Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

Hujan di Tengah Jalan

Kayuhan baru 500 meter tetapi cencentrasi aku terganggu oleh bunyi yang amat tidak menyenangkan dari bahagaian bawah roadbikes aku. Mencari tempat sesuai untuk berhenti dan untuk menengok dari mana datang bunyi tersebut. Aku tahu tidak akan berjaya untuk menjumpai punca bunyi tersebut jauh sekali untuk memperbaiki.
Aku memeriksa bahagian tayar depan dan kemudian tayar belakang. Mengangkat basikal dan memusingkan tayar satu demi satu dengan harapan akan berjumpa dengan masalah. Tiada hasil. Tahu bunyi tersebut bukan datang dari bahagian rantai atau gear kerana apabila aku berhenti berkayuh dengan roda masih berputar bunyi tersebut masih kedengaran.
Inilah hakikatnya, apabila kita cuba mencari punca masalah susah untuk ditemui. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan kayuhan. Dari pengalaman lalu, bunyi tersebut akan hilang sendiri sebentar nanti. Buat seketika tahan dan sabar sahaja lah......... jangan terlalu memikirkan sangat masalah kecil tersebut. Silap nanti berpatah balik kerumah sahaja.
Rancangan awal untuk ke Kulim tetapi mengambil keputusan untuk ke Butterworth sahaja. Tiada ada apa apa menarik semasa kayuhan. Apabila sampai ke pengkalan feri aku melihat macam hujan telah turun di sebelah utara. Aku tidak singgah atau berhenti tetapi terus mengikuti BORR pulang.
Singgah di sebuah gerai di pekan Telok Air Tawar untuk sarapan pagi. Perut memang sudah rasa kosong betul manakala tekak kering. Meneruskan kayuhan pulang kerana sudah kedengaran dentuman guruh. Memang tepat sangkaan aku bahawa kawasan Sungai Petani sudah dibasahi hujan pagi. Hujan makin lebat apabila melepasi pekan Kepala Batas. Terpaksa berhenti di sebuah restoren di Bumbung Lima menanti hujan reda.
Aku tidak dapat lupakan insiden kecil yang berlaku sebaik melepasi pekan Tikam Batu. Sebauh kereta proton wira berwarna merah berhenti ditengah jalan untuk membelok ke kanan ke arah Taman Seri Jenaris. Melihat kereta tersebut berhenti aku ingatkan dia memberikan hak laluan yang sepatutnya, aku meneruskan kayuhan dengan agak laju kerana jalan sedikit menurn. Tiba tiba kereta tersebut bergerak untuk mengambil selekoh simpang Y kekanan dan berada tidak jauh dari aku. Apa lagi aku terkejut dan membuat brek emegensi. Terhuyung hayang ke kiri dan kekanan basikal aku dibuatnya dengan bunyi tayar yang agak nyaring. Ini kerana jalan masih lembab dan berair selepas hujan lebat sebentar tadi. Nasib baik aku tidak terjatuh dan berjaya mengawal basikal. Ingatkan aku akan melanggar bahagian tepi kereta tersebut.
Aopa lagi aku naik angin. Aku menjerit sekuat hati dengan kata kata yang agak kasar dan mencarut.  *#bi, c^$1ka, (-al, bo&@*, dll. Pemandu tersebut yang tidak berhenti. Dia hanya memperlahankan keretanya dan kemudian terus berlalu. Selamba sahaja. Kalau ikutkan hati ingin aku menghambat kereta tersebut kerana aku tahu dia ke taman perumahan tidak jauh dari situ. Apa faedahnya? Dalam hati aku mengharapkan dia akan mendapat kecelakaan, kesusahan disebabkan eksiden atau kerosakkan kereta.
Memang merancang untuk singgah di gerai makan di pusat jualan lemang Pak Teh Taman Rhu untuk makan tengah hari. Ingin sangat pekena gulai itik. Tetapi selera jadi tawar kerana peristiwa tadi dan terus pulang kerumah. Makan apa sahaja yang disediakan oleh orang rumah........

Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi
    Tamat ............  11.30 pagi
    Jarak ............... 75 km
    Cuaca .............. Hujan
    Laluan ............. Butterworth 
   Odometer 2013 : 01923
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan