Halaman

Ahad, 12 Mei 2013

Pantai Merdeka Beach

Aku sampai ke Pantai Merdeka lebih kurang jam 8.30 pagi. Walau aku tahu masa mula pendaftaran ialah pada jam 08.00 tetapi menjadi kebiasaan peserta akan datang lewat dan akhirnya kursus akan bermula selepas jam 9.00 pagi. 
Sementara menunggu kursus bermula aku memerhati disekitar pantai jika ada kumpulan berbasikal datang ke sini. Selalunya ramai juga pengayuh dari belah Pulau Pinang (Seberang Jaya dan Perai) berkayuh kesini pada hujung minggu. Manalah tahu kalau ada yang aku kenal, boleh juga sembang sebelum majlis yang aku hadiri bermula sebentar lagi. Tidak kelihatan sesiapa pun atau mereka berada jauh dihujung yang tidak kelihatan dari mana aku berdiri.
Lebih kurang tiga empat kilometer sebelum sampai tadi aku melihat beberapa orang cyclist pulang dari Pantai Merdeka. Wah ... awalnya mereka sampai. Mesti bertolak dari rumah ketika hari masih belum cerah. Bagus .. diucapkan tahniah kepada mereka kerana. Mereka sahajalah yang aku jumpa. Mungkin yang lain akan sampai sekejap lagi.
Pantai Merdeka menjadi tumpuan cyclist pada hujung minggu. Mereka datang dari sebelah selatan iaitu Pulau Pinang (mainland) dan dari sebelah utara iaitu Sungai Petani dan kawasan berhampiran. Tempat ini menyediakan tempat berehat yang sesuai dengan pemandangan yang menarik, angin laut Selat Melaka yang segar, kemudahan seperti tandas dan gerai makanan yang selesa dan baru. Jika ada kemampuan boleh menjamu selera di resort.
Jalan ke sini agak rata kecuali sedikit pendakian kira kira 1 km sebelum sampai ke pantai. Pengayuh tidak menghadapi sebarang masalah  untuk sampai kesini. Cuma kadangkala kenderaan agak banyak dan dengan jalan yang agak sempit mungkin menyulitkan kayuhan kepada yang tidak biasa berkayuh di jalan ini.
Aku kesini hari ini menaiki kereta kerana menghadiri kursus motivasi anjuran SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Kursus yang dijadualkan selama dua hari (satu hari setengah) dan disebabkan ada kuliah pada sebelah malam, terpaksa bermalam disini. Bagus juga kerana tidak pernah bermalam di resort sebelum ini. Mungkin belasan tahun dulu bermalam didalam khemah ditepi pantai bersama rakan rakan sekerja dilokasi dimana chalet dan bilik penginapan resort ini dibina.
Agak hektik juga program aku hari ini. Selepas makan tengah hari aku terpaksa pulang ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat bulana panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang. Boleh saja aku tidak hadir, tetapi ada beberapa isu yang memerlukan kehadiran aku. Terpaksa korbankan satu slot motivasi tersebut dan belanja duit minyak untuk perjalan pergi balik yang lebih 70 km. Rugi. Tidak mengapa. Bukan selalu. Sumbangan kepada masyarakat.
Sebelum bertolak balik aku mencari peserta yang berkongsi bilik dengan aku untuk menyerahkan kunci.  Tidak kenal dengan dia kerana pasangan berkongsi di atur oleh pihak SKM. Jika datang bersama rakan akan diberikan bilik yang sama. Mungkin dia perlu menggunakan bilik semasa aku tiada. Tidak perlu banyak bertanya kerana dia duduk dimeja bersebelahan semasa makan tengah hari. Dia mengatakan tidak mungkin akan menginap diresort malam ini kerana rumahnya hanya beberapa kilometer dari sini.
Selepas mesyuarat panel penasihat aku tidak pulang kerumah tetapi terus ke tempat kursus. Tujuan aku ialah untuk berehat dan kalau boleh tidur sekejap sebelum kursus disambung selepas makan malam nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan