Semalam belum pun hilang letih dan lengoh setelah membuat kayuhan ke Rekreasi Tupah, Zaidi dari Pinang Tunggal telefon ajak join kayuhan pagi Sabtu di kawasan Bukit Pinang Tunggal. Sebenarnya dia telepon pasal hal lain, bila selesai hal dia kata beberapa orang kawannya akan ikut kayuhan.
Aku mula dari rumah pada jam 0725 pagi dan tiba sebelum masa yang dijanjikan iaitu pukul 08.00 pagi dengan jarak kayuhan hampir 10km. Semasa sampai ke rumah Zaidi tiga orang kawan sekerjanya telah pun berada diluar tetapi Zaidi masih belum siap lagi. Dua lagi rakannya dari Alor Setar sampai 15 minit kemudian. Bertolak menuju ke kedai Dahlan dimana tiga rider lain menunggu pada jam 0820 pagi.
Sebelum memulakan kayuhan kami dijamu dengan pisang berangan yang segar dan besar. Satu biji sudah mencukupi untuk mengisi perut. Kesemua ada 10 orang rider dalam kayuhan hari ini. Aku agak risau juga kerana basikal aku menggunakan tayar kecil 26 x 1.25 iaitu hanya esuai untuk kayuhan jalan raya. Yang lain menggunakan tayar off-road mountain. Nanti kalau tak boleh aku patah balik je. Route atau trek tidak ditetapkan dan Dahlan Md Nor dilantik sebagai leader.
Kayuhan dimulakan pada jam 0835. Dari tempat berkumpul mengikut jalan Pinang Tunggal ke Taman Kempas. Membelok masuk ke kanan selepas 800 meter menuju ke Sorkam. Jalan agak teruk, berlobang, pecah, banyak batu dan tidak rata, Jalan ini rosak kerana lori yang menghantar pasir ke kawasan pengumpulan tidak jauh dari jalan kereta api. Bagi penduduk tempatan tempat ini lebih dikenali sebagai kilang komunis. Tak tahu lah macam mana asal usul nama ini.
Selepas pendakian di kawasan kilang, ladang getah dan melepasi jerat cina, jalan menurun hingga ke Lencongan Timur. Sebelum persimpangan Lencongan Timur kami membelok kekanan ke kawasan Sorkam. Aku belum pernah mengikuti jalan ini. Peleringkat awal jalan ini adalah ladang kelapa sawit dan kemudian sawah padi. Jalan sepanjang lebih kurang 6 km adalah jalan mini tar dan keadaan tidak berapa elok. Terpaksa berhati hati takut masuk lubang. Beberapa tempat direnang tali besar diatas jalan bertujuan untuk memperlahan kenderaan yang lalu.
Cuaca yang cerah dan masih belum panas menyeronok kayuhan di kawasan ini. Kayuhan peringkat ini terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama seramai lima orang mendahului kayuhan, kumpulan ini orang muda dan season rider, aku termasuk dalam kumpulan kedua seramai tiga orang lebih kurang tiga minit dibelakang kumpulan pertama dan kumpulan akhir terdiri dari dua orang rider. Salah seorang dari kumpulan ketiga ini adalah orang baru. Baru berjinak mengayuh.
Berhenti rehat selama lima minit di persimpangan jalan di Pantai Perai sebelum menuruskan kayuhan mendaki Bukit Pinang Tunggal. Sekali lagi aku minta kepastian dari Dahlan dan Zaidi samada basikal aku dengan tayar kecil boleh buat pendakian atau tidak. Mereka meyakinkan aku.
Dua orang rider tidak berjaya membuat pendakian bukit tersebut kerana kurang latihan dan terpaksa menolak basikal hingga keatas. Setelah berehat, kami meneruskan kayuhan. Kali ini kumpulan dipecahkan kepada dua. Kumpulan pertama akan meneruskan pendakian terus keatas puncak bukit manakala kumpulan kedua akan mengikut jalan pintas yang tiada pendakian. Semasa aku sampai ke pertengahan jalan turun, kumpulan pertama telah sampai menunggu rider lain untuk meneeruskan penurunan hingga kejalan yang diikuti pada peringkatg mula, iaitu kawasan kilang komunis. Selepas melintasi jalan kereta api, membelok ke kiri dan membuat dua pendakian. Dua rider baru tidak berupaya membuat pendakian.
Kami menamatkan kayuhan di rumah Zaidi di Taman Pinang Tunggal. Aku sempat bersembang dengan kenalan lama, Suhaimi yang tinggal di Taman yang sama. Bila sampai di rumah Zaidi makanan, minuman dan air sejuk telah disediakan.
Bertolak balik jam 10.45 pagi. Cuaca sudah mulai panas,
Statistik kayuhan
Mula : 7.25 pagi
Tamat : 11.15 pagi
Jarak : 48 km
Kawasan : Pinang Tunggal
Jumlah peserta : 10 orang
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan