Halaman

Rabu, 3 April 2013

kayuh sambilan

Berbelah bagi samaada berkayuh atau tidak. Melihat cuaca tidak berapa panas pada sebelah pagi aku menguatkan semangat untuk keluar mengeluarkan peluh. Rancangan hanya kayuhan pendek.
Semasa singgah minum pagi, ternampak SK Juan berkayuh pulang. Beri laungan yang agak kuat tetapi dia tidak dengar dan terus berkayuh. 
Aku call dia selepas berehat dan dia ada dirumah sedang membaiki basikal rb yang di modified sendiri. Basikal ini sudah lama tidak digunakan dan kini akan ditukar kepada tayar bersaiz 700 x 28c. katanya lebih stabil terutama apabila ada lubang atau jalan yang tidak rata.
Dia amat berbangga dengan basikal tersebut. Framenya telah di cat semula dengan warna yang lebih garang.
Yang menghairankan ialah dia masih ada tiga basikal setelah satu (Bianchi) dibawa ke Australia, masih dia ingin membaiki lagi. Mountain bikes 'Nexus' yang pada mula hendak dijual, telah dihantar ke Kedai Basikal Soon Lee Taman Intan untuk diubahsuai. Ada satu lagi spare frame rb.
Setelah melihat mtb 'Scott' yang aku ubahsuai iaitu menukar suspension fork kepada rigid fork, dia pun ingin berbuat demikian. Apabila siap nanti dia akan ada 5 biji basikal roadbikes. 
Sebenar masih banyak yang perlu aku ubah dan ganti tetapi jika harga melebihi enam tujuh ratus ringgit aku akan biarkan setakat yang ada sahaja. Dalam perancangan aku akan tukar tayar depan dan belakang menggunakan tayar bersaiz 700. Untuk itu aku perlu menukar :
  • hub 36 lubang yang boleh dipasang disc brake (hub mtb)
  • rim 700
  • spokes
  • disc brakes
  • Optional - crank
Ambil masa untuk menrealisasikan 'transformasi' ini, tiada ada apa yang perlu dipercepatkan.


Statistik :
    Mula ............... 8.00 pagi 
    Tamat ............. 
    Jarak ............... 30 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur - Taman Ria
   Odometer 2013 : 01299
   

p/s : Sebentar tadi pada jam 11.30 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan