Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Renjatan elektrik di lutut

Sejak satu minggu lalu aku mengalami rasa seperti renjaatan elektrik pada lutut sebelah kaki kiri. Ia bukan datang selalu, kali pertama aku  merasainya bila aku melipatkan kaki ke peha dan ketika duduk antara dua sujud. Kadang kadang. Bila ia menyerang rasanya macam terkena elektik pada voltan rendah atau lebih senang macam dicucuk jarum. Tidaklah sakit sangat pun tetapi cukup merisaukan.
Sehari selepas ia mula berlaku aku membatalkan rancangan untuk berjogging di Bukit H Taman Semarak. Mana tau takut ia menjadi lebih teruk.
Betapa risaunya aku, macam macam yang aku fikirkan. Adakah aku kena sakit lutut yang ramai orang berumur mengalami. Ramai kawan yang kena sakit lutut kerana masalah pelincir dan ligement. Paling kesian seorang kawan bekas guru PE (Physical Education - senaman) yang sangat aktif melakukan aktiviti kesihatan setelah bersara. Setiap hari dan kebanyakkan dua hari sekali iaitu sebelah pagi dan petang dia akan melalukan jogging di bukit.
Aku kerap kali menasihati dia supaya jangan terlalu kerap melakukan aktiviti tersebut tetapi dia tidak peduli. Pendakian tidak menjadi masalah tetapi semasa menurun kesemua berat badan akan bertumpu ke bahagian kaki terutama lutut serta sendi lain. Malang baginya setelah beberapa tahun terlalu aktif, kini dia tidak lagi dapat berjogging dibukit kerana masalah pada sendi lutut. Kini dia hanya mampu melakukan berjalan kaki disekitar taman.
Tidak sabar menanti anakku bercuti dan pulang kerumah. Aku menceritakan masalah kaki tersebut dan setelah membuat rujukan dia menyatakan masalah ini sering berlaku kepada atlet atau orang yang aktif melakukan aktiviti fizikal seperti berkayuh. Ia masalah otot otot yang bercantum pada tulang betis.
Lega aku mendengarnya. Dia menasihatkan aku untuk berehat lama hingga rasa renjatan di lutut tersebut hilang.
Hari ini aku hanya melakukan kayuhan jarak dekat sahaja.


Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  0910
    Jarak ............... 33km
    Cuaca .............. Redup (jerubu)
    Laluan ............. Jalan lencongan barat - timur
   Odometer 2014 : 0693
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan