Halaman

Rabu, 29 Mei 2013

Kayuhan santai petang

Ingatkan hendak pergi bersembang dengan Ibrahim dan bawak rb keluar. Tetapi tiba ditempat dia berniaga goreng pisang, kosong saja tempat. Tidak mungkin sudah sudah selasai berniaga, mungkin tidak berniaga. Kalau difikirkan musim cuti sekolah ini tentu ramai orang membeli goreng pisang panas.
Aku teruskan kayuhan ke Sungai Layar dan kemudian ke Sungai Jagung. Jalan agak sibuk. Tidak mengapalah kalau kenderaan biasa. Waktu ni orang balik dari kerja. Tetapi yang menyibukkan ialah motorsikal yang ditunggang oleh anak remaja. Waktu ini mereka bersiar siar dengan kawan kawan berkumpulan. Kadang kala kelihatan hampir 20 biji motorsikal dalam kumpulan. Mereka bergerak perlahan lahan sahaja. Menyukar kenderaan lain. 
Di Sungai Jagung aku nampak satu simpang yang belum pernah aku masuk iaitu Kampung Nakhoda Busu. Glamour nama itu. Aku mengambil keputusan untuk berkayuh masuk ke kampung tersebut untuk melihat suasana dan mengharapkan ada jalan keluar tanpa perlu berpatah balik. Tiada apa yang menarik. Kebanyakkan rumah seperti rumah kampung biasa dan tidak banyak bilangan. Tidak sampai satu kilometer aku terpaksa berpatah balik kerana jalan mati. Di hujung jalan terdapat banyak kolam ternakan udang.
Rasanya kayuhan petang ini lebih kepada kayuhan santai. Kelajuan purata tidak melebihi 20 km sahaja. Aku pulang melalui jalan jauh untuk mencukupi jarak kuota biasa.

Statistik : 
    Mula ............... 6.05 pagilam
    Tamat ............  7.05 pagi
    Jarak ............... 25 km
    Cuaca .............. Panas tapi nyaman
    Laluan ............. Sungai Layar - SUngai Jagung
   Odometer 2013 : 02152
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan