Pintu Masuk Stesyen KTM Sungai Petani |
Apabila aku masuk kestesyen keadaan lengang sahaja, hanya ada seorang dua yang sedang duduk dikerusi. Kaunter tiket gelap dan aku melihat notis yang ditampal pada pintu tentang perubahan jadual keretapi yang berkuat kuasa mulai 01 Ogos 2010. Aku berada di stesyen pada hari Ahad minggu lepas dan tiada pula notis perubahan jaduan dipaparkan. Apa kan daya kami terpaksa keluar dan terpaksa membatal rancangan hari ini dan menunda perjalanan pada esok hari.
Terdapat beberapa perubahan disekitar stesyen tersebut dalam masa satu minggu, pondok mengutip parking telah tiada bermakna pemandu yang meletakkan kereta dikawasan stesyen tidak lagi lagi perlu membayar. Kedai sementara yang menjual barangan dan pekakasan harian juga telah dirobohkan membolehkan lebih banyak kereta boleh diletakkan dikawasan tersebut. Jalan raya diseberang berhampiran dengan pasar basah telah diperluaskan dan kesemua kedai sementara telah dipindahkan. Pemasangan double tracking sedang rancak berjalan. Tempat menunggu penumpang disebelah laluan keselatan juga telah siap.
Aku gembira dengan pembangunan dan pemodenan perkhidmatan KTM, double tracking dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013, kurang dari tiga tahun lagi. Aku berharap KTM akan meningkatkan perkhidmatan termasuk menyediakan perkhidmatan yang lebih kerap ke utara dan selatan. Pada hujung minggu terdapat begitu ramai penumpang terutama murid dan pelajar IPT menggunakan perkhidmatan keretapi dan kebanyakkan terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Alor Setar dan juga ke Arau Perlis. Aku syorkan KTM sepatutnya menambah koc untuk menampung peningkatan penumpang.
Dari stesyen KTM kami pulang kerumah masing dan bersetuju berkumpul semula dalam masa 30 minit untuk membuat kayuhan ke Tanjung Dawai. Setiap orang dari kami telah lama tidak membuat kayuhan ke Tanjung Dawai. Cuaca pagi seolah olah menggamit kami berkayuh. Cuaca begitu nyaman dan sejuk. Dari kedaan langit cuaca nyaman ini akan berterusan sehingga tengah hari.
Pulau Bidan, Yan Kedah |
Sebaik sampai di Singkir, Juan dan John mengubah fikiran. Mereka mengajak aku pergi ke kedai basikal di Yan Kecil. Aku ikut sahaja, terus terang aku lebih suka jalan ini kerana pendakian tiga bukit di Tanjung Jaga. Aku tahu antara kami bertiga aku pasti orang yang akhir sekali yang akan melepasi bukit tersebut. Tetapi aku teruja kerana bukit bukit tersebut akan menguji kekuatan otot kaki.
Kedai basikal tersebut masih belum dibuka bila kami sampai. Sementara Juan dan John berehat menunggu tuan kedai sampai aku pergi ke pasar minggu yang terletak bersebelahan jalan utama menuju ke Sungai Petani. Ramai orang berniaga dan belbagai jenis barangan yang dijual. Kebanyakkan barangan adalah berkaitan makanan termasuk sayur, ikan, daging dan buah-buahan tempatan seperti durian masih banyak dijual. Aku sudah serik makan durian kerana diserang batuk setelah menghabiskan satu biji durian seberat 2 kilo tiga minggu lepas. Sampai sekarang aku tidak mahu sentuh durian, rambutan atau langsat hingga musim tahun depan.
Juan membeli 'seat (saddle)' secondhand berharga RM15.00, ia kecil dan ringan. Aku tidak pasti pada basikal mana akan dipasang seat tersebut. Kami terus pulang kerana jam hampir 10.00 pagi dan perlu mengayuh 38km sebelum sampai kerumah.
Pada persimpangan jalan Tanjung Dawai John melihat sebuah SUV tanpa lambang (emblem) dan jenama berhenti ditepi jalan. Lambang dan jenama kereta ditutup dengan tape hitam. Driver SUV tersebut turun untuk membeli buah-buahan. Sebagai seorang yang menjalankan bisnes berkaitan kereta (mengetuk, mengecat dan polishing) John dengan yakin mengatakan SUV itu adalah Kia Sportage model baru dan akan dibawa masuk untuk jualan di pasaran Malaysia. Ia nampak amat menarik. Apabila kami ingin melihatnya dengan lebih dekat, pemandunya menunjukkan pada jam tangannya dan menggerak tangan kanan, menunjukkan dia kesuntukkan masa. Dia memohon maaf kerana tidak dapat memberi kami peluang meneliti SUV tersebut.
Kami terus berlalu untuk meneruskan kayuhan pulang.
Statistik :
Mula : ................... 7.15 pagi
Tamat : ................. 11.45 pagi
Jarak : ................... 76 km
Cuaca : .................. Cerah, tidak berapa panas
Route : ................... Semeling - Merbuk - Yan - Yan Kecil
Juan membeli 'seat (saddle)' secondhand berharga RM15.00, ia kecil dan ringan. Aku tidak pasti pada basikal mana akan dipasang seat tersebut. Kami terus pulang kerana jam hampir 10.00 pagi dan perlu mengayuh 38km sebelum sampai kerumah.
Kereta yang kami jumpa berwarna hitam |
Kami terus berlalu untuk meneruskan kayuhan pulang.
Statistik :
Mula : ................... 7.15 pagi
Tamat : ................. 11.45 pagi
Jarak : ................... 76 km
Cuaca : .................. Cerah, tidak berapa panas
Route : ................... Semeling - Merbuk - Yan - Yan Kecil
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan