Bunyi macam dialog dalam filem koboi lakonan John Wayne je yang banyak diterbitkan sebelum tahun 70an... 'kayuhan menuju matahari terbit' mungkin la secara kebetulan kot. Aku maksudkan kayuhan pagi ini menghala ke timur arah matahari terbit. Bermula pada jam 7.30 pagi dari rumah, tetapi suasana pagi rasa lain sedikit kerana minggu lepas waktu ini masih gelap, tidak nampak tanah lagi, Tidak perlu menggunakan lampu belakang tambahan pula aku memakai baju putih.
Matahari mulai kelihatan semasa aku sampai ke Taman Perdana melalui Lencongan Timur. Walaupun cahaya matahari masih belum kuat tetapi sedikit sebanyak menganggu kayuhan kerana ketinggian matahari ketika itu betul betul sama paras dan betul betul dihadapan mata aku. Waktu inilah aku mengkagumi keindahan alam dengan warna kekuningan pancaran matahari dari celah celah pokok.
Aku sampai kepersimpangan Sungai Petani - Kuala ketil (berhampiran JPJ dan Puspakom) setelah berkayuh selama 30 minit. Aku terus menuju ke Kuala Ketil. Ketika ini walaupun matahari sudah agak tinggi tetapi menyilaukan pandangan. Selepas traffic light persimpangan tersebut, aku nyaris terlanggar atau dilanggar oleh sebuah motorsikal yang datang dari arah Kuala Ketil. Aku bernasib baik kerana tiada kejadian buruk berlaku. Ketika itu lampu isyarat merah dan semua kenderaan berhenti atau perlahan. Aku cepat minta maaf untuk tidak memburukkan keadaan walaupun aku yakin yang penunggang motorsikal itu yang bersalah.
Yang seronoknya melalui jalan ini ialah keadaan jalan yang berbukit bukit sehingga ke Kuala Ketil. Disepanjang jalan di penuhi dengan kebun kelapa sawit atau kebun getah. Selepas melepasi persimpangan ke Taman Puteri Jaya aku melihat sebuah jengkaut atau backhoe tidak jauh dihadapan menuju ke Kuala Ketil. Aku sedar bahawa jentera ini tidak boleh dipandu laju dan berazam untuk memotong. Aku melajukan kayuhan. Pemandu jengkaut tersebut menyedari aku mengikutinya dibelakang dan cuba untuk memotong, kerana dia melajukan jentera tersebut. Kelihatan asap hitam tebal keluar dari eksos diiringi bunyi enjin yang kuat. Oleh kerana keadaan jalan yang agak sibuk dan berbukit aku hanya mampu mengekori jengkaut tersebut hingga ke persimpangan Sedim/Kulim dimana jentera tersebut membelok.
Beberapa kilometer dihadapan aku mula menyedari kehadiran bau yang kurang menyenangkan. Aku tahu bau itu adalah bau getah. Selepas simpang Ladang Bousted terlihat sebatang anak sungai, air yang mengalir berwarna kehitaman dan berbuih. Ini adalah punca bau busuk. Kendaraan lalu lalang disini mungkin tidak menyedari bau tersebut apabila berada dalam kenderaan, atau tidak ambil peduli.
Dari pengalaman kerja, air sungai kecil ini dicemari oleh air kumbahan kilang getah. Aku kesal kerana tiada tindakan oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini dan kesal sikap syarikat perladangan tersebut yang membiarkan keadaan sedemikian berlaku. Ingin rasanya aku membuat aduan, setakat ini aku hanya berharap ada pihak yang menyedari perkara ini dan mengambil tindakan segera. Aku sedar air sungai ini akhirnya akan memasuki sungai utama iaitu Sungai Muda dimana menjadi punca air minuman untuk penduduk daerah Kuala mMuda dan penduduk Pulau Pinang.

Aku sampai ke pekan Kuala Ketil pada jam 8.35 pagi dengan jarak kayuhan 23km. Aku terus kepenghujung pekan. Walaupun banyak kereta lalu lalang di jalan utama pekan ini, tetapi kebanyakkan kedai masih belum dibuka dan belum memulakan perniagaan kecuali dua kedai makan mamak. Aku menjelajah kebelakang pekan dimana terdapat banyak lagi kedai kedai yang selama ini aku tidak tahu wujud. Kebanyakkan kedai di belakang adalah kedai untuk penduduk Cina dan agak rancak menjalankan perniagaan. Aku nampak papan tanda tunjuk arah ke Pasar Baru Kuala Ketil dan mengayuh kearah tersebut.
Pasar ini nampaknya baru siap pembinaan, masih banyak gerai yang belum mula berniaga. Papan tanda pasar masih belum siap. Walaupun bangunan utama iap, masih terdapat banyak peniaga menjual di luar, di khemah sementara. Agaknya peniaga ini masih belum atau tidak dapat peruntukkan gerai didalam pasar. Aku sempat mengambil beberapa shot gambar disekitar pekan Kuala Ketil sebelum berhenti minum dan meneruskan perjalan pulang ke Sungai Petani. Aku melalui INTAN dan Maktab Penguruan Sultan Abdul Halim dan Pekan Lama sebelum membelok ke Taman Intan.
Pada suatu tempat sebelum Taman Sutera aku menjerit kepada pemandu teksi yang terlalu hampir dengan aku. Aku hilang kesabaran. Mungkin kerana terkejut. Ini adalah risiko dan kenyataan apabila mengayuh di jalan yang sesak dan sibuk. Kena lebih berhati hati dan berwaspada. Mungkin pemandu tersebut telah membuat perhitungan dan aggaran jarak keretanya dengan basikal aku. Mungkin aku juga bagitu jika aku memandu. Sampai dirumah isteri aku telah menydiakan nasi lemak kegemaran aku.

Statistik
Mula : 0730 pagi
Tamat : 10.10 pagi
Jarak : 52 km
Cuaca : Baik, panas
Keadaan jalan : berbukit
Kayuhan solo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan