Halaman

Jumaat, 31 Mei 2013

Bukit Semarak lagi

Semasa hampir sampai dipuncak bukit, fikiran melayang mengingatkan berapa banyak energy atau tenaga yang dibakar untuk sampai kesini. Malam tadi aku tidur nyenyak sekali hingga tidak perasan hari hampir siang dan matahari hampir terbit. Melalak orang rumah. Entah mengapa aku begitu lena tidur, nak katakan badan terlalu letih, aku tidak melakukan apa apa aktiviti memenatkan kelmarin. Tidak mengayuh basikal atau berjogging. Hanya berjalan kaki ke masjid yang terletak lebih kurang 400 meter dari rumah sebelum waktu maghrib.
Kalau ikut rasa badan tidak mahu aku melakukan apa apa aktiviti pagi ini. Tetapi aku kuatkan semangat melawan rasa malas dan pergi ke bukit untuk membuat pendakian. Terus mencari jawapan kenapa badan terasa begitu letih. Mungkin ... mungkin aku tidak membuat apa apa aktiviti yang membuatkan badan menjadi begitu. Ini kerana setiap kali selepas aktiviti memang badan rasa segar dan sihat. Tidak letih atau mengantuk.
Teringat ceramah yang aku anjurkan dengan KRT Taman Intan minggu lalu. Seorang peserta mengutarakan soalan yang dianggap menarik.
Soalan berbunyi 'Mengikut doktor kita perlu melakukan senaman sekurang kurang nya 30 minit tiga kali seminggu. Bolehkah senaman dilakukan 1.5 jam sekali seminggu.'
Soalan berikutnya ialah 'Pakar pemakanan menasihatkan makan makanan tertentu dalam kuantiti yang ditetapkan setiap hari. Bolehkah kita makan pada kuantiti empat atau lima kali gandi lebih dari had yang ditetapkan tetapi hanya sekali seminggu?'
Jawapan aku senang saje. Seorang kawan yang mengidapi darah tinggi tidak makan durian selama dua tiga tahun. Pada musim durian yang baru lalu dia teringin sangat untuk makan durian. Dia dimasukkan kehospital apabila tekanan darah naik mendadak selepas memakan beberapa ulas durian.
Aku mengikuti jalan pintas iaitu pendakian satu lagi puncak. Tiga tahun lalu ramai yang melalui jalan ini tetapi kebelakangan ini agak berkurangan. Ini boleh dilihat dari keadaan laluan tersebut yang agak semak dipenuhi daun kering dan ranting. Tanah berlobang lobang akibat sondolan babi hutan mencari makanan. Kesan sondolan masih baru. Mungkin berlaku malam tadi atau hari sebelumnya. Aku teragak agak untuk meneruskan mengikuti laluan tersebut.
Terkejut sedikit apabila lebih kurang 3 meter dihadapan aku melihat seekor ular berwarna kehitaman. Macam ular tedung. Panjangnya hampir 2 meter. Untung membawa tongkat buloh, aku menghalau ular tersebut dengan mengetuk semak dan tanah. Ular tersebut berlalu pantas dan aku meneruskan pendakian puncak bukit. Tidak pernah aku terjumpa ular dibukit sebelum ini. Rasanya ular tersebut tidak pergi mendekati laluan yang sering digunakan oleh manusia.
Memang laluan yang aku ambil tadi jarang diambil oleh pendaki bukit. Aku gembira kerana membuat keputusan. Sekurang kurangnya tahu keadaan.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan