Gambar Hiasan |
Aku memerlukan 40 minit perjalanan menggunakan kereta dari rumah ke kaki gunung. Bermakna 1 jam 20 minit pergi dan balik. Sekurang kurangnya 10 minit persediaan iaitu menurunkan basikal dari kereta, memasang, menguji, mengenakan pakaian lain. Ini perlu diulangi sebanyak 4 kali, sekali dirumah, kali kedua dikaki gunung sebelum kayuhan dan 2 kali apabila selesai kayuhan. Kayuhan pendakian dan turun pula mengambil masa 2 jam 30 minit termasuk masa rehat. Jumlah masa yang diperlukan ialah hampir 5 jam.
Apabila sampai kerumah, aku memerlukan sekurang kurang 1 jam untuk menyejukkan badan dan 1 jam untuk menghilangkan penat badan. Selalunya jika membuat kayuhan ke Gunung Jerai, banyak perkara lain tidak dapat dilakukan.
Pagi ini juga aku sepatutnya mengayuh ke gunung tetapi terpaksa dibatalkan kerana seorang kenalan di Pinang Tunggal meninggal dunia. Walaupun tidak begitu rapat tetapi menjadi tanggung jawab untuk menziarahi. Beliau mempunyai sebuah makan dan aku sering singgah makan disitu bersama rakan rakan lain. Kebetulan anak perempuanya menjalani latihan PLKN di kem yang sama dengan anak aku. Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ditempat pelawat di Kem PLKN Baling tiga minggu yang lepas. Dia kelihatan ceria dan sihat sahaja. Aku diberitahu beliau menghidap jangkitan paru-paru.
Kayuhan pagi ini terpaksa dipendekkan untuk membolehkan aku pergi menziarahi. Pada mulanya aku merancang untuk ke Tanjung Jaga, Yan tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan dikaki bukit dan aku berpatah balik ke Sungai Petani.
Menurut cerita orang yang menziarah arwah, kelmarin dia melawat anak perempuannya yang menjalani latihan PLKN di Baling. Pada masa itu dia telah mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya keluar dari kereta untuk berjumpa anaknya. Dari situ arwah terus dibawa ke Hospital Sulatan Abdul Halim Sungai Petani, dimasukkan ke wad dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Mengimbas kembali aku teringat melihat seseorang berbaring dalam kereta yang diletakkan berhampiran pintu utama kem latihan tersebut. Aku tidak perasan kereta tersebut dan tidak perasan yang berehat didalam kereta itu adalah arwah. Aku terus berlalu untuk pulang.

Kelmarin 31 Julai 2010 aku melawat anak yang menjalani latihan PLKN di Baling. Semasa perjalanan balik aku ternampak Zaidi Ismail bersama kawannya sedang berkayuh menuju Baling. Masa itu sudah melepasi 12.00 tengah hari dan cuaca agak panas. Aku membayangkan kayuhan pulang nanti. Agaknya sampai kerumah lepas jam 5.00 petang. Zaidi ada menelipon aku pada hari Khamis lepas mengajak aku menyertai kayuhan tersebut. Aku menolak kerana ada komitmen lain. Aku teringat kayuhan pertama aku dari Sungai Petani ke Baling pada tahun 2008 bersama Juan.
Hanya lebih kurang sepuluh hari lagi sebelum Ramadhan. Aktiviti kayuhan kenalah dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Ada juga aku terbaca dalam laman blog, kelab basikal yang merancang menganjurkan kayuhan malam pada bulan Ramadhan ini. Mungkin selepas sembahyang sunat tarawikh. Dulu ianya dipanggil 'kayuhan terang bulan' dan mendapat sambutan luar jangkaan dan penganjur ingin mengulangi lagi pada Ramadhan tahun ini.
Secara peribadi, aku tidak setuju dengan penganjuran kayuhan tersebut. Kita hanya perpuasa selam 30 hari dan kayuhan basikal boleh ditangguhkan. Selesai puasa kita mulaikan kayuhan semula.
Secara peribadi, aku tidak setuju dengan penganjuran kayuhan tersebut. Kita hanya perpuasa selam 30 hari dan kayuhan basikal boleh ditangguhkan. Selesai puasa kita mulaikan kayuhan semula.
Esok 02 Ogos, kawan aku Juan mengajak aku pergi ke Hatyai, Thailand untuk membeli alat ganti basikal. Kami akan ke sana menaiki keretapi dari Sungai Petani terus ke Hatyai. Tambang one-way hanyalah RM16.00. Aku tidak tahu dimana kedainya tetapi boleh cari dengan bertanya kepada orang. Aku tidak pasti samada disebelah sana senang mendapatkan barang basikal.
Statistik :
Mula : ................... 07.30 pagi
Tamat : ................. 08.45 pagi
Jarak : ................... 26 km
Cuaca : ................. Cerah, tidak berapa panas
Route : ................. Semeling - Merbuk

.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan