Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

Ketawa sambil berjogging

Hari Jumaat biasanya aku tidak berkayuh tetapi melakukan senaman gantian yang mengambil tempoh yang pendek, tidak melebihi satu jam. Pagi tadi aku mendaki di Bukit Semarak dengan tongkat buloh madu yang aku kerat sendiri dari rumpun yang aku tanam di kawasan rumah. 
Kenapa kebelakangan ini aku perlu membawa tongkat apabila berjalan mendaki bukit? Aku mempunyai teori sendiri. Tiada masalah apabila membuat pendakian tetapi apabila menurun berat badan akan bertumpu kepada bahagian kaki, terutama lutut. Dengan menggunakan tongkat, beban dan berat badan dapat dipindahkan sebahagain dari kaki ke tongkat. Tidaklah lutut menanggng beban dan mungkin ia akan dapat memanjangkan hayat lutut. 
Ada kawan yang tidak pernah tertinggal mendaki bukit ini setiap hari sejak beberapa tahun lalu kini diserang penyakit lutut. Difahamkan 'katilaj' lutut sudah tidak berfungsi baik dan kini mengalami kesakitan apabila berjalan. Dia kini menghentikan aktiviti mendaki buat sementara untuk memberi masa lutut tersebut pulih. Katanya mungkin akan mengambil masa satu atau dua tahun. Tidak tahu cara perubatan apa yang diamalkan.
Aku menasihatkan dia supaya tidak keterlaluan untuk membiat aktiviti mendaki bukit, tidak perlu dilakukan setiap hari. Tiada masalah untuk mereka yang masih muda tetapi bagi kita yang sudah memasuki usia subsidi, rasanya memadai dua tiga kali seminggu. Aku pula akan mendaki selepas satu atau dua minggu.
Kesunyian dan keheningan pagi dipuncak bukit Semarak terganggu dengan suara hilaian tawa dan perbualan sekumpulan pendaki. Walaupun jarak kumpulan itu hampir 200 meter dari dimana aku berada aku kenal benar kumpulan tersebut. Tidak pernah 'miss' mereka bila aku kesini. Mereka datang lebih awal dan aku selalu memotong mereka selepas sebahagian trek iaitu semasa hendak menuruni bukit. 
Kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang wanita cina dan tiga atau empat orang lelaki tidak berhenti berbual disepanjang satu jam berjogging. Mereka kerap ketawa tebahak bahak. Entah apa yang melucukan. Aku tidak faham bahasa cina. 
Semua orang tahu ketawa adalah amat baik kepada manusia. Bukan sahaja ia menguatkan otot otot muka dan menjadikan hati suka sepanjang masa. Ia juga mengurangkan stress pada minda kita. Aku berasa iri hati kepada kumpulan tersebut kerana dapat melakukan aktiviti berjogging dengan aktiviti tertawa sekali.
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan