Halaman

Ahad, 5 Mei 2013

Kayuhan selepas mengundi PRU13

Pada awalnya aku hanya ingin melepaskan gian dan untuk menguji rd (rear derailer) yang ditukar petang kelmarin. Rd yang lama sudah rosak dan longgar. Mengikut pembaik basikal susah untuk di servis dan dilebih sesuai untuk ditukar dengan yang baru sahaja.
Pagi tadi aku sudah menunaikan tanggungjawap untuk mengundi pada pilihan raya umum ke 13. Aku ketempat membuang undi agak awal iaitu pada jam 09.00 pagi. Tempat mengundi terletak kurang setengah kilometer dari rumah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Bakar Arang. Terpaksa beratur dan menunggu hampir setengah jam untuk memangkah. Apabila selesai kami (dengan orang rumah) ke pasar dan sarapan roti canai. Kemudian kami mengelilingi bandar Sungai Petani untuk melihat suasana mengundi di beberapa pusat mengundi di kawasan Sungai Petani.
Satu sebab lagi, aku tidak selesa duduk dirumah kerana masa berlalu terlalu perlahan untuk menantikan pengumuman keputusan pilihan raya yang dijangka akan diumumkan pada sebelah malam nanti.
Langit agak mendong tetapi tidak tahu bagaimana aku berkayuh ke Sungai Pasir untuk ke pekan Tikam Batu melalui Batu Lintang, Simpor. Aku baru sahaja dapat menyesuaikan kayuhan dengan rd  baru bila aku melihat langit disebelah selatan bertukar warna menjadi seperti kabus. AKu tahu hujan telah turun di kawasan Tikam Batu. Aku merancang untuk berpatah balik melalui Bukit Berapit.
Disepanjang laluan tadi aku petugas petugas parti sudah mula menanggalkan bendera parti yang dipasang disepanjang jalan. Sekali sekala kelihatan konvoi motorsikal dan kereta berarak membawa bendera parti yang disokong.



Statistik : 
    Mula ............... 5.40 petang
    Tamat ............  6.30 petang
    Jarak ............... 22 km
    Cuaca .............. Hujan
    Laluan ............. Sungai Pasir - Batu Lintang
   Odometer 2013 : 01636
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan