Halaman

Jumaat, 28 Mac 2014

Pekan Darat

Pada sebelah malam aku berpeluang berjumpa dengan salah seorang rider yang aku jumpa semasa kayuhan pagi tadi. Seorang sahabat bernama Masri Ariffin yang membantu/bekerja di perniagaan di Lemang Pak Teh, Taman Rhu. Seorang yang amat bersopan pada kelakuan dan percakapan. Tidak pernah meninggikan suara apabila berbicara dan sering mengalah sahaja.
Dia bukanlah seorang yang serius berbasikal tetapi cukup untuk melakukan aktiviti sebagai menjaga kesihatan. Selalu berkayuh secara solo seperti aku tetapi tidak pernah pergi jauh. Hanya mempunyai basikal mountain dan tidak berkayuh sekerap mana.
Apa lagi aku bertanyakan sampai kemana berkayuh, tetapi dia berkata hanya setakat Kota Kuala Muda sahaja. Sahaja.... itu pun lebih 20km pergi balik.
Menceritakan tentang kayuhan pagi tadi Abang Ei berkata dia amat kecewa dengan lagak seorang pengayuh yang memotongnya sebentar tadi. Tanpa memberi apa isyarat atau memberi salam atau sekurang kurangnya mengangkat tangan pengayuh tersebut terus berlalu laju. Mentang mentanglah basikal aku cabuk (murah dan tiada kualiti lah agaknya). Berbeza dengan seorang lagi pengayuh yang ditemui kemudian. Seorang cina yang masih muda dengan sopan santunnya menegur dan memohon untuk berkayuh dahulu.
Orang bukan Islam pun tahu memberi hormat, sering menegur dan sekurang kurangnya berkata 'pak cik' sebelum berlalu kehadapan. Apa punya budaklah lansung tiada adap dan sopan santun. Itulah lebih kurang rungutan yang dikeluarkan oleh abang Ei.
Aku pun sering berada dalam situasi tersebut tetapi agak sudah lali dalam keadaan tersebut. Biarlah. Kalau ada orang yang hendak hormat pada kita dengan cara berteguran, terima sahaja dan kalau itdak pun tidak mengapa. Aku redakan keadaan dengan mengatakan kepadanya 'biarlah orang buat macam itu, tetapi kita jangan'. Kalau mereka tidak menegur kita yang menegur.
Aku berkayuh mencukupkan quota iaitu satu jam pergi dan satujam balik (tambahan 10% masa ketika balik kerana badan letih). Pada mulanya hanya ingin sampai setakat Kepala Batas tetapi masih belum cukup satu jam dan aku teruskan kayuhan hingga kepersimpangan lampu isyarat Pekan Darat. Itu pun masih ada dua tiga minit lagi dan aku membelok kekiri berlayuh melepasi sekolah Pematang Binjal.
Semasa kayuhan balik, angin bertiup kencang. Perasan aku tidak ada angin semasa aku berkayuh pergi sebentar tadi. Purata kelajuan jatuh pada tahap 22km/j. Ahhh ... lambat pula sampai kerumah nanti dan matahari semakin panas.


Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  1010
    Jarak ............... 48km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Gurun
   Odometer 2014 : 1030 km
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan