Pagi yang hening, tenang dan damai. Hampir satu minggu tidak membuat kayuhan. Cuaca tidak berapa mengizinkan untuk aktiviti luar. Nampaknya tahun ini tiada musim kemarau yang panjang. Matahari tidak kelihatan, mungkin hujan akan turun pada pertengahan pagi nanti.
Aku melalui jalan lencongan barat dan tidak berhajat untuk berkayuh jauh. Berpatah balik pada penghujung lencongan barat.
Aku melalui jalan lencongan barat dan tidak berhajat untuk berkayuh jauh. Berpatah balik pada penghujung lencongan barat.
Masa melintasi jambatan Sungai Sungai Petani terdengar jeritan kera dari hutan bakau yang tumbuh menghijau ditebing sepanjang sungai tersebut. Riuh rendah bunyinya seperti sedang bergaduh. Mungkin sedang berebut makanan atau berebut bini. Banyak kera kera dihutan bakau ini.
Ditebing sungai terdapat ratusan burung burung bangau putih sedang mencari makan digigi air. Air sungai surut pada paras terendah. Dari jauh, bangau tersebut kelihatan bagai buih ombak dipersisiran air. Sekejap lagi air laut akan pasang semula.

Statistik :
Mula ................ 8.20 pagi
Tamat .............. 9.20 pagi
Jarak ............... 22 km
Cuaca .............. Redup
Laluan ............. Lencongan Barat
Odometer 2013 : 00595
Tiada ulasan:
Catat Ulasan