Halaman

Khamis, 30 Januari 2014

Basikal ditolak angin

Siap awal untuk kayuhan kedua bulan pertama tahun ini tetapi lewat memulakan kayuhan. Basikal rb dipenuhi dengan habuk dan sarang labah labah. Angin di kedua dua tayar pun sangat berkurangan, pelincir pada rantai dan gear sudah kering. Terdapat tanah lumpur kering pada frame basikal, ring dan spoke.
Lama betul aku tidak berkayuh agaknya. Dua tiga minggu kebelakangan ini agak sibuk sedikit. Keadaan cuaca terutama tiupan angin timur membawa suhu sejuk dari Siberia mengekang aktiviti kayuhan aku. Dilapurkan disebelah utara, suhu paling sejuk pernah direkodkan dalam 100 tahun.
Satu minggu lalu aku menerima panggilan telefon dari Ng Seng Keat di Jitra bertanyakan samada aku masih melakukan aktiviti kayuhan. Dia memberi tahu dia sudah beberapa tahun berhenti dan berhasrat memulakan semula. Kemudian baru aku tahu kenapa. Seorang bekas kawan sekerja, KG Loh meninggal dunia dalam usia belum mencecah 60 tahun. Dia menghidapi penyakit paru paru berair.
Sahabat tersebut mungkin merasa takut melihat kawan kawan meninggal dunia pada usia masih awal. Tiga tahun lalu berlaku juga kematian yang sama. Sekarang dia bertekad untuk memulakan semula aktiviti berkayuh dan hujung minggu lepas terasa gembira dapat membuat kayuhan pertama selepas lebih lima tahun sejauh 10 kilometer.
Untuk kayuhan pagi ini, aku terpaksa membersihkan basikal, mengapam angin, mengenakan pelincir pada rantai, gear dan bearing dan memeriksa peralatan lain termasuk brek dan mengetatkan skrew pada handle bar dan tayar. Kesemuanya hampir setengah jam. Bila berpuas hati baru aku keluar mememulakan kayuhan.
Tiupan angin bertambah kencang bila matahari naik agak tinggi, terpaksalah aku mengeluar khudrat lebih untuk meneruskan kayuhan. Separuh jalan rasa hendak berpatah balik tetapi semangat yang kuat membolehkan aku menghabiskan rancangan kayuhan untuk hari ini.


Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  9.55 pagi
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2014 : 0134
       

Isnin, 6 Januari 2014

Kayuhan pertama 2014





Statistik : 
    Mula ............... 7.55 pagi
    Tamat ............  12.35 pagi
    Jarak ............... 91 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Merbuk - Yan - Sungai Limau Dalam - Guar Cempedak - Gurun
   Odometer 2014 : 0091