong. Permukaan lorong yang ditutup telah dikorek hampir 2 inci untuk digantikan dan permukaan tersebut tidak rata. Dia mengambil keputusan untuk mengikut lorong tersebut kerana risaukan keselamatan diri. Dia terjatuh apabila cuba untuk memasuki semula laluan motorsikal kerana tebing yang agak tinggi.
Beberapa penunggang basikal berhenti memberikan pertolongan tetapi dia masih mampu untuk pulang kerumah. Aku sendiri menawarkan untuk membawa dia ke klinik tetapi dia menolak dengan alasan untuk pulang kerumah membersihkan diri dahulu sebelum pergi ke klinik. Aku tahu dia degil dan tidak menghantarnya ke klinik.
Aku singgah melawatnya dirumah apabila selesai urusan menghidupkan insuran dan roadtax Nissan Xtrail aku yang akan tamat tempoh pada 06 Disember. Dia telah ke klinik Taman Intan dan sedang berehat dirumah. Luka dimuka dan lutut sudah dibersihkan dan dijahit. Katanya kos perubatan mencecah RM200.00, mahal kerana kos injection dan kos jahitan. Aku suruh dia berehat dan jangan berkayuh lagi sehingga luka dan kecederaan betul betul sembuh.
Baru sekarang aku dapat mengetahui nama penuhnya apabila melihat ubat yang diberikan oleh pihak klinik. SK bermaksud Seow Kee.

Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.50 pagi
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2013 : 04769
       

Jumaat, 6 Disember 2013

Selepas hujan... angin

Dah pasti dah ..... bulan Disember angin bertiup kencang dari arah Timur Laut iaitu dari tanah besar Cina. Tetapi kayuhan mesti diteruskan.....


Statistik : 
    Mula ............... 7.55 pagi
    Tamat ............  10.30 pagi
    Jarak ............... 48 km
    Cuaca .............. Redup
    Laluan ............. Bedong - Merbuk
   Odometer 2013 : 04727