Serba tidak kena bila aku ingin memberikan tajuk untuk posting hari ini. Pada peringkat awal, aku ingin memberi tajuk 'kayuhan tiga daerah' tetapi kemudian selepas dua jam berkayuh aku menukar fikiran untuk menamakan 'kaki besi' dan pada peringkat akhir kayuhan aku ingin memberi tajuk 'sudah jatuh ditimpa tangga' atau 'double trouble' atau 'kayuhan malang'.
Kayuhan pagi berkumpulan, kayuhan yang jarang aku lakukan sejak kebelakangan ini. Aku lebih banyak membuat kayuhan solo atau sendirian. Bukan apa, pada tahap usia ini aku cuba mengelakkan kerenah, sikap dan perangai bila berkumpulan. Untuk mengelakkan rasa bengang, stress atau tension, lebih seronok bersendirian.
Kumpulan kayuhan pagi ini hanya bertiga. Bermula agak awal dan kami berjumpa di tempat yang dijanjikan iaitu lampu isyarat persimpangan Taman Intan. Apabila semua sudah berkumpul (lewat 5 minit) ada perubahan dibuat pada destinasi kayuhan. Destinasi kayuhan adalah Sik. Aku diberi penghormatan membuat keputusan tentang laluan samada melalui Kuala Ketil - Parit Panjang atau melalui Gurun - Jeniang. Aku memilih Gurun - Jeniang dengan alasan jalan pulang melalui Parit Panjang - Kuala Ketil nanti lebih teduh dan redup kerana banyak pokok pokok di tepi jalan.
Sebaik bermula sudah menjadi tidak ketentuan, aku memilih untuk melalui jalan bandar Sungai Petani kerana ini adalah laluan yang paling munasabah dari lokasi permulaan. Tetapi ada yang memberi alasan laluan tersebut sibuk dan membuat detour melalui lencongan barat. Mana ada sibuk kerana masih awal pagi dan pula hari ini cuti hujung minggu. Tambahan 5 km, mungkin baik untuk exercise tetapi perasaan aku mula berbalah dan tidak seronok.
Baru 40 minit berkayuh, aku diberitahu untuk berhenti di Bedong tujuan sarapan pagi. Sekali lagi aku memendam perasaan. Kalau sudah tahu hendak melakukan kayuhan sepatutnya bersedia dengan sarapan yang bertenaga dirumah. Kebiasaan aku akan pekena semangguk Oat, telur rebus dan secawan nescafe. Boleh berkayuh lebih dua jam tanpa berasa lapar. Dalam poket baju aku ada dua tiga biji buah kurma untuk tenaga bila letih nanti.
Laluan dari Gurun ke Jeniang berombak ombak (berbukit bukit manja), syok layan jalan ini. Jalan pun luas dan terdapat laluan motorsikal yang memberikan keselesaan/keselamatan kepada pengayuh basikal. Aku tidak merasa kecil hati atau terkilan kerana rakan yang dua orang lagi memecut sehingga hilang dari pandangan aku. Rasanya laluan sepanjang hampir 22 km tersebut aku berada hampir 2 km dibelakang.
Ekkk .... baru satu jam lebih sarapan dah nak makan lagi. Sebaik aku memasuki pekan Jeniang dua orang sahabat sedang memesan makanan dan minuman disebuah gerai makanan. Kedua mereka makan nasi berlauk. Yang dimakan di Pekan Bedong sebentar tadi sudah kehabisan agaknya. Sebagai protes aku duduk semeja tetapi enggan minum atau makan. Aku menghilangkan rasa dahaga dan kering tekak dengan air yang dibawa. Oh ... aku bawa dua botol air. Sementara mereka menjamu selera aku keseberang jalan untuk ke tandas di satu satunya stesyen minyak di pekan Jeniang. Kami berhenti lebih kurang 20 minit.
Sesuatu yang agak lucu berlaku. Tuan kedai mengira makanan orang yang duduk satu meja dengan kami. Nasib baik kami perasan dan memberitahu tuan kedai yang orang tersebut tidak bersama dengan kami. Wang lebihan hampir RM4.00 dipulangkan semula. Tidak pasti orang tersebut telah membayar apa yang dimakan.
Sementara kami bersiap untuk memulakan kayuhan semula dua orang rider lalu dihadapan kami. Aku tidak memberikan perhatian kerana mungkin ramai rider lain yang berada di jalan pada hujung minggu ini. Kami berada dibelakang dua rider tadi lebih kurang 4 km dari Pekan Jeniang menuju ke Sik. Ketiga tiga kami terkejut ketika menghampiri mereka mendapati salah seorang dari rider tersebut mengunakan kaki besi pada peha sebelah kiri.
Salute .... aku terbaca dalam facebook dua hari lepas bahawa rider yang sama berjaya sampai ke puncak Gunung Jerai pada 26 Okt 2011 sempena cuti umum Deepavali. Rider tersebut kini berkayuh sama dengan aku. Sempat berbual pendek kerana keadaan tidak mengizinkan untuk bersembang panjang. Mereka berdua membuat kayuhan dari Gurun ke Sik. Banyak yang ingin aku pelajari dan ingin tahu mengenai dirinya. Agak sukar berbual dengan selesa kerana kelajuan hampir 25 km/j dan jalan yang agak mendaki.
KAGUM, itulah kesimpulan yang dapat aku katakan. Tidak ramai mereka kekurangan anggota terutama kehilangan satu kaki boleh melakukan apa yang sedang aku lihat sekarang. Dia berjaya keluar dari kepincangan dan melakukan sesuatu yang membuatkan orang yang cukup dan lengkap anggota malu. Kecacatan tidak mengongkong dan membataskan kehidupan sehariannya, dia masih mampu melakukan aktiviti berkayuh.
Dia baru sahaja bergiat dalam aktiviti ini dan kayuhan hari ini adalah satu latihan kerana dia akan menyertai jamboree berbasikal yang agak top dalam masa terdekat ini. Kami mengucapkan selamat berjaya dan selamat tinggal, semoga berjumpa lagi. Pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk berkayuh dengannya jika ada peluang.
Sebelum bertemu rider berdua ini, pada salah satu persimpangan selepas Pekan Jeniang terdapat berberapa kereta diletakkan ditepi simpang tersebut. Ada kereta polis, RELA dan PGA serta beberapa biji motorsikal. Mereka menegur kami dan menyuruh kami berhenti untuk menunggu berbasikal yang akan sampai sebentar lagi. Mereka mengajak kami menyertai kumpulan tersebut. Mungkin ramai peserta berdasarkan persiapan dan bantuan ajensi kerajaan. Mungkin mereka dari utara samada Alor Setar atau Pendang dan akan berkayuh ke Sik.
Kayuhan ke Parit Panjang agak mencabar kerana keadaan jalan yang berbukit bukit. Keadaan ini memperlahankan kayuhan aku manakala dua rakan aku yang lain sekali lagi sudah tidak kelihatan. Tetapi tidak jauh dihadapan. Mungkin tidak lebih dari kurang lima minit dihadapan. Di salah satu pendakian bukit ini aku terdengar bunyi 'snap' dan serta merta aku tahu jejari (spoke) roda belakang telah putus. Kali kedua dalam masa satu minggu. Aku menelipon rakan rakan untuk memberitahu mereka tetapi panggilan tidak di jawap. Hanya lima minit kemudian apabila mereka sampai di 'round about' Parit Panjang mereka membalas panggilan.
Tiada pilihan melainkan mengayuh perlahan-lahan dengan pusingan roda belakang yang tidak seimbang. Aku sampai keletihan dan dengan moral yang begitu rendah sekali, lima minit kemudian ditempat mereka menunggu. Tiada apa yang dapat mereka bantu, kedai basikal yang paling hampir ialah 18 km jauhnya iaitu di Pekan Kuala Ketil. Selepas menghilangkan penat dan letih badan, kami meneruskan kayuhan ke Kuala Ketil. Kayuhan aku pada mula banyak terganggu tetapi dapat menyesuaikan dan berjaya sampai untuk makan tengah hari di sebuah restoren di pekan Kuala Ketil.
Semasa makan kami banyak berbincang tentang apa yang perlu dilakukan dan aku mengambil keputusan untuk menggantikan keseluruhan spoke roda belakang. Buat masa ini aku sanggup mengayuh pulang ke Sungai Petani dengan keadaan satu spoke putus. Hanya tinggal 20 km sahaja lagi.
Semuanya berjalan lancar sehingga kami berada di hadapan JPJ Sungai Petani berhampiran dengan simpang lencongan Timur. Pedal kanan menjadi ketat dan kemudian langsung boleh berpusing. Terpaksa berhenti untuk melihat sebabnya. Aku teruskan kayuhan dan hanya dapat lebih kurang 50 meter apabila pedal tersebut tertanggal dari crank. Peristiwa inilah yang dimaksudkan sudah jatuh ditimpa tangga. Dua kerosakkan dalam satu hari. Dalam keluhan secara tidak sengaja aku berkata dimana silapnya dan apa kesalahan aku telah aku lakukan.
Azbeel mencadangkan supaya dia menolak aku ke kedai basikal yang hanya 3 km sahaja dihadapan tetapi aku menolak cadangan tersebut. Aku menyuruh dia meneruskan kayuhan dan aku akan menyuruh anak aku datang dengan kereta.
Walau apa yang berlaku ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan aktiviti kayuhan ini. Mengalami kerosakkan semasa kayuhan adalah salah satu 'norm' atau kebiasaan. Akan lebih berhati hati melakukan senggaraan berjadual dan senggaraan pencegahan dimasa masa akan datang. Lebih elok .... tukar atau beli sahaja basikal baru !!!!
pilih kuih .... |
Laluan dari Gurun ke Jeniang berombak ombak (berbukit bukit manja), syok layan jalan ini. Jalan pun luas dan terdapat laluan motorsikal yang memberikan keselesaan/keselamatan kepada pengayuh basikal. Aku tidak merasa kecil hati atau terkilan kerana rakan yang dua orang lagi memecut sehingga hilang dari pandangan aku. Rasanya laluan sepanjang hampir 22 km tersebut aku berada hampir 2 km dibelakang.
.. makan lagi. Jeniang |

Statistikh
Mula ........... 7.00 pagi
Tamat ......... 1.00 tengah hari
Jarak ........... 114 km
Cuaca ......... Panas
Laluan ........ Bedong - Gurun - Jeniang - Sik - Parit Panjang - Kuala Ketil - Sungai Petani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan