Badan dah mula rasa tak berapa bertenaga sebab tidak buat kayuhan semenjak dua hari lepas. Walau dah agak lewat, aku kuatkan semangat dan mulakan kayuhan pada 8.30 pagi. Disebabkan telah biasa, waktu ini aku agak lambat dan rasa lain macam je. Tu semua perasaan je, sebab kalau fikirkan tiada bezanya mula kayuhan pukul 6.30 atau pukul 9.00 pagi. Mungkin suasana dan cuaca sejuk dan panas je.
Dari Lencongan Barat aku ambil kearah selatan memasuki jalan Sungai Pasir terus ke persimpangan Batu Lintang. Tak banyak kenderaan kat jalan raya sebab hari ini adalah hari mula kesekolahan untuk Negeri Kedah. Disepanjang jalan tak banyak aktiviti yang aku perhatikan. Beberapa gerai jualan kueh dan nasi lemak lengang je. Mungkin pelanggan dah berkurangan sebab waktu dah dekat pukul 9.00 pagi.
Dari simpang Batu Lintang aku teruskan kayuhan ke arah Tikam Batu. Suasana nyaman, disebelah kanan jalan kelihatan sawah padi yang menghijau dan sebelah kiri jalan bukit. Laluan ini ada juga pendakian tetapi tidak berapa tinggi. Dulu bila mula mula berbasikal, terasa penat juga bila melalui jalan ini dan sering menukar gear tetapi sekarang ni dah tak perlu.
Bila sampai ke Pekan Tikam Batu, suasana kelihatan agak sibuk. Kelihatan banyak kenderaan dan orang yang ramai di tapak pasar pagi. Kedai kedai disepanjang jalan ke Kuala Muda/Pantai Merdeka baru dibuka dan kenderaan agak sibuk dan perlahan. Aku masih belum mengetahui asal usul nama pekan ini. Mungkin aku kena secara serius bertanya pada penduduk tempatan macam mana dapat nama ini. Kadangkala aku teringat cerita King Author, cerita lagenda orang Inggeris yang berjaya mencabut pedang yang tertanam didalam batu.
Terdapat beberapa sekolah disepanjang jalan yang memulakan hari persekolahan. Ramai juga ibu bapa kelihatan diperkarangan sekolah, tak tahu le untuk apa sebab pendaftaran telah dibuat sebelum sekolah dibuka.
Aku berpatah balik se Sungai Petani melalui jalan utama N1 Butterworh Alor Setar. Hairan juga tiada nampak rider lain. Apabila sampai ke Padang Temusu baru le aku nampak seorang rider 500 meter dihadapan. Aku pun lajukan kayuhan untuk mengejar. Agak kecewa juga bila dapat menghampirinya. Aku tengok basikal kira ok gak, semua lengkap. Penunggang siap dengan beg dibelakang, dah berumur, agak dalam lingkungan 45 tetapi menghisap rokok daun sambil mengayuh basikal. Pasal apa le jadi bagini. Ramai juga member aku yang hisap rokok, tapi mereka hisap rokok sebelum dan sesudah kayuhan. Aku bagi salam dan teruskan kayuhan memasuki semula mengikuti lencongan barat untuk balik kerumah.
Aku tertanya juga sama ada member aku, Ibrahim yang baru beli basikal semalam membuat kayuhan atau tidak.
Statistik Kayuah :
Mula : 8.30 pagi
Tamat : 9.35 pagi
Jarak : 24 km
Cuaca : Nyaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan