Petang ini cuaca redup dan agak mendung. Sesuai juga untuk membuat kayuhan untuk menegang urat dan otot. Sebelum keluar buat kayuhan aku tutup semua akaun trading forex sebab keadaan pasaran yang agak tidak menentu pada masa ini iaitu pada awal tahun dan berita ekonomi Amerika yang agak tidak menentu. Takut semasa ketiadaan depan komputer, pasaran kearah lain. Dua tiga hari ni aku mengalami kerugiaan yang agak banyak.
Aku bercadang untuk buat kayuhan ke Bukit Taman Kempas. Walaupun jarak tak berapa jauh iaitu 15 km saja, tetapi pendakian agak memenatkan. Boleh membuatkan otot kejang. Ketinggian bukit lebih kurang 90 meter dari aras laut. Di puncak bukit tersebut terletak dua kolam pengimbang air berkapasiti 4 juta gelen setiap satu yang menyimpan air di pam dari Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal untuk dibekalkan ke kawasan Kuala Muda. Juga didalam kawasan kolam terdapat juga pemancar Celcom dan Maxis.
Pendakian bermula dari traffic light persimpangan Taman Seri Gedong dan Lencongan Barat menghala ke Pinang Tunggal. Kenderaan banyak berhenti di kedua dua belah jalan untuk membeli sayur sayur dan buah buahan di gerai yang dibuka dari pagi hingga ke malam. Pendakian ini sejauh 300 meter dengan kecerunan lebih kurang 10 darjah. Setelah memasuki simpang Taman Kempas Fasa 1, pendakian diteruskan sejauh 400 meter dengan kecuraman melebihi 20 darjah. Boleh rehatkan otot yang lenguh apabila jalan menurun sejauh 150 meter dan mendaki semula sejauh 150 meter. Kemudian jalan menurun semula untuk 200 meter dimana selepas itu pendakian bukit bermula. Untuk 200 meter pertama kecuraman melebihi 15 darjah dan untuk 300 meter terakhir kecuraman meningkat melebih 30 darjah. Disini kelajuan yang aku catatkan kurang dari 10km/j.
Sampai dipuncak bukit aku berehat sebentar. Pemandangan disini amatlah mengasyikkan. Di sebelah utara kelihatan Bandar Sungai Petani yang dipenuhi dengan kawasan perumahan dan kawasan komersial. Sebelah timur kelihatan banjaran bukit bukau yang merentangi dari utara ke selatan. Disebelah selatan pula kelihatan kawasab Seberang Perai Utara yang dipenuhi dengan saewah padai an akhir sekali disebelah barat kelihatan Pulau Pinang dan laut di sekitarnya.
Lokasi ini adalah salah satu lokasi favourite yang kerap aku lawati kalau aku buat kayuhan solo. Selain dari udara yang nyaman diatas bukit ini, pemandangan disini amat indah terutama sebelah petang apabila matahari akan terbenam.
Aku terpaksa turun menolak basikal di tempat yang paling curam kerana brek basikal tak berapa baik. Basikal aku masih menggunakan V-Brake bukan disc brake. Walaupun boleh tunggang semasa menurun tetapi aku takut kalau brake mengalami masalah. Pejalanan balik mengikuti jalan yang sama.
Statistik
Mula : 5.45 petang
Tamat : 6.40 petang
Jarak : 15 km
Keadaan : Jalan biasa dan bukit
Cuaca : Mendong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan