Tidak tahu kenapa aku begitu teruja untuk membuat kayuhan pagi ini. Mungkin kerana aku merancang untuk hanya membuat psuingan di jalan lencongan barat yang membawa kayuhan sekitar 20 km sahaja. Atau mungkin aku ingin membuktikan bahawa kayuhan berterusan setiap hari boleh dilakukan jika mahu. Kayuhan aku pagi ini adalah kayuhan hari kelima berturut turut.
Kenapa pendek sahaja kayuhan hari ini. Ada jiran mengadakan kenduri tahlil dan dijangka bermula pada jam 10.00 pagi. jadi aku tidak boleh pergi jauh kerana takut tidak sempat untuk turut serta bacaan tahlil tersebut. Hajat jiran.
Sebelum melintasi jambatan sungai Sungai Petani arah selatan pada kayuhan pulang, aku melihat sekumpulan pengayuh basikal bersama sama beberapa motorsikal yang bertindak mengawal kenderaan. Beberapa polis trafik juga kelihatan mengiringi kumpulan tersebut. Kumpulan hampir 30 orang pengayuh tersebut terdiri dari pelbagai peringkat umur tetapi paling ramai adalah kanak kanak sekolah. Kanak kanak sekolah semuanya berpakaian T-shirt yang sama warna.
Memang aku sudah agak bahawa kumpulan ini dari Kawasan Rukun Tetangga Bakar Kapur. Aku memotong mereka semasa pendakian jambatan kerana mereka begitu perlahan .... macam pusing pusing dalam taman perumahan sahaja. Dihadapan sekali adalah ketua mereka. Pada mulanya aku tidak ambil peduli sangat tetapi ketua tersebut menegur aku dan aku terpaksa memberhentikan kayuhan menanti dia sampai. Rupanya dia adalah kawan aku En. Rahim Omar. Dahulu dia adalah pengerusi KRT tersebut tertapi telah meletak jawatan dan diambil alih oleh seorang wanita. Tidak sangka pula dia masih bergiat dalam KRT tersebut.
Dua tahun lalu aku pernah dijemput oleh En Rahim untuk membawa kanak kanak dari Taman Bakar berkayuh ke Pantai Merdeka. Masa itu ramai yang turut serta dan mereka bermalam disana dan pulang keesokkan harinya. Yang best aku lah kerana aku menghantar mereka dan apabila sampai aku berpatah balik ke Sungai Petani. Keesokkan harinya aku berkayuh semula ke Pantai Merdeka dan mengiringi mereka pulang. Aku berkayuh dua kali ganda dari mereka semua.
Kayuhan mereka kali ini hanya sekadar 5 km sahaja. Walau pendek sahaja kayuhan tersebut, aku sanjung pihak KRT Taman Bakar Kapur yang berjaya menganjurkan kayuhan tersebut. Ia dapat mengeratkan siratulrahim dikalangan penduduk terutama pada remaja.
Semasa aku memotong mereka tadi ramai yang terkejut kerana menyangkakan aku adalah salah seorang dari kumpulan. Mereka memberi teguran seperti ah ... lajunya. Seorang dua dari marshall bermotorsikal mengenali aku dan menegur. Paling seronok photograher (jurugambar) yang menanti jauh dihadapan beriya-iya memfocus dan mangambil gambar aku. Sah dia ingatkan aku salah seorang peserta berbasikal tersebut. Seorang polis trafik yang menunggu untuk mengawal lalulintas dipersimpangan jalan kerumah aku pun turut memberikan isyarat untuk teruskan kayuhan. Aku hanya mengangkat tangan dan memberikan angukkan kepada jurugambar dan polis trafik tersebut.

Mula ............... 0745
Tamat ............ 0830
Jarak ............... 21km
Cuaca .............. Panas
Laluan ............. Pusingan jalan lencongan barat
Odometer 2014 : 1051 km