....... sambungan dari bahagian 1 dibawah ..
Modern Thai Hotel
Taklimat telah
diberikan kepada peserta rombongan sebelum hari lawatan dan juga didalam bas
sebentar tadi bahawa mereka boleh memilih mana mana hotel yang mereka ingin
menginap. Aku telah membuat carian dalam internet hotel yang terdapat di pekan
ini dan menyenaraikan tidak kurang dari 10 hotel yang boleh dipilih bersama
harga, alamat dan nombor telefon. Aku mencetak beberapa helai senarai tersebut
dan mengagihkan kepada peserta. Kebanyakan hotel adalah didalam kawasan bandar
dan tidak berapa jauh dari pusat membeli belah.
Peserta boleh memilih hotel yang
mereka suka, samada yang mahal hingga RM300.00 semalam atau yang paling murah
RM20.00 semalam. Mereka juga boleh tinggal seorang atau lebih dari dua orang
dalam satu bilik untuk berjimat. Apa lagi mereka hanya memerlukan tempat tidor
bukan untuk bercuti. Mungkin mereka perlu meminta tilam atau bantal lebih.
Sebaik memasuki pekan Betong aku
mengarahkan pemandu bas supaya berhenti dihadapan sebuah hotel yang terletak
beberapa meter dari bulatan ditengah pekan yang menempatkan menara jam. Aku
turun untuk bertanyakan kadar sewa bilik dan diberitahu bilik yang ada berharga
RM89.00. Aku minta diskaun kerana memerlukan sebanyak 20 bilik.
Permohon dan perbincangan pertama
berjaya menurunkan kadar harga kepada RM80.00 dan kemudian kepada RM70.00. Ada
beberapa suara menyesorkan mencari hotel lain. Tetapi aku agak suka kerana
hotel ini terletak ditengah bandar
dengan banyak kemudahan termasuk gerai makanan dihadapan dan bahagian tepi
hotel.
Satu kumpulan ‘superbikers’ dari Singapura
tiba dan mereka juga menginap dihotel ini. Mereka telah membuat tempahan kerana
mereka terus mendapatkan kunci bilik. Ini merisaukan aku takut semua bilik penuh
atau tidak mencukupi untuk menempatkan semua ahli rombongan.
Ketika berada dalam bas berbincang
dengan ahli rombongan samada mereka bersetuju untuk membayar RM70.00 aku
diberitahu bahawa pihak hotel memberikan tawaran harga terakhir iaitu RM65.00
satu bilik. Aku diberitahu pihak hotel menghubungi ‘bos’ atau tuanpunya hotel
yang bersetuju dengan kadar tersebut.
Kesemua ahli rombongan sangat
berpuas hati dengan dengan keadaan bilik. Rombongan kami mengambil kesemua 20
bilik di tingkat 3. Hotel tidak mengenakan deposit tambahan seperti lazimnya
dan juga tidak memerlukan pelanggan meninggalkan passport atau border pass.
Cuma perlu membayar harga bilik sebelum masuk.
Hotel ini baru dinaiktaraf dan
adalah hotel budget yang paling selesa dan lengkap di pekan Betong. Selain
menyediakan air botol minuman didalam bilik, makanan ringan juga percuma. Peti
sejuk kecil juga disediakan dan TV LED bersaiz 42” dengan siaran sattelite. Rasanya
kalau keadaan dan kelengkapan bilik seperti ini di Malaysia, kadar tidak kurang
dari RM120.00.
Satu yang menarik ialah dinding
bilik air adalah cermin, bermakna siapa yang sedang mandi atau melepas dapat
dilihat dari bilik tidur jika tirai tidak ditarik. Apa tujuan bilik air direka
begini?
Tiada siapa yang mencari hotel lain.
Sembahyang Jumaat
Setelah meletakkan beg didalam bilik
hotel, kaum lelaki yang beragama Islam bersiap untuk menunaikan Solat Jumaat
kerana sudah sampai waktu. Aku mengambil wuduk didalam bilik hotel kerana tidak
mahu berebut Masjid besar Pekan Betong terletak di jalan utama masuk ke pekan
dari sempadan. Ia hanya 300 meter dari hotel dimana ahli rombongan menginap.
Kaum perempuan dan kaum India dan cina menggunakan masa tersebut untuk berjalan
jalan dikawasan pekan.
Masjid ini tidak lah besar, anggaran
aku dapat memuatkan 500 jemaah di ruang utama. Mungkin lebih sedikit jika
diambil kira bangunan tambahan dibahagian belakang.
Khutbah disampaikan dalam bahasa
Malaysia. Tidak ada ‘slang’ Patani atau slang kelantan ketika imam membacakan
khutbah. Bahasa yang digunakan adalah bahasa standard Melayu yang boleh
difahami. Khutbah pendak sahaja tidak melebihi 20 minit dan khutbah kedua tidak
sampai 5 minit. Bagai tradisi Islam Patani tok imam membaca sebahagian ayat
Quran pada kedua dua rakaat.
Selepas memberi salam, aku
terpandang bekas plastic seperti cebuk bilik air. Terus aku tahu bekas tersebut
adalah untuk kutipan wang derma masjid. Kenapa bekas bekas tersebut tidak di
edarkan kepada jemaah sebelum sembahyang atau lebih baik sebelum pembacaan khutbah.
Ini lazim dilakukan dimasjid kariah aku.
Bekas tersebut diedarkan sebelum
bacaan doa lepas sembahyang. Rasa bangga juga kerana bila bekas tersebut sampai
kepada aku, ia diisi dengan matawang Malaysia. Kesimpulan aku ialah kebanyakkan
jemaah Jumaat adalah warga negara kita. Bukan niat aku tetapi terlihat jemaah
sebelah meletakkan wang sekupang.
Aku pulang ke bilik hotel untuk
menjemput isteri makan tengah hari. Lambat sedikit lah lunch. Nasib baik
sarapan nasi lemak agak lewat, boleh bertahan perut. Aku menjemput Ustaz
Tajuddin untuk bersama kami pergi lunch. Aku sudah lama berjanji dengan Ustaz
Tajuddin untuk membawanya makan sup kaki lembu jika kami ke Betong. Ini adalah
masa yang sesuai untuk menunaikan janji.
Agaknya nasib kami tidak begitu baik
kerana bila tiba di restoren kami diberitahu semua sup kecuali sup daging telah
habis. Pelanggan ramai terutaman pada hari Jumaat mengikut kata tuan punya
restoren. Terpaksa kami memilih menu lain yang ternyata tidak kurang sedapnya.
Aku dan isteri memesan nasi goreng campur manakala ustaz dan isteri memesan sup
daging. Menurut Ustaz, dia akan cuba datang esok.
Tut tut
Setelah makan aku balik ke Hotel
untuk berehat dan keluar bersiar siar pada jam 6 petang. Kami berjanji untuk ke
night market yang terletak di kawasan selepas torowong. Tidak banyak vereiti barangan
yang dijual, aku membeli seluar untuk kayuhan basikal.
Untuk makan malam kami ke kawasan
berhampiran dengan pasar besar dimana terdapat banyak restoren Muslim.
Waktu masih awal apabila kami sampai
semula ke hotel selepas makan malam. Seorang mencadangkan untuk menyewa ‘tut-tut’
dan meronda di seluruh pekan. Pemandu tut-tut meminta RM20.00 untuk tempuh
perjalanan hampir satu jam mengelilingi pekan. Terkejut juga apabila mendapati
pekan ini memangnya. Lebih luas dari Sungai Petani atau Alor Setar.
Terlihat hotel hotel
lain yang aku senaraikan tetapi loksai memang tidak bersesuaian. Hotel tersebut
jauh dari pusat aktiviti dan tidak banyak gerai atau tempat makan. Hotel
tersebut juga agak tidak begitu cantik atau presentable. Memang pilihan hotel
yang kami menginap sesuai dan ideal.
Bahagian akhir yang dibawa oleh
tut-tut ialah kawasan red light. Semua yag menaiki tut tut amat berpuas hati. Rasanya
ia lebih seronok jika berbuat demikian sebelum hari gelap. Lebh banyak
pemandangan dapat dilihat.
Aku diberitahu ramai ahli rombongan
yang berbuat demikian iaitu keliling pekan menaiki tut tut. Sempat bertukar
tukar pengalaman antara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan