Tiada lagi jemputan kenduri kahwin pada hujung minggu ini. Dengar masih ada lagi satu dua kenduri pada hujung minggu ini tetapi bagai kata orang Kedah 'tak kena'. Semasa musim kenduri ini banyak daging, nasi minyak dan makanan yang mempunyai kolesterol tinggi yang ditelan, jadi sekarang ini semua sudah selesai tibalah masa untuk mengurangkan kolesterol, lemak, kalori yang terkumpul dalam badan. Tujuan untuk mengurangkan ia menjadi mudharat dan penyakit atau badan menjadi gemuk. Aku seperti orang lain juga tidak dapat menahan dugaan makanan nasi minyak dan daging yang dihidangkan.
Kelebihan kita yang melakukan aktiviti bersukan termasuk berbasikal ialah dapat mengurangkan kandungan kolesterol, lemak dan kalori yang bertambah semasa musim kenduri. Fikirkan pula orang yang tidak melakukan apa apa aktiviti bersukan!. Aku sering menasihatkan kawan lain supaya melakukan aktiviti senaman, tidak kiralah apa pun, apa pun keadaan atau bila masa pun. Pilih senaman yang paling sesuai dengan keadaan, bajet, masa dan keupayaan kita. Kalau boleh senaman yang tidak memerlukan masa, tempat, pekakasan, orang lain dan lain lain.
Sekarang kena keluarkan/turunkan basikal, bersihkan, buat pemeriksaan, tambah gris dan pelincir, pam angin, uji brake dan servis apa yang patut untuk memulakan kayuhan semula.
Aku berasa seronok apabila seorang lagi kawan aku iaitu Shukri Hashim, berusia hampir 50 tahun, tinggal bersebelahan dengan taman perumahan tempat aku, baru membeli basikal mountain. Walaupun basikal kira 'entry level' berharga kurang dari 1K, tetapi memadai sebagai permulaan. Buat masa ini dia hanya berkayuh seorang diri, tidak mahu join sesiapa atau pengayuh lain, mungkin kerana tidak mempunyai pengalaman, ketahanan atau keupayaan untuk bersama orang lain. Dia berupaya menghabiskan jarak kayuhan 20km pada hujung minggu. Bagi dia masa dan peluang, pasti dia akan menyertai kumpulan pengayuh lain.
Semasa aku berada dikampung hujung minggu lepas, aku terperasan seorang saudara aku kini lebih 'kuat' / banyak beribadat dari dulu. Bila aku tanya isterinya, ramai kawan-kawan saudara aku ini telah meninggal akibat pelbagai penyakit. Ramai yang tidak sempat mencecah usia 60 tahun. Alhamdulillah, kerana banyak beribadat, takut tidak cukup amalan atau pahala jika mengikuti jejak kawannya, tetapi senaman juga tidak boleh diambil ringan, atau tidak dilakukan sama sekali. Bagitu juga dengan makanan, berpada pada dan pilih makanan, berpantang tetapi jangan pantang jumpa. Ibadat adalah bekalan kita ke alam akhirat, manakala bersenam berkemungkinan dapat memanjangkan usia seseorang dengan izin Allah.
Pagi ini aku rasa berbelah bagi untuk membuat kayuhan kerana langit kelihatan mendong dan gelap, mungkin hujan akan turun, mungkin tidak. Setelah sarapan pagi dengan makanan kebiasaan aku iaitu secawan nescafe dan semangkuk 'quaker oat' aku bersiap dan bertolak membuat kayuhan solo. Kerana berehat dan tidak berkayuh hampir satu minggu dan penat memandu yang masih belum hilang sepenuhnya, agak sukar bagi otot otot kaki menyesuaikan kejangan dan menjadi longgar. Sepatutnya kena lakukan senaman ringan dulu sebelum memulakan kayuhan tetapi rasanya tidak perlu kerana kayuhan ini senaman juga. Sebaik sahaja memasuki lencongan barat, aku mula mendapat semula rhythm/ rentak kayuhan.

Semasa sampai ke persimpangan lampu isyarat ke Penghulu Him, aku diekori oleh John yang sampai dari belakang. Dia menggunakan roadbikes dan kayuhanya agak laju. Kami mengayuh bersama hampir tiga kilometer dan berpecah. John mengayuh kearah Lencongan Semeling dan aku meneruskan kayuhan menghala ke Lagenda Height. John kata dia tidak dapat bersama kerana hendak lekas pulang kerana ada kerja.
Dipersimpangan lampu isyarat ke Sungai Layar, aku nampak Juan bersama kawanya sedang mengayuh pulang dari arah Semeling. Kami hanya sempat mengangkat tangan. Aku, John dan Juan sering membuat kayuhan bersama, tetapi pagi ini kami mengayuh berasingan, aneh berjumpa. Aku juga ditegur oleh Syed Fuad di lampu isyarat Kawasan Perindustrian Taman Ria. Dia dalam perjalanan pergi ketempat kerja. Sudah lama juga tidak berkayuh dengannya dan aku hutang satu janji dengan dia, iaitu untuk membuat kayuhan ke hat Yai, Thailand.
Oh.. hari ini dari awal pagi hingga jam 3.00 petang nampaknya akses streamyx di Sungai Petani agak baik dan memuaskan. Adakah ia akan berterusan, sama sama lah kita nantikan.
Statistik :
Mula : .............. 7.30 pagi
Tamat : ............ 9.00 pagi
Jarak : ............. 32 km
Cuaca : ............ mendong
Route : ............ Lencongan Barat - Lencongan Timur
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan