Aku tidak terasa hendak berkayuh hari ini, kerana badan terasa letih dan tidak bermaya. Setelah sarapan pagi dan berehat sambil membaca akhbar, aku rasa bersalah pula duduk dirumah tanpa membuat apa apa. Juga terasa rugi sangat hari ini tanpa melakukan sesuatu.
Walau sudah agak lewat sewaktu memulakan kayuhan, perasaan 'guilty' hilang dan aku merasa seronok melalui kawasan sawah padi di Bukit Wang. Aku tidak berniat untuk pergi jauh atau berkayuh lama kerana tidak mahu keletihan untuk menunaikan solat Jumaat nanti. Target aku sekadar dua jam termasuk waktu minum pagi.
Memang, ... selepas lebih kurang 10 minit segala sengal sengal badan dan rasa letih mulai hilang. Mungkin perasaan hanya di dalam kepala. Sempat juga aku singgah berjumpa beberapa orang rakan di Taman Rhu, tempat menjual lemang Pak Teh.
Statistik
Mula ............. 9.10 pagi
Tamat ........... 10.35 pagi
Jarak ............. 27 km
Cuaca ............ Panas
Laluan ........... Batu Lintang - Simpor - Tikam Batu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan