Halaman

Isnin, 13 Mei 2013

Berita kecurian basikal

Sebaik sampai dirumah setelah selesai menghadiri kursus motivasi pengurusan koperasi di Pantai Merdeka, aku terus ke meja komputer untuk melayari internet. Walaupun kurang 48 jam kali terakhir melayari internet aku rasa sudah agak lama dan terasa ketinggalan sesuatu. Akhir akhir ini punca utama mandapatkan berita semasa adalah melalui lama sesawang. Tidak begitu meriah untuk membaca media cetak.
Nasib baik aku sudah makan tengah hari diresort dimana kursus diadakan tadi. Kalau tidak bising juga orang rumah. Jadi aku boleh tumpukan membaca berita dan rencana yang tertinggal. You see ... aku masih tidak mempunyai mobile internet seperti tablet atau mobile phone. Juga aku tidak begitu selesa melayari internet menggunakan telephone mudah alih.


Terjumpa artikel diatas semasa melayari facebook. Rumah dimana 'musibah' berlaku tidak jauh dari rumah aku sendiri kurang dari 500 meter. Takziah di ucapkan. Walaupun secara peribadi aku tidak mengenali rapat Cik gu Din tetapi rasanya kebanyakkan orang di kawasan ini mengenalinya. Dia memang tegar dalam aktiviti kayuhan. Kalau tidak berkayuh dia akan berjogging di sekitar taman.
Kemana sahaja aku pergi selepas ini orang akan bercakap tentang tragedi ini. Jiran dan kenalan bercerita disamping menyatakan rasa simpati. Mengikut rakan rakan yang arif tentang pasaran semasa anggaran kerugian 3 unit basikal yang dicuri melebihi RM30K. Itu tidak termasuk lain lain barang yang diangkut sama. Ramai yang menyatakan bahawa pencuri sudah lama memerhatikan rumah ini dan menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan operasi.
Mengenai bantuan maklumat jika sesiapa yang ternampak basikal basikal yang dicuri, aku ragu dan sangsi jika sesiapa boleh menolong. Kalau basikal yang dicuri akan digunakan untuk aktiviti kayuhan atau akan dijual kepada yang berminat, ia tidak akan berlaku disini. Mungkin akan dibawa paling dekat dinegeri berhampiran Pulau Pinang atau Perak atau mungkin lebih jauh. Ketika itu tiada siapa akan menyangka basikal itu adalah barangan curi.
Bagi aku, mungkin salah satu sebab tidak mahu memiliki basikal yang mahal dan canggih. Disamping tidak dapat menfaatkan keseluruhan setara dengan nilai basikal tersebut. masalah penjagaan dan penyimpanan adalah juga sukar. Basikal yang di simpan didalam bilik rumah sekali pun dapat dikebas orang apatah lagi basikal yang ditinggalkan diluar.
Setakat ini kebanyakkan rakan dan kenalan hanya mampu mengutuk kes ini. Tidak banyak yang dapat dibantu.
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan