Halaman

Ahad, 10 Februari 2013

Kayuhan Gong Xi Fa Cai

Terimalah ucapan GONG XI FA CAI kepada semua geng kayuh, warga Taman Intan Sungai Petani, kenalan dan bekas rakan sekerja.


Sepatutnya semalam aku melakukan kayuhan. Bagus punya rancangan, untuk ke Butterworth dan kalau ada tenaga kemudian menaiki feri ke Pulau Pinang. Gerenti syok ronda ronda di Tanjung (George Town). Kawan kata tambang feri untuk basikal sama dengan tambang motorsikal iaitu RM1.40 sahaja.
Rancangan kayuhan tergendala kerana anak menakan (anak saudara) datang dari KL untuk pergi memancing di perairan Yan. Mereka sampai agak lambat, dah dekat tengah malam. Kemudian layan sembang hampir dua jam. Aku sudah tidak biasa tidur lewat macam itu. Bila masuk bilik untuk sambung tidur, punya lah susah untuk memelapkan mata.
Awal pagi kena hantar anak saudara ke jeti Pengkalan Pekan Baru. Hanya 1 km dari rumah. Kawan yang lain sudah sampai dan sedang menyiapkan bot dan memunggah barangan yang akan dibawa pada expedisi memancing. Meraka akan bermalam di salah sebuah 'tuas' ditengah laut sana dan akan pulang petang hari kedua. Ada enam orang dalam kumpulan termasuk pemandu bot. Bot agak baru dan hampir 13 meter panjang. Walau bot agak sempit tetapi disediakan bilik air dan tandas. Bot dilengkapi dengan dua biji enjin Mercury yang berkapasiti besar.
Rasanya ingin membuat kayuhan selepas menghantar Naim ke jeti. Kemudian aku menukar fikiran kerana memikirkan badan agak lemah kerana tidak cukup tidur. Takut lain pula jadinya nanti. Ganti dengan hari berikutnya? (kira hari ini lah tu...) Tidak boleh juga kerana ada jemputan kenduri di Taman Mutiara, Sungai Ular, Kulim. Terpaksa berpuas hati dengan kayuhan satu round lencongan barat - timur.
Tidur aku malam tadi pun terganggu lagi seperti malam sebelumnya. Masuk tidur awal iaitu pada jam 1100 malam. Tetapi kemudian terjaga oleh bunyi mercun tepat pada jam 12.00 tengah malam. Sambutan Tahun Baru Cina bermula. Hairanya mercun mula dibakar tepat pada tengah malam. Seolah-olah seluruh penduduk taman serta taman taman lain yang menyambut Tahun Baru Cina bangun dan keluar membakar mercun serentak. Langit dipenuhi dengan percikan warna bunga api, yang tinggi dan rendah, kecil atau besar dan dengan suara dan bunyi nyaring. Kucing kesayangan anak perempuan aku takut hingga lagi menyorok di bawah selimut.
Dimana mercun diperolehi. Disebalik sekatan penjualan oleh kerajaan macam tiada masalah untuk mendapatkan mercun dan bunga api. Dua tiga bulan sebelum perayaan Tahun Baru Cina adalah berita tentang penangkapan penyelupan mercun dari negara jiran. Agaknya setiap satu tangkapan, sembilan lagi terlepas.


Statistik :
    Mula ............... 8.05 pagi 
    Tamat .......... ... 9.35 pagi 
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas, berangin, langit biru  
    Laluan ............. Lencongan Barat
    Odometer 2013 : 00628   
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan