Halaman

Isnin, 3 Mac 2014

Sama jauh tapi lambat

Persoalan yang sering bermain dikepala semasa membuat kayuhan adalah 'laluan mana nak ikut kali ini?'. Aku tidak reti sangat menggunakan perkataan atau ayat ayat untuk menerangkan apa yang hendak aku catatkan di blog ini tetapi itulah yang dapat aku fikirkan. 
Kalau setakat untuk melakukan aktiviti menyihatkan badan, tidak salah kalau kita ikut jalan yang sama berulang kali, setiap hari dan masa. Sama lebih kurang seperti yang dilakukan oleh orang yang berjogging di taman rekreasi. Mereka berjogging berkali kali keliling trek yang disediakan sanan hari. Bagi mereka tempaat tersebut selamat, tidak kenderaan (tidak bererti tiada kemalangan .... belanggar sesama joggers!), redup dan boleh berhenti bila bila jika perlu. Rasanya tidak ramai joggers yang mengalih atau mengikuti route atau laluan berlainan seetiap kali keluar berjogging.
Berbeza dengan aktiviti berbasikal.... kalau boleh setiap kali keluar berkayuh akan melalui jalan, trek atau laluan berlainan. Hinggakan kadang kala hingga berbula baru mengikut trek yang sama. Adakah pengayuh itu sebenarnya menikmati pemandangan dikiri kanan laluan tersebut atau hanya untuk berkayuh lalu ditempat berasingan. Bagi aku tidak berapa penting asalkan dapat melakukan kayuhan. Mungkin kontour kawasan atau jalan samada berbukit atau rata menjadi salah satu perkara penting.
Jarak kayuhan menjadi faktor utama. Berapa jauh hendak pergi?
Kayuhan pagi tadi membawa aku ke Pekan Merbuk dan Pengkalan Kakap, tidak berhasrat untuk pergi jauh kerana walaupun suhu tidak panas tetapi langit berjerubu. Dari mana pula tiba tiba ia datang. Datang awal pula tahun ini kerana selalunya ia datang pada pertengahan tahun. Rasanya kesan dari kebakaran kecil yang berlaku disana sini seluruh negara akibat dari musim kemarau dan cuaca kering masa ini.
Rasanya lama juga aku berkayuh dan tentu jauh juga jaraknya. Tetapi bila hampir sampai kerumah aku melihat sebenarnya tidaklah begitu lama dan jaraknya hampir sama dengan jarak yang selalu aku buat seperti kayuhan pergi balik di jalan lencogan timur Sungai Petani. Aku terasa agak jauh dan lama kerana tempat agak agak jarang dilalui. Pemandangan agak asing sedikit dari biasa. Pula tu terpaksa melalui pekan dan kampung dimana kelajuan bawah pada normal.
Mengintai-ngintai juga ketika melalui pekan kecil dan kadangkala diganggu oleh kenderaan keluar masuk simpang. Paling aku benci bila ada kenderaan iaitu motorsikal dipandu songsang ..... melawan arus. Apa yang selalu aku lakukan jika nampak motorsikal dip[andu sedemikian ialah aku pura pura tunduk menumpukan perhatian kepada kayuhan, seolah olah tidak nampak mereka dihadapan. Mereka terpaksa memperlahankan motor atau masuk jauh ke bahu jalan.


Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 43km
    Cuaca .............. Redup (jerubu)
    Laluan ............. Merbuk - Pengkalan Kakap
   Odometer 2014 : 0660
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan