Hari aku tinggal seorang saja dirumah. Aku lihat cuaca tidak berapa cerah pagi ini dan kelmarin hujan turun hampir satu hari. Mungkin hujan akan berterusan hari ini. Tidak ada apa kerja yang kena buat pagi ini kecuali untuk memilih baju koperasi pada sebelah tengahari. Jadi aku tekad untuk membuat kayuhan kerana kayuhan akhir aku adalah pada hari Sabtu lepas. Rancangan aku mudah saja, mulakan kayuhan pada jam 7.30 pagi dan berpatah balik tepat jam 09.00 pagi, tidak kira sampai mana pun dan akan berada semula dirumah pada jam 10.30 pagi.
Pada awal kayuhan tiada masalah kerana cuaca pun amat nyaman sehingga sampai ke Tanjung Jaga. Sepanjang jalan selepas Pekan Merbok kelihatan motorsikal yang membawa raga berisi durian keluar dari kebun/dusun di atas bukit menuju ke gerai-gerai sementara yang didirikan disepanjang jalan. Beberapa kali aku ingin untuk berhenti membeli sebiji dua durian tetapi aku ingin habiskan kayuhan dahulu.
Sampai ke destinasi iaitu bukit terakhir Tanjung Jaga kurang 10 minit dari masa yang aku jangkakan. Agaknya kekerapan membuat kayuhan akhir ini membuatkan aku sampai awal sedikit dari jangkaan. Juga tiada masalah membuat pendakian tiga bukit kecil di jalan ini. Bukit akhir yang paling mencabar. Tiga kali percubaan yang berasingan baru berjaya. Apa tidaknya, lori yang penuh muatan terpaksa menggunakan gear paling rendah untuk pendakian bukit ini. Pernah aku lihat orang-orang muda hanya mampu berkayuh sampai dipertengahan bukit sahaja.
Air Bukit |
Dari segi kandungan, memangnya air ini bebas dari bahan kimia yang lazim digunakan di loji rawatan atau loji pembersihan air. Tiada kapur, tawas, fluorida dan yang orang ramai khuatir kandungan klorin. Sebaliknya kandungan bakteria dan kuman yang merbahaya kepada manusia didalam air ini boleh dipersoalkan. Tidak diketahui samada air tersebut tercemar oleh bahan kimia dari racun dan pesticide yang digunakan di dusun dan kebun yang berada dilaluan air tersebut yang mungkin meresap kedalam tanah. Juga pencemaran bakteria dari najis binatang, unggas dan juga manusia.
Pernah dilapurkan didalam akhbar beberapa tahun yang lepas bahawa air yang diambil dari sini tercemar oleh virus yang terdapat dalam intestine haiwan termasuk manusia dan menyebabkan penyakit berjangkit. Pihak Jabatan Kesihatan membuat persampelan dan ujian parameter kandungan air tersebut mendapati air tercemar oleh e-coli dan coliform. Dari mana punca bakteria tersebut tidak dapat dipastikan.
Jabatan Kesihatan atau pihak berwajib lain perlu meletakkan papan tanda amaran memberitahu orang ramai tentang risiko menggunakan air tersebut. Orang ramai perlu diberitahu tentang faktor keselamatan menggunakan air yang tidak dirawat. Jangan berpendapat setiap air yang datang dari gunung melalui hutan itu bersih dan tidak tercemar. Tambahan pula kebanyakkan kawasan tadahan air tersebut kini diterokai untuk dijadikan dusun dan ladang.
Menjadi kelaziman orang ramai, dimana terdapat sumber air bukit seperti jalan jalan baru, orang akan mengambil dan menggunakan air tersebut. Persepsi dan anggapan oranng ramai adalah air tersebut lebih selamat dari air yang dibekalkan oleh kerajaan dan air tersebut mempunyai lebih khasiat yang baik untuk badan.
Semasa berpatah balik aku melihat awan hitam pekat di sebelah Tanjung Dawai, Dalam hatiku pasti hujan akan turun sebentar lagi. Sebaik saja melepasi Singir Darat, hujan mulai turun. Sebelum jumpa tempat berteduh aku telah basah kuyup. Mahu sahaja aku teruskan kayuhan dalam hujan, cuma takut kena deman atau selsema. Pasti seronok berhujan seperti masa masa kecil dahulu. Aku berteduh disebuah gerai jualan buah buahan sementara yang tidak lagi digunakan hampir 15 minit sehingga hujan reda.
Gerai Jual Durian - tempat berteduh dari hujan |
Hari ini ada dua jemputan untuk kayuhan bersama. Dahlan menelipon sebaik sahaja aku sampai kerumah dari kayuhan ke Tanjung Jaga. Dia mengingatkan dan menjumput aku untuk menyertai kayuhan di Cameron Highland pada 17 Jun 2010. Aku minta tempuh dua tiga hari sebelum memberi jawapan. Hati aku berbelah bagi samada pergi atau tidak kerana keadaan basikal. Aku kena check semula tayar mountain dalam simpanan samada masih elok atau tidak. Fork depan pun tidak berapa elok dan perlu ditukar.
Juan pula telipon pada sebelah malam mengajak aku membuat kayuhan Gunung Jerai pada hari Ahad 27hb Jun 2010 nanti. Walaupun aku telah memenuhi kuota bilangan kayuhan gunung untuk bulan ini aku rasa tiada masalah untuk join Juan dan geng. Tidak lama selepas itu Amran pula menelifon juga mengajak aku menyertai kayuhan di Cameron Highland. Kalau aku ikut serta mungkin aku akan ajak kawan lama Ramlan dari Pelubang dan Johari dari Bandar Puteri sertai sekali.
Statistik :
Mula : ................ 0740 pagi
Tamat : ...............10.30 pagi
Jarak : ............... 49 km
Cuaca : .............. hujan
Route : .............. Lencongan barat - Lencongan Semeling - Merbok - Tanjung Jaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan