Halaman

Jumaat, 31 Mei 2013

Bukit Semarak lagi

Semasa hampir sampai dipuncak bukit, fikiran melayang mengingatkan berapa banyak energy atau tenaga yang dibakar untuk sampai kesini. Malam tadi aku tidur nyenyak sekali hingga tidak perasan hari hampir siang dan matahari hampir terbit. Melalak orang rumah. Entah mengapa aku begitu lena tidur, nak katakan badan terlalu letih, aku tidak melakukan apa apa aktiviti memenatkan kelmarin. Tidak mengayuh basikal atau berjogging. Hanya berjalan kaki ke masjid yang terletak lebih kurang 400 meter dari rumah sebelum waktu maghrib.
Kalau ikut rasa badan tidak mahu aku melakukan apa apa aktiviti pagi ini. Tetapi aku kuatkan semangat melawan rasa malas dan pergi ke bukit untuk membuat pendakian. Terus mencari jawapan kenapa badan terasa begitu letih. Mungkin ... mungkin aku tidak membuat apa apa aktiviti yang membuatkan badan menjadi begitu. Ini kerana setiap kali selepas aktiviti memang badan rasa segar dan sihat. Tidak letih atau mengantuk.
Teringat ceramah yang aku anjurkan dengan KRT Taman Intan minggu lalu. Seorang peserta mengutarakan soalan yang dianggap menarik.
Soalan berbunyi 'Mengikut doktor kita perlu melakukan senaman sekurang kurang nya 30 minit tiga kali seminggu. Bolehkah senaman dilakukan 1.5 jam sekali seminggu.'
Soalan berikutnya ialah 'Pakar pemakanan menasihatkan makan makanan tertentu dalam kuantiti yang ditetapkan setiap hari. Bolehkah kita makan pada kuantiti empat atau lima kali gandi lebih dari had yang ditetapkan tetapi hanya sekali seminggu?'
Jawapan aku senang saje. Seorang kawan yang mengidapi darah tinggi tidak makan durian selama dua tiga tahun. Pada musim durian yang baru lalu dia teringin sangat untuk makan durian. Dia dimasukkan kehospital apabila tekanan darah naik mendadak selepas memakan beberapa ulas durian.
Aku mengikuti jalan pintas iaitu pendakian satu lagi puncak. Tiga tahun lalu ramai yang melalui jalan ini tetapi kebelakangan ini agak berkurangan. Ini boleh dilihat dari keadaan laluan tersebut yang agak semak dipenuhi daun kering dan ranting. Tanah berlobang lobang akibat sondolan babi hutan mencari makanan. Kesan sondolan masih baru. Mungkin berlaku malam tadi atau hari sebelumnya. Aku teragak agak untuk meneruskan mengikuti laluan tersebut.
Terkejut sedikit apabila lebih kurang 3 meter dihadapan aku melihat seekor ular berwarna kehitaman. Macam ular tedung. Panjangnya hampir 2 meter. Untung membawa tongkat buloh, aku menghalau ular tersebut dengan mengetuk semak dan tanah. Ular tersebut berlalu pantas dan aku meneruskan pendakian puncak bukit. Tidak pernah aku terjumpa ular dibukit sebelum ini. Rasanya ular tersebut tidak pergi mendekati laluan yang sering digunakan oleh manusia.
Memang laluan yang aku ambil tadi jarang diambil oleh pendaki bukit. Aku gembira kerana membuat keputusan. Sekurang kurangnya tahu keadaan.
   

Rabu, 29 Mei 2013

Kayuhan santai petang

Ingatkan hendak pergi bersembang dengan Ibrahim dan bawak rb keluar. Tetapi tiba ditempat dia berniaga goreng pisang, kosong saja tempat. Tidak mungkin sudah sudah selasai berniaga, mungkin tidak berniaga. Kalau difikirkan musim cuti sekolah ini tentu ramai orang membeli goreng pisang panas.
Aku teruskan kayuhan ke Sungai Layar dan kemudian ke Sungai Jagung. Jalan agak sibuk. Tidak mengapalah kalau kenderaan biasa. Waktu ni orang balik dari kerja. Tetapi yang menyibukkan ialah motorsikal yang ditunggang oleh anak remaja. Waktu ini mereka bersiar siar dengan kawan kawan berkumpulan. Kadang kala kelihatan hampir 20 biji motorsikal dalam kumpulan. Mereka bergerak perlahan lahan sahaja. Menyukar kenderaan lain. 
Di Sungai Jagung aku nampak satu simpang yang belum pernah aku masuk iaitu Kampung Nakhoda Busu. Glamour nama itu. Aku mengambil keputusan untuk berkayuh masuk ke kampung tersebut untuk melihat suasana dan mengharapkan ada jalan keluar tanpa perlu berpatah balik. Tiada apa yang menarik. Kebanyakkan rumah seperti rumah kampung biasa dan tidak banyak bilangan. Tidak sampai satu kilometer aku terpaksa berpatah balik kerana jalan mati. Di hujung jalan terdapat banyak kolam ternakan udang.
Rasanya kayuhan petang ini lebih kepada kayuhan santai. Kelajuan purata tidak melebihi 20 km sahaja. Aku pulang melalui jalan jauh untuk mencukupi jarak kuota biasa.

Statistik : 
    Mula ............... 6.05 pagilam
    Tamat ............  7.05 pagi
    Jarak ............... 25 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Sungai Layar - SUngai Jagung
   Odometer 2013 : 02152
          

Selasa, 28 Mei 2013

Derailer rosak lagi ...

Scott aku buat ragam lagi. Tiga puluh kilometer dari rumah tidak menunjukkan ada apa apa masalah. Ini kerana jarak tersebut tidak lansung perlu menukar gear. Beberapa pendakian landai menggunakan gear biasa sahaja.
Perasan bila aku membuat pendakian akhir bukit di Tanjung Jaga. Disinilah aku perlukan gear paling rendah tetapi bila aku shift kepada crank kecil ia enggan turun. Tiada apa berlaku. Gear tetap pada crank tengah. Tidak mahu turun ke piring paling kecil. Terpaksa mendaki bukit tersebut dengan crank tengah. Berat sikit rasanya untuk menghabiskan pendakian. Tetapi ok lah... berjaya sampai keatas.
Seminggu lalu aku membawa basikal untuk diperbaiki. Selepas menyembur dengan anti rust WD40, ia berfungsi ok. Basikal tersebut tidak digunakan sehinggalah pagi ini.
Bila aku ada kesempatan singgah semula dikedai basikal Soon Lee Taman Intan dan memberitahu masalah yang aku hadapi. Kali ini aku diberitahu kemungkinan derailer depan perlu ditukar. Ah tunggulah dulu.

Statistik : 
    Mula ............... 7.55 pagiek
    Tamat ............  10.55 pagi
    Jarak ............... 55 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Semeling - Merbuk - Tanjung Jaga
   Odometer 2013 : 02127
          

Sabtu, 25 Mei 2013

Jumpa geng Puteri Jaya

Sudah melepasi lebih dari setengah jarak kayuhan pagi ini. Walau sedar laluan dari persimpangan Kuala ketil hingga ke persimpangan Sidam agak berbahaya kerana sebahagian bahu jalan ditutup untuk kerja kerja menaiktaraf, aku ingin melalui jalan pulang ke Pinang Tunggal melalui Pantai Prai. 
Tiada apa peristiwa atau menarik sepanjang lebih 25 km sejak mula dari rumah. Tidak nampak rider lain dihala sama atau yang datang dari arah bertentangan. Apa yang asyik aku fikirkan kenyaman suasana pagi melalui ladang dan kawasan kampung.
Aku tidak sabar untuk menghabiskan kayuhan dan memikirkan dimana kedai atau singgah untuk sarapan sebelum pulang. Sebaik memasuki Kampung Pantai Prai aku mellihat kelibat empat orang rider keluar dari persimpangan disebelah kanan. Sepintas lalu aku kenal bentuk badan rider yang dianggap ketua kumpulan tersebut. Sebaik sampai aku terus teriak nama Johari walaupun aku masih belum melihat muka sepebuhnya.
Dia juga secara spontan menjawab dan memanggil nama aku tanpa perlu menoleh kebelakang. Yakin sungguh bila mendengar bunyi suara yang memanggil. Terus dia menyuruh berhenti dan singgah di 'port', sebuah kedai makan yang hampir tersorok dibawah rimbunan pokok. Aku tidak pernah singgah disini sebelum ini. Kedai ini menjual nasi berlauk dan sedikit kuih muih. Tiada apa yang istimewa cuma ia satu satunya kedai dilaluan ini.
Tidak ingat bila kali terakhir kami berkayuh sama. Mungkin dua atau tiga tahun lalu. Seronok berjumpa dengan kawan lama sekali sekala. Aku dan Johari pernah berkayuh ke Sik, Pengkalan Hulu, Gunung Jerai dan beberapa tempat lain sebelum dia berpindah dari Taman Bersatu ke Bandar Puteri Jaya beberapa tahun lalu. Sesekali kami bertembung dalam keadaan begini.
Kami bercerita dan bertukar tukar khabar dan cerita. Kebanyakkan tentang kayuhan basikal. Hampir satu jam aku bersamanya dikedai makan ini dan akhirnya aku meminta diri untuk meneruskan kayuhan pulang.

Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.45 pagi
    Jarak ............... 44 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Lencongan timur - Sidam - Pantai Prai - Pinang Tunggal
   Odometer 2013 : 02072
          

Jumaat, 24 Mei 2013

Bukit Semarak terang .....

Sebaik sahaja bukit Semarak kelihatan dari kereta Kia Rocsta aku, ia kelihatan agak berlainan dari biasa. Tidak berapa pasti kenapa. Bila hampir baru aku perasan bahawa jalan mendaki bukit telah diterangkan. Segala pokok dan rumput tinggi yang tumbuh dibawah laluan kabel TNB telah ditebas. Menampakkan suasan lapang dan selamat di laluan pendakian. 
Ramai pendaki pagi ini walaupun hujan turun lebat petang semalam. Oh... bari teringat bahawa hari ini cuti umum sempena hari Wesak. Bagi negeri Kedah yang cuti hujung minggu jatuh pada hari jumaat, ia akan digantikan pada hari Ahad nanti. Ingatkan laluan masih basah dan lembab menyebabkan sukar dilalui kerana licin, tetapi semua jalan kering dan tidak berbahaya dilalui. Cuma kena perhatikan sekali sekala dibahagian kaki kalau ada pacat menumpang.
Cepat pecah peluh apabila mendaki bukit berbanding berbasikal. Mungkin semasa berbasikal, tiupan angin menyejukkan badan dan kurang peluh keluar. Peluh hanya keluar apabila berhenti berkayuh.

               

Khamis, 23 Mei 2013

Ceramah Cegah NCD - pemakanan sihat

Lega ..... kerana program komuniti sihat anjuran Klinik Kesihatan Bakar Arang dan KRT Taman Intan dimana aku sebagai pengerusi berjaya dilaksanakan walau terdapat sedikit gangguan. Program diadakan  pada hari Khamis 23 Mei 2013 bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Seri Intan Taman Intan.




Program ini lebih kepada memberikan ceramah tentang pemakanan sihat kepada warga Taman Intan. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan dari klinik kesihatan Bakar Arang.
Ceramah yang diberikan lebih tertumpu kepada kandungan dalam makanan dan minuman yang diambil tiap tiap hari. Kandungan lemak yang menyumbang kepada kolestrol, garam (sodium) dan gula. 
Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan kerana yang hadir sering mengemukakan soalan kepada penceramah. Banyak pertanyaan yang dikemukakan tentang pemakanan sihat.
Gangguan yang aku maksudkan ialah ceramah terpaksa diadakan dibahagian luar dewan. Kami tidak dibenarkan mengadakan program didalam dewan kerana ada program lain yang akan disebelah petangnya nanti. Semasa program ceramah kesihatan diadakan, pihak yang menganjurkan program itu membuat susunanatur meja dan kerusi.
Walau kami merayu tetapi tidak diendahkan dan dilayan. Ada kedengaran cakap mengatakan mereka tidak diberitahu tentang program kesihatan ini wal hal telah pun diberitahu secara verbal satu minggu lalu. Ceramah kesihatan ini akan hanya memakan masa lebih kurang satu jam dan masih banyak masa untuk menyusun atau menyediakan tempat tersebut untuk program 'kesyukuran dan meraikan kemenangan' pada PRU 13 yang baru lalu. Yang peliknya majlis kesyukuran itu diadakam bersama DUN Pantai Merdeka yang menang.  Taman Intan adalah dibawah DUN Bakar Arang dan dimenangi oleh pembangkang. 
Ceramah kesihatan yang dijalan dengan power point kurang jelas dilihat kerana berada diluar dewan. 
Aku mengucapkan terimah kepada Dr Shahid Perverz Ahmad, Pegawai Sains Pemakanan dan Medical Assistan En Jong Jut Applek kerana menganjurkan program ini.  Sebelum itu aku  jga memohon maaf keatas ketidakselesaan dan kegagalan menyediakan tempat yang sesuai untuk program tersebut.
              

Selasa, 21 Mei 2013

Puas dan seronok berkayuh

Ah ... terasa puas dan seronok. Keperluan kedua dua mental dan fizikal telah dipenuhi. Bukan setakat memenuhi kehendak untuk beriyadah dengan pergerakkan anggota tetapi minda dapat kepuasan yang jarang diperolehi ketika aktiviti senaman lain. Aku sendiri kurang faham apa yang hendak di tuliskan dan dicatatkan dalam blog ini.
Tidak pergi jauh hari ini, hanya setakat jalan lencongan timur ulang alik. Cuaca nyaman walau matahari menyinar dengan terang. Kelmarin hujan pagi dan walau aku tidak melakukan kayuhan tetapi agak terkejut apabila SK Juan tiba tiba muncul dihadapan pintu pagar rumah dalam keadaan basah kuyup. Katanya hanya dapat lebih kurang 30km apabila hujan turun.
Dipersimpangan Lencongan Timur/Taman Astana aku melihat seorang rider membelok memasuki lencongan. Sepatutnya aku berhenti kerana lampu merah dan memberi laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan, tetapi ruang yang aku ambil sedikit sangat dan tidak mungkin menganggu laluan aku meneruskan kayuhan. Berkayuh rapat dengan rider yang baru membelok. Selalu nampak rider ini berkayuh seorangan seperti aku dan dia menggunakan mountain bike dengan pakaian berwarna putih. Umur lebih kurang aku juga dan mungkin juga telah bersara kerana selalu nampak dia pada hari biasa.
Aku rasa tidak senang dan tidak tenteram jika ada rider berkayuh dibelakang. Jadi tidak keruan dengan hati berdengup kencang dan berdebar. Ini kerana aku terpaksa maintain kelajuan kayuhan. Banyak tenaga diperlukan dan mungkin aku tidak dapat bertahan lama. Selalunya aku akan membiarkan dipotong dan lebih selesa berkayuh dibelakang. Jika tidak larat aku akan berkayuh pada kudrat aku.
Terkejut sedikit apabila dia berada disisi sebelah kanan aku, rasanya macam dia hendak memotong. Ketika itu jalan mendaki sedikit dan rb aku tidak dapat menyaingi mtbnya. Tidak pula aku perlahan kayuhan untuk memberi dia peluang memotong. Sebaik jalan mula mendatar aku terus berkayuh seperti biasa, tidak mahu menoleh kebelakang untuk melihat dimana rider tadi berada. Walau begitu aku mencuri pandang ke kiri jika nampak bayang bayang nya. Awal pagi dengan sinaran matahari memberikan bayang bayang yang panjang dan jelas. Lega. Tidak ada disebelah kiri. Aku terus berkayuh sehingga hampir dipersimpangan Kuala Ketil dan kali ini aku menoleh kebelakang. Tidak kelihatan lansung rider tadi. Agaknya terlalu jauh ketinggalan dibelakang. Lega dan puas hati. Dapat mempertahankan ego.
Aku teruskan kayuhan. Disepanjang jalan aku memikirkan berapa jauh aku boleh berada dihadapan.  Adakah dia akan dapat mengejar dan memotong aku. Aku mendapat satu idea, apabila sampai ke penghujung lencongan dimana aku akan membuat U-turn. Aku akan melalui jalan yang sama tetapi disebelah kanan. Aku membuat nota bacaan odometer apabila membuat pusingan. Jarak dimana aku berselisih dengan rider tadi didharabkan dua akan menentukan berapa jauh dia dibelakang.
Setiap beberapa saat akan akan memandang kekanan jika berselisih dengannya. Dua km,  tiga km dan empat km. Dia tidak kelihatan. Aku give up. Ada dua kemungkinan, pertama samada dia telah berlalu tanpa aku sedari atau dia tidak mengikut laluan ini. Mungkin dia membelok kekiri ke bandar Sungai Petani di persimpangan Kuala Ketil atau dipersimpangan Taman Ria Jaya atau di persimpangan Cinta Sayang.
Tidak mengapalah. Sekurangnya aku telah menyempurnakan hajat dan pulang dengan perasaan yang sungguh berpuas hati dan seronok.

Statistik : 
    Mula ............... 8.10 pagi
    Tamat ............  9.45 pagi
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Lencongan timur 
   Odometer 2013 : 02028
          

Ahad, 19 Mei 2013

Kayuhan batas bendang

Badan terasa agak ringan pagi ini. Agaknya semua letih badan sudah hilang dan aku terus bersiap untuk membuat kayuhan. Merancang untuk membuat pendakian bukit bukit kecil setelah beberapa kali berterusan berkayuh road bike. Kena kuatkan semula otot otot betis dan peha dengan sedikit pendakian.
Kedua dua tayar depan dan belakang mountain bikes kempes. Semua angin habis keluar. Itu sudah cukup untuk memberitahu mtb tersebut sudah lama tidak dikayuh. Rasanya aku perlu membuat senggaraan pada tayar dan tiub kedua duanya. Buka dan periksa kalau ada paku, besi atau kaca melekat yang boleh membuatkan tayar bocor ketika kayuhan. kedua dua tayar pun sudah lam hayatnya. Kalau tidak silap aku pasang pada bulan Mei 2010 dan lebih 4000 km pada odometer. Lebih tiga tahun ! Berbaloi sungguh gunakan tayar Maxxis 26 x 1.25 ini.
Seperti yang aku nyatakan diatas tidak berhasrat untuk pergi jauh dengan mtb hari ini. Aku berkayuh kearah Merbok untuk membuat pendakian pertama di belakang UiTM Merbok. Sebelum memasuki simpang ke Tupah, dua orang rider berada dibelakang. Mereka juga membelok ke kanan tetapi tidak memotong. Mereka berkayuh lebih kurang 30 meter dibelakang. Rasanya mereka boleh berbuat demikian bila bila masa memandang mereka jauh lebih muda. Tentu banyak stamina dan tenaga.
Aku hampir membatalkan hasrat untuk ke Tupah apabila pada pendakian di jalan Segantang Garam tadi mendapati derailer depan tidak berfungsi. Aku ingin menukar piring depan kepada yang untuk memudahkan pendakian tetapi tiada apa berlaku. Rantai enggan turun kebawah walau beberapa kali aku menukar speed. Akhirnya aku terpaksa meneruskan pendakian dengan hanya menukar gear belakang sahaja. 
Sangsi samada aku boleh membuat kayuhan pendakian Tupah yang lebih tinggi dan jarak yang agak jauh. Pengalaman lalu mengatakan aku boleh melakukan tanpa perlu menukar gear. Ini menjadi cabaran setelah sekian lama tidak melakukan sedemikian. Apa yang menjadi persoalan samada aku mampu bertahan berada dihadapan kedua dua rider masih mengekori dibelakang.
Ego aku tercabar apabila aku dipotong secara tidak disedari. Aku sedang menikmati suasana disepanjang jalan dengan sungai yang mengalir lesu kerana kekurangan air dari gunung Jerai, hutan rimba redup dan keriangan monyet bergayut di pokok. Rider tersebut menegur "selalu ke kesini?". Ayat macam bunyi pick-up line yang sering kita baca dalam novel romantika. Mungkin sesuai untuk memulakan dialog kerana tidak mengenali antara satu sama lain.
Tidak upaya untuk menyaingi rider tersebut dan aku teruskan pendakian mengikut keupayaan sendiri. Di hujung jalan berhampiran pintu masuk utama Loji Air Tupah, terdapat empat orang lain telah berada disana. Aku singgah untuk bersalaman dan cuba sedaya boleh untuk berkenalan dan berbual. Nyata hampa dan aku beredar tidak samapr dua minit bersama mereka. Mereka dari group sama dari Bandar Puteri Jaya. Biasa lah apabila ramai mereka akan berbual antara mereka sahaja.
Oleh kerana keadaan basikal yang tidak berfungsi sepenuhnya, aku batalkan rancangan untuk pendakian Muzium Arkeologi. Pendakian tersebut memerlukan gear rendah, jika tidak kena 'tonton' basikal untuk keatas. Singgah di gerai dipersimpangan kampung Bendang Dalam untuk sarapa roti telur dan kopi O. Semasa membuat pembayaran, pekerja 'bujang' (istilah yang digunakan oleh rakan rakan untuk pekerja perempuan yang belum berkahwin) sempat berbual pendek. Hah .... hilang letih badan. Terus ingin berkayuh lagi. Selalunya aku akan terus berkayuh pulang apabila selesai sarapan.
Meneruskan kayuhan di kawasan bendang di Kampung Bendang Dalam dan Segantang Garam. Cuaca agak panas tetapi aku seronok menikmati pemandangan sawah padi, hutan bakau dan sungai Merbok. Ditengah panas disuatu tempat ditengah bendang, kayuhan tergendala kerana handphone berbunyi. Seorang kawan mohon jasa baik untuk membuat tempahan tiket kapal terbang ke Kucing kerana anaknya mendapat memasuki kolej Metrikulasi disana. Dia tidak berapa cekap dalam hal ini dan tidak mempunyai kad kredit untuk bayaran on-line. 

Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi
    Tamat ............  11.00 pagi
    Jarak ............... 63 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Tupah - Bujang - Segantang Garam 
   Odometer 2013 : 01986
          


Sabtu, 18 Mei 2013

Gotong royong

Rasa tidak seronok kerana tidak dapat membuat kayuhan pagi ini. Aku menyertai panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang membuat gotong royong membersihkan kawasan rumah seorang penduduk di Kampung Bukit Sungai Pasir Sungai Petani. Program gotong royong ini adalah satu satu program khidmat social yang dilakukan secara berkala oleh penasihat klini kesihatan Bakar Arang.
Terkejut juga dengan sambutan oleh penduduk setempat. Ramai yang hadir untuk memberikan bantuan dan sokongan. Semasa ahli panel penasihat melakukan gotong royong dirumah penduduk yan dipilih, penduduk kampung yang lain membersihkan kawasan kampung termasuk longkang, tanah perkuburan dan kawasan surau.
Panel penasihat juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.
Orang kampung juga menyediakan makanan tengah hari untuk ahli panel.

Khamis, 16 Mei 2013

Alasan tidak ikut kayuhan ke Hatyai .....

Semasa kayuhan santai petang tadi aku sempat singgah digerai goreng pisang seorang kenalan. Kebetulan seorang kawan lama John juga berada disana. Aku berkayuh petang tadi ke bank di Pekan Baru Sungai Petani melakukan transaksi pemindahan wang. Aku menghulurkan sedikit bantuan untuk anak saudara yang berada di Seremban Negeri Sembilan yang akan memasuki Kolej Matrikulasi minggu hadapan. Sumbangan tersebut sebagai hadiah kerana dapat melanjutkan pengajian. Aku mengharapkan dia akan menggunakan wang tersebut dengan bijak untuk menampung mana yang kurang semasa dikolej matrikulasi.
Gerai goreng pisang tersebut terletak di Taman Desa Aman Sungai Petani, iaitu di jalan pintas ke utara Sungai Petani kepada pemandu yang tidak mahu bersesak di laluan utama di tengah bandar. Laluan ini banyak digunakan oleh pemandu yang ingin ke Sungai Layar dan Semeling dan seterusnya ke Yan. Dengan jumlah kenderaan yang lalu lalang disini terutama pada waktu petang selepas waktu pejabat, memang lokasi sesuai untuk perniagaan seperti itu.
Dua hari lalu aku juga singgah digerai ini. Macam ada tempat pertemuan baru kepada cyclist disekitar kawasan ini untuk berjumpa. Kalau dahulu cyclist menjadikan kedai basikal di Taman Intan untuk destinasi berkumpul diwaktu lapang, sejak perniagaan goreng pisang ini dibuka ia menjadi tempat baru untuk berhenti dan bertukar tukar cerita tentang aktiviti berbasikal.
Ada seorang hamba Allah yang aku kira kenalan baik Ibrahim bersembang untuk ke Seremban sebelah malamnya nanti. Dia kesana untuk membeli frame basikal yang hendak dijual sebagai second hand atau used. Aku ingatkan murah dan aku pun recommend frame yang hendak dijual oleh kedai basikal di Yan. Terkejut bila diberitahu harga frame yang akan dibeli sekitar RM3k. Terus diam.
Seperti yang aku kata, dua hari lalu singgah disini diberitahu tentang program kayuhan ke Hatyai Thailand pada bulan Jun nanti. Kayuhan akan bermula dari Empangan Timah Taso Perlis melalui Wang Klian dan akan ke Hatyai melalui lebuhraya Satun - Hatyai. Jarak kayuhan hampir 140 km. Peserta akan  bermalan di Hatyai dan akan pulang melalui Sadao dan Padang Besar pada keesokkan harinya. Tarikh sebenar kayuhan masih belum ditetapkan lagi kerana menunggu pendaftaran yang mencukupi. Pendaftaran dijadualkan tutup pada hujung minggu ini. Ini untuk membolehkan tempahan awal untuk baju dan lain  lain goodies dibuat.
John dan beberapa kawannya telah mendaftar untuk menyertai kayuhan tersebut. Pelik juga aku fikirkan tentang John, bulan lepas dia memberitahu akan mengikuti kayuhan ke Songhkla dan Nakhon selama tiga hari dua malam, lebih 300km . Tetapi last minit dia batalkan manakala tiga rakannya meneruskan rancangan mereka. Mengikut SK Juan mungkin mem dia tidak mengizinkan dia mengikuti kayuhan tersebut. Ini dia buat pulak, mendaftar dan harapkan dia akan dapat ikut serta. Katanya satu malam OK la.
Kini sasaran Ibrahim untuk mengajak aku turut serta. Dia tahu aku boleh atau lebih tepat mampu menyertai kayuhan ini. Kami pernah berkayuh hampir 160 km sehari iaitu ke Mahang dan Selama. Aku memberi belbagai alasan kenapa tidak berminat seperti tidak dapat membuat pendakian di Bukit Wang Klian, tidak upaya menyaingi pengayuh lain dan beberapa alasan lain.
Alasan sebenar kenapa aku tidak mahu ikut serta aku terangkan kepada Ibrahim semasa kenduri kesyukuran makan malam di masjid Taman Intan sebentar tadi. Kenduri diadakan selepas bacaan Yasin dan Tahlil yang di buat oleh seorang jiran di Lorong B/6 tidak jauh dari rumah aku.
Aku katakan yang rasanya tiada sebarang masalah untuk aku berkayuh menyertai program tersebut. Aku yakin dapat menghabiskan kayuhan jarak tersebut dan mungkin dapat menghabiskan kayuhan lebih awal dari sesetengah rider baru. Aku juga yakin dapat membuat pendakian di Bukit Wang Klian walaupun dengan perlahan. Apa sebenarnya yang membuatkan aku tidak berminat ialah keadaan basikal aku.
Pastinya kebanyakkan peserta kalau tidak semua akan menggunakan basikal rb yang terbaharu dan tercanggih mampu. Mencecah harga belasan ribu atau paling kurang sebelah tangan. Semua dengan jenama yang terkini. Itu belum sebut tentang pakaian dan kelengkapan lain. Bagi aku tidak apa itu semua. selagi mampu pakailah.
Yang paling aku tidak suka ialah memandang rendah kepada harta orang lain. pastinya jika aku membawa rb vintage atau klassik aku tidak akan terkalih dari pandangan mata dan hati kawan kawan yang mempunyai basikal yang paling terkini dan terhebat. Bukan keupayaan atau kemampuan menjadi ukuran pada program seperti ini, tetapi apa yang ada..... atau aku terlalu perasaan. Tidak mungkin terperasan lebih kerana pernah berlaku ketika aku sedang berkayuh sendirian apabila dihampiri oleh seorang rider yang pernah aku jumpa. Dia beberapa kali memandang kearah basikal buruk aku secara sinis sebelum aku biarkan dia pergi dahulu meninggalkan aku.
Baik aku tidak ikut serta dari diperkecil atau dihina sedemikian rupa. Rasanya aku juga mampu memiliki basikal seperti mereka tetapi untuk apa? Harap sahabat yang beriya iya mengajak aku ikut serta faham dilema yang aku hadapai. Kayuh sorang beb .......


Rabu, 15 Mei 2013

Hujan di Tengah Jalan

Kayuhan baru 500 meter tetapi cencentrasi aku terganggu oleh bunyi yang amat tidak menyenangkan dari bahagaian bawah roadbikes aku. Mencari tempat sesuai untuk berhenti dan untuk menengok dari mana datang bunyi tersebut. Aku tahu tidak akan berjaya untuk menjumpai punca bunyi tersebut jauh sekali untuk memperbaiki.
Aku memeriksa bahagian tayar depan dan kemudian tayar belakang. Mengangkat basikal dan memusingkan tayar satu demi satu dengan harapan akan berjumpa dengan masalah. Tiada hasil. Tahu bunyi tersebut bukan datang dari bahagian rantai atau gear kerana apabila aku berhenti berkayuh dengan roda masih berputar bunyi tersebut masih kedengaran.
Inilah hakikatnya, apabila kita cuba mencari punca masalah susah untuk ditemui. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan kayuhan. Dari pengalaman lalu, bunyi tersebut akan hilang sendiri sebentar nanti. Buat seketika tahan dan sabar sahaja lah......... jangan terlalu memikirkan sangat masalah kecil tersebut. Silap nanti berpatah balik kerumah sahaja.
Rancangan awal untuk ke Kulim tetapi mengambil keputusan untuk ke Butterworth sahaja. Tiada ada apa apa menarik semasa kayuhan. Apabila sampai ke pengkalan feri aku melihat macam hujan telah turun di sebelah utara. Aku tidak singgah atau berhenti tetapi terus mengikuti BORR pulang.
Singgah di sebuah gerai di pekan Telok Air Tawar untuk sarapan pagi. Perut memang sudah rasa kosong betul manakala tekak kering. Meneruskan kayuhan pulang kerana sudah kedengaran dentuman guruh. Memang tepat sangkaan aku bahawa kawasan Sungai Petani sudah dibasahi hujan pagi. Hujan makin lebat apabila melepasi pekan Kepala Batas. Terpaksa berhenti di sebuah restoren di Bumbung Lima menanti hujan reda.
Aku tidak dapat lupakan insiden kecil yang berlaku sebaik melepasi pekan Tikam Batu. Sebauh kereta proton wira berwarna merah berhenti ditengah jalan untuk membelok ke kanan ke arah Taman Seri Jenaris. Melihat kereta tersebut berhenti aku ingatkan dia memberikan hak laluan yang sepatutnya, aku meneruskan kayuhan dengan agak laju kerana jalan sedikit menurn. Tiba tiba kereta tersebut bergerak untuk mengambil selekoh simpang Y kekanan dan berada tidak jauh dari aku. Apa lagi aku terkejut dan membuat brek emegensi. Terhuyung hayang ke kiri dan kekanan basikal aku dibuatnya dengan bunyi tayar yang agak nyaring. Ini kerana jalan masih lembab dan berair selepas hujan lebat sebentar tadi. Nasib baik aku tidak terjatuh dan berjaya mengawal basikal. Ingatkan aku akan melanggar bahagian tepi kereta tersebut.
Aopa lagi aku naik angin. Aku menjerit sekuat hati dengan kata kata yang agak kasar dan mencarut.  *#bi, c^$1ka, (-al, bo&@*, dll. Pemandu tersebut yang tidak berhenti. Dia hanya memperlahankan keretanya dan kemudian terus berlalu. Selamba sahaja. Kalau ikutkan hati ingin aku menghambat kereta tersebut kerana aku tahu dia ke taman perumahan tidak jauh dari situ. Apa faedahnya? Dalam hati aku mengharapkan dia akan mendapat kecelakaan, kesusahan disebabkan eksiden atau kerosakkan kereta.
Memang merancang untuk singgah di gerai makan di pusat jualan lemang Pak Teh Taman Rhu untuk makan tengah hari. Ingin sangat pekena gulai itik. Tetapi selera jadi tawar kerana peristiwa tadi dan terus pulang kerumah. Makan apa sahaja yang disediakan oleh orang rumah........

Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi
    Tamat ............  11.30 pagi
    Jarak ............... 75 km
    Cuaca .............. Hujan
    Laluan ............. Butterworth 
   Odometer 2013 : 01923
          

Isnin, 13 Mei 2013

Berita kecurian basikal

Sebaik sampai dirumah setelah selesai menghadiri kursus motivasi pengurusan koperasi di Pantai Merdeka, aku terus ke meja komputer untuk melayari internet. Walaupun kurang 48 jam kali terakhir melayari internet aku rasa sudah agak lama dan terasa ketinggalan sesuatu. Akhir akhir ini punca utama mandapatkan berita semasa adalah melalui lama sesawang. Tidak begitu meriah untuk membaca media cetak.
Nasib baik aku sudah makan tengah hari diresort dimana kursus diadakan tadi. Kalau tidak bising juga orang rumah. Jadi aku boleh tumpukan membaca berita dan rencana yang tertinggal. You see ... aku masih tidak mempunyai mobile internet seperti tablet atau mobile phone. Juga aku tidak begitu selesa melayari internet menggunakan telephone mudah alih.


Terjumpa artikel diatas semasa melayari facebook. Rumah dimana 'musibah' berlaku tidak jauh dari rumah aku sendiri kurang dari 500 meter. Takziah di ucapkan. Walaupun secara peribadi aku tidak mengenali rapat Cik gu Din tetapi rasanya kebanyakkan orang di kawasan ini mengenalinya. Dia memang tegar dalam aktiviti kayuhan. Kalau tidak berkayuh dia akan berjogging di sekitar taman.
Kemana sahaja aku pergi selepas ini orang akan bercakap tentang tragedi ini. Jiran dan kenalan bercerita disamping menyatakan rasa simpati. Mengikut rakan rakan yang arif tentang pasaran semasa anggaran kerugian 3 unit basikal yang dicuri melebihi RM30K. Itu tidak termasuk lain lain barang yang diangkut sama. Ramai yang menyatakan bahawa pencuri sudah lama memerhatikan rumah ini dan menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan operasi.
Mengenai bantuan maklumat jika sesiapa yang ternampak basikal basikal yang dicuri, aku ragu dan sangsi jika sesiapa boleh menolong. Kalau basikal yang dicuri akan digunakan untuk aktiviti kayuhan atau akan dijual kepada yang berminat, ia tidak akan berlaku disini. Mungkin akan dibawa paling dekat dinegeri berhampiran Pulau Pinang atau Perak atau mungkin lebih jauh. Ketika itu tiada siapa akan menyangka basikal itu adalah barangan curi.
Bagi aku, mungkin salah satu sebab tidak mahu memiliki basikal yang mahal dan canggih. Disamping tidak dapat menfaatkan keseluruhan setara dengan nilai basikal tersebut. masalah penjagaan dan penyimpanan adalah juga sukar. Basikal yang di simpan didalam bilik rumah sekali pun dapat dikebas orang apatah lagi basikal yang ditinggalkan diluar.
Setakat ini kebanyakkan rakan dan kenalan hanya mampu mengutuk kes ini. Tidak banyak yang dapat dibantu.
      

Ahad, 12 Mei 2013

Pantai Merdeka Beach

Aku sampai ke Pantai Merdeka lebih kurang jam 8.30 pagi. Walau aku tahu masa mula pendaftaran ialah pada jam 08.00 tetapi menjadi kebiasaan peserta akan datang lewat dan akhirnya kursus akan bermula selepas jam 9.00 pagi. 
Sementara menunggu kursus bermula aku memerhati disekitar pantai jika ada kumpulan berbasikal datang ke sini. Selalunya ramai juga pengayuh dari belah Pulau Pinang (Seberang Jaya dan Perai) berkayuh kesini pada hujung minggu. Manalah tahu kalau ada yang aku kenal, boleh juga sembang sebelum majlis yang aku hadiri bermula sebentar lagi. Tidak kelihatan sesiapa pun atau mereka berada jauh dihujung yang tidak kelihatan dari mana aku berdiri.
Lebih kurang tiga empat kilometer sebelum sampai tadi aku melihat beberapa orang cyclist pulang dari Pantai Merdeka. Wah ... awalnya mereka sampai. Mesti bertolak dari rumah ketika hari masih belum cerah. Bagus .. diucapkan tahniah kepada mereka kerana. Mereka sahajalah yang aku jumpa. Mungkin yang lain akan sampai sekejap lagi.
Pantai Merdeka menjadi tumpuan cyclist pada hujung minggu. Mereka datang dari sebelah selatan iaitu Pulau Pinang (mainland) dan dari sebelah utara iaitu Sungai Petani dan kawasan berhampiran. Tempat ini menyediakan tempat berehat yang sesuai dengan pemandangan yang menarik, angin laut Selat Melaka yang segar, kemudahan seperti tandas dan gerai makanan yang selesa dan baru. Jika ada kemampuan boleh menjamu selera di resort.
Jalan ke sini agak rata kecuali sedikit pendakian kira kira 1 km sebelum sampai ke pantai. Pengayuh tidak menghadapi sebarang masalah  untuk sampai kesini. Cuma kadangkala kenderaan agak banyak dan dengan jalan yang agak sempit mungkin menyulitkan kayuhan kepada yang tidak biasa berkayuh di jalan ini.
Aku kesini hari ini menaiki kereta kerana menghadiri kursus motivasi anjuran SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Kursus yang dijadualkan selama dua hari (satu hari setengah) dan disebabkan ada kuliah pada sebelah malam, terpaksa bermalam disini. Bagus juga kerana tidak pernah bermalam di resort sebelum ini. Mungkin belasan tahun dulu bermalam didalam khemah ditepi pantai bersama rakan rakan sekerja dilokasi dimana chalet dan bilik penginapan resort ini dibina.
Agak hektik juga program aku hari ini. Selepas makan tengah hari aku terpaksa pulang ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat bulana panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang. Boleh saja aku tidak hadir, tetapi ada beberapa isu yang memerlukan kehadiran aku. Terpaksa korbankan satu slot motivasi tersebut dan belanja duit minyak untuk perjalan pergi balik yang lebih 70 km. Rugi. Tidak mengapa. Bukan selalu. Sumbangan kepada masyarakat.
Sebelum bertolak balik aku mencari peserta yang berkongsi bilik dengan aku untuk menyerahkan kunci.  Tidak kenal dengan dia kerana pasangan berkongsi di atur oleh pihak SKM. Jika datang bersama rakan akan diberikan bilik yang sama. Mungkin dia perlu menggunakan bilik semasa aku tiada. Tidak perlu banyak bertanya kerana dia duduk dimeja bersebelahan semasa makan tengah hari. Dia mengatakan tidak mungkin akan menginap diresort malam ini kerana rumahnya hanya beberapa kilometer dari sini.
Selepas mesyuarat panel penasihat aku tidak pulang kerumah tetapi terus ke tempat kursus. Tujuan aku ialah untuk berehat dan kalau boleh tidur sekejap sebelum kursus disambung selepas makan malam nanti.


Sabtu, 11 Mei 2013

Sungai Limau

Kali terakhir aku membuat kayuhan jarak jauh ialah kayuhan ke Songkhla Thailand pada bulan Mac lalu. 




Statistik : 
    Mula ............... 7.40 pagi
    Tamat ............  12.15 pagi
    Jarak ............... 92 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Gurun - Guar Cempedak - Sungai Limau - Yan - Merbok
   Odometer 2013 : 01848
          

Jumaat, 10 Mei 2013

Ketawa sambil berjogging

Hari Jumaat biasanya aku tidak berkayuh tetapi melakukan senaman gantian yang mengambil tempoh yang pendek, tidak melebihi satu jam. Pagi tadi aku mendaki di Bukit Semarak dengan tongkat buloh madu yang aku kerat sendiri dari rumpun yang aku tanam di kawasan rumah. 
Kenapa kebelakangan ini aku perlu membawa tongkat apabila berjalan mendaki bukit? Aku mempunyai teori sendiri. Tiada masalah apabila membuat pendakian tetapi apabila menurun berat badan akan bertumpu kepada bahagian kaki, terutama lutut. Dengan menggunakan tongkat, beban dan berat badan dapat dipindahkan sebahagain dari kaki ke tongkat. Tidaklah lutut menanggng beban dan mungkin ia akan dapat memanjangkan hayat lutut. 
Ada kawan yang tidak pernah tertinggal mendaki bukit ini setiap hari sejak beberapa tahun lalu kini diserang penyakit lutut. Difahamkan 'katilaj' lutut sudah tidak berfungsi baik dan kini mengalami kesakitan apabila berjalan. Dia kini menghentikan aktiviti mendaki buat sementara untuk memberi masa lutut tersebut pulih. Katanya mungkin akan mengambil masa satu atau dua tahun. Tidak tahu cara perubatan apa yang diamalkan.
Aku menasihatkan dia supaya tidak keterlaluan untuk membiat aktiviti mendaki bukit, tidak perlu dilakukan setiap hari. Tiada masalah untuk mereka yang masih muda tetapi bagi kita yang sudah memasuki usia subsidi, rasanya memadai dua tiga kali seminggu. Aku pula akan mendaki selepas satu atau dua minggu.
Kesunyian dan keheningan pagi dipuncak bukit Semarak terganggu dengan suara hilaian tawa dan perbualan sekumpulan pendaki. Walaupun jarak kumpulan itu hampir 200 meter dari dimana aku berada aku kenal benar kumpulan tersebut. Tidak pernah 'miss' mereka bila aku kesini. Mereka datang lebih awal dan aku selalu memotong mereka selepas sebahagian trek iaitu semasa hendak menuruni bukit. 
Kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang wanita cina dan tiga atau empat orang lelaki tidak berhenti berbual disepanjang satu jam berjogging. Mereka kerap ketawa tebahak bahak. Entah apa yang melucukan. Aku tidak faham bahasa cina. 
Semua orang tahu ketawa adalah amat baik kepada manusia. Bukan sahaja ia menguatkan otot otot muka dan menjadikan hati suka sepanjang masa. Ia juga mengurangkan stress pada minda kita. Aku berasa iri hati kepada kumpulan tersebut kerana dapat melakukan aktiviti berjogging dengan aktiviti tertawa sekali.
      

Khamis, 9 Mei 2013

Padang Serai

Agak risau untuk membuat kayuhan diantara persimpangan Jalan Lenccongan Timur dan Jalan Kuala Ketil hingga ke persimpangan Jalan Kuala Ketil / Sidam. Ini kerana laluan tersebut sedang dalam pembinaan untuk dinaiktaraf menjadi empat lorong. Masih ada ruang berkongsi dengan kenderaan lain. Tidak jauh, kurang dari lima km sahaja. Ketika aku melalui jalan ini ia tidak lah sibuk sangat kerasa waktu kerja atau persekolahan sudah berlalu. 


Statistik : 
    Mula ............... 7.40 pagi
    Tamat ............  10.15 pagi
    Jarak ............... 59 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Sidam - Padang Serai
   Odometer 2013 : 01756
   

Rabu, 8 Mei 2013

Ramai yang masih sedih

Selepas kayuhan pendek pagi tadi, aku pergi ketempat dimasa kawan kawan berkumpul. Tempat agak jauh dari rumah iaitu hampir 7 km. Selalunya aku akan kesana kira kira hampir jam 11.00 pagi dan akan berada disana untuk satu atau dua jam iaitu sebelum masa makan tengah hari.
Pagi ini aku sampai agak awal kerana ada urusan membayar upah katering yang ditempah untuk 30 hb April dan 01 Mei lalu yang ditempah oleh SKM Kuala Muda. Tempahan makanan adalah kerana program yang dianjurkan di Taman Melinja, Semeling. Agak lewat pembayaran kepada pembekal. Pada perjanjian awal, bayaran penuh perlu dibuat sebelah petang setelah selesai majlis pada 01 Mei lalu. Kerana beberapa masalah kecil pembayaran tertangguh. Kesian pembekal makan tersebut. Harap tidak terjejas modal perniagaan harian.
Selesai urusan aku terus singgah di tapak jualan Lemang Pak Teh. Hanya terdapat seorang dua berada disana. Sepatutnya pada ketika ini, tidak kurang empat atau lima orang termasuk mereka yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan lemang. Di gerai menjual makanan bersebelahan juga masih belum ramai pelanggan datang untuk makan tengah hari.
Bila aku bertanya dimana yang lain, jawapan yang aku terima ialah yang lain itu masih berkabung diatas kekalahan calon dan parti yang mereka sokong pada PRU 13 yang baru berlalu. Ada yang masih belum dapat menerima hakikat bahawa pemilihan secara demokrasi telah diadakan. Dalam setiap pemilihan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Terima sahajalah keputusan. Jangan bersedih dan jangan ada sebarang syak wasangka. Jika sekiranya berlaku tiada bukti kukuh.
Aku rasa sedih juga dan memandangkan suasana tidak begitu seronok tanpa kehadiran kawan kawan lain, aku beredar awal. 

Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.15 pagi
    Jarak ............... 28 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Semeling - Tupah
   Odometer 2013 : 01697
   

Selasa, 7 Mei 2013

Jalan kembali seperti biasa

Semasa kayuhan hari ini aku dapati hampir kesemua bendera parti yang di pasang di kedua dua belah jalan raya telah dibersihkan. Keadaan kembali seperti biasa walau disana sini masih terdapat baki bendera yang tertinggal. Mungkin mereka yang ditugaskan secara tidak sengaja tertinggal.
Semua bilik bilik gerakan sementara yang didirikan sudah pun di robohkan dan dikemaskan. 


Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.15 pagi
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat - Timur
   Odometer 2013 : 01669
   

Ahad, 5 Mei 2013

Kayuhan selepas mengundi PRU13

Pada awalnya aku hanya ingin melepaskan gian dan untuk menguji rd (rear derailer) yang ditukar petang kelmarin. Rd yang lama sudah rosak dan longgar. Mengikut pembaik basikal susah untuk di servis dan dilebih sesuai untuk ditukar dengan yang baru sahaja.
Pagi tadi aku sudah menunaikan tanggungjawap untuk mengundi pada pilihan raya umum ke 13. Aku ketempat membuang undi agak awal iaitu pada jam 09.00 pagi. Tempat mengundi terletak kurang setengah kilometer dari rumah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Bakar Arang. Terpaksa beratur dan menunggu hampir setengah jam untuk memangkah. Apabila selesai kami (dengan orang rumah) ke pasar dan sarapan roti canai. Kemudian kami mengelilingi bandar Sungai Petani untuk melihat suasana mengundi di beberapa pusat mengundi di kawasan Sungai Petani.
Satu sebab lagi, aku tidak selesa duduk dirumah kerana masa berlalu terlalu perlahan untuk menantikan pengumuman keputusan pilihan raya yang dijangka akan diumumkan pada sebelah malam nanti.
Langit agak mendong tetapi tidak tahu bagaimana aku berkayuh ke Sungai Pasir untuk ke pekan Tikam Batu melalui Batu Lintang, Simpor. Aku baru sahaja dapat menyesuaikan kayuhan dengan rd  baru bila aku melihat langit disebelah selatan bertukar warna menjadi seperti kabus. AKu tahu hujan telah turun di kawasan Tikam Batu. Aku merancang untuk berpatah balik melalui Bukit Berapit.
Disepanjang laluan tadi aku petugas petugas parti sudah mula menanggalkan bendera parti yang dipasang disepanjang jalan. Sekali sekala kelihatan konvoi motorsikal dan kereta berarak membawa bendera parti yang disokong.



Statistik : 
    Mula ............... 5.40 petang
    Tamat ............  6.30 petang
    Jarak ............... 22 km
    Cuaca .............. Hujan
    Laluan ............. Sungai Pasir - Batu Lintang
   Odometer 2013 : 01636
   

Khamis, 2 Mei 2013

Perang bendera

Niat aku berkayuh ke Guar Cempedak melalui pekan Gurun adalah untuk melihat 'peperangan' bendera parti parti yang bertanding pada pilihan raya yang akan berlansung tiga hari lagi. Khabarnya peperangan yang menjadi jalan raya dan pekan sebagai medan tempur pemasangan bendera parti yang bertanding amatlah sengit. Lebih sengit dari pilihan raya yang sudah sudah.


Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi 
    Tamat .............  10.50 pagi
    Jarak ............... 66 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Gurun - Guar Cempedak
   Odometer 2013 : 01614