Oleh kerana masa tidak mengizinkan genap satu minggu tidak membuat kayuhan. Badan pun sudah mula rasa sengal sengal kerana otot otot sudah lama direhatkan. Apa lagi, capai basikal dan kayuh ....
Hari ini ramai cyclist dijalan, ada yang berkumpulan dan ramai juga yang bersendirian seperti aku. Ada yang menggunakan mtb dan ada juga yang menggunakan rb. Bangga aku melihat ramai rakyat Malaysia kini sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan. Basikal menyediakan alternatif sukan yang begitu penting. Murah, mudah dan seronok.
Sebaik memasuki lencongan timur dari arah Sungai Petani Utara, satu lorong jalan ditutup untuk kerja kerja senggaraan. Dibelakang aku ada sebiji lori trailer panjang, deruan enjin cukup menggerunkan. Satu perkara aku seronok lori tersebut tidak membunyikan hon langsung tetapi mengikut kelajuan basikal aku dari jarak yang selamat. Juga tidak cuba memotong walaupun ada ruang. Jarang juga pemandu bagini. Berbeza sungguh dengan pemandu lori tanah atau pasir yang sering bersikap kurang ajar.
Punya lah pulun kerana tidak mahu mengganggu lori tersebut yang dibelakangnya sudah terdapat deretan kereta yang agak panjang. Paling laju aku boleh kayuh hanyalah 38 km/j. Akhirnya aku terpaksa mengalah dan masuk ke laluan yang ditutup. Aku membuat keputusan begini walaupun sedar ada kemungkinan tayar basikal akan pancit kerana batu kecil dan halus pada bahagian jalan yang sedang disenggarakan.
Apabila memasuki jalan lencongan barat, kayuhan menjadi perlahan. Bukan disebabkan keletihan kerana baru hampir 1 jam berkayuh tetapi tipuan angin yang kencang dan kuat. Memang pada waktu ini iaitu penghujung tahun hingga ke bulan Mac, angin akan bertiup kencang. Orang Kedah kata 'Angin Timur'. Angin ini selalunya kering dan empat bulan bila angin ini bertiup kawasan utara akan mengalami cuaca kering dengan hujan yang sedikit. Tetapi tahun ini agak berbeza, walau pun angin timur bertiup, musim hujan masih belum berakhir.
Kalau difikirkan angin timur bermakna angin yang bertiup dari arah pantai timur iaitu dari Laut Cina Selatan. Angin yang pada mulanya lembab akan kehilangan kelembaban apabila melintasi banjaran Titiwangsa dan tiba disebelah pantai barat dengan agak kering.
Kalau difikirkan angin timur bermakna angin yang bertiup dari arah pantai timur iaitu dari Laut Cina Selatan. Angin yang pada mulanya lembab akan kehilangan kelembaban apabila melintasi banjaran Titiwangsa dan tiba disebelah pantai barat dengan agak kering.
Seronoknya apabila angin ini bertiup suhu akan menjadi sejuk. Sering aku akan menutup 'air-cond' kereta dan membuka semua tingkap kereta untuk menikmati udara sejuk yang dibawa oleh angin timur ini. Aku sering beranggapan Kedah mendapat tempias musim sejuk (winter) yang sedang berlaku di hemisfera utara.
Statistik
Mula ............... 7.45 pagiTamat .............. 9.05 pagi
Jarak ............... 33 km
Cuaca .............. Nyaman
Laluan ............. Lencongan Barat - Lencongan Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan